
Putih : Fikiran bersifat analytical




Seinfiniti rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan peluang untuk ana berkongsi bersama sahabat-sahabat di dalam kolumnis ini. Ia menjadi bukti bahawa sifat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM Allah SWT kepada hamba-hambanya. Namun, kita selaku hambaNya, perlu memuhasabah diri agar seluruh kehidupam kita dirahmati dan diredhoi Allah SWT.
Dalam Al-Quran, Allah SWT telah menggariskan ciri-ciri ibadurrahman yakni HAMBA-HAMBA TUHAN YANG MAHA PENGASIH. Ciri-ciri tersebut telah digariskan dalam Surah Al-Furqan ayat 63-74.
“Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka(dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan, “Salam”. Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri. Dan orang-orang yang berkata “Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahannam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal.”Sungguh Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila menginfakkan (harta) mereka, mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir, di antara keduanya secara wajar. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan yang lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina dan barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat. (Yakni) akan diperlipatkaligandakan azab untuknya pada hari kiamat dan akan kekal dalam azab azab itu, dalam keadaan terhina. Kecuali orang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang- orang yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta. Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. “
Moga-moga kita tergolong dan memiliki ciri-ciri ini. Wallahualam…
Tanggal 14 Syaaban 1430 H bersamaan 5 Ogos 2009, PMI UM telah mengadakan program HARI INTERAKSI PMIUM: NUR KASIH. Program ini bertujuan sebagai perkenalan atau taaruf ahli keluarga besar PMIUM dengan ahli baru PMIUM. Program ini telah disambut baik dengan kehadiran Pengetua Kolej 4, Prof. Madya Salihin Baba, sebagai perasmi program tersebut. Ramai mahasiswa yang menghadiri program ini, lebih-lebih lagi, muslimat(tiga suku dewan penuh), muslimin(suku dewan je).
Dimulakan dengan ucapan pengarah projek Nur Kasih 09, Akhi Khairul Nizam yang penuh semangat. Selepas itu, ucapan Presiden PMIUM, Akhi Shazni Munir yang penuh makna. Perasmian dilakukan oleh Prof. Madya Salihin Baba. Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Feel Honey, sedang meningkat naik di arena nasyid underground. Program ini juga turut diserikan dengan persembahan multimedia PMIUM dan Team Elit Muslim.
Seterusnya, program ini, diteruskan dengan sesi soal jawab bersama pimpinan PMIUM. Banyak soalan-soalan pedas mengenai PMIUM diajukan oleh responden. Namun, pimpinan PMIUM mampu menjawab dengan tenang dan jelas. Program ini diakhiri dengan bacaan Doa Wehdah yang diketuai oleh Akhi Syazni Munir. Semangat sebagai pejuang terus membara sewaktu membaca doa itu. Progarm tamat jam 11.20mlm.

kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran bersosial, kemahiran berucap,dan kemahiran berorganisasi, kemahiran pengurusan dan kemahiran kepimpinan. Selain itu, mahasiswa dapat berinteraksi dengan mahasiswa lain serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin. Hubungan dengan masyarakat sekeliling dapat dieratkan. Oleh yang demikian, segala kemahiran yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti bepersatuan dapat diaplikasi dan dipraktikkan.