Bergerak kerja dengan orang yang bukan sehaluan sememangnya sukar. Amat sukar. Terkenang sewaktu gerak kerja dengan sahabat sekalian. Segala pendapat diperbincangkan. Al-Fatihah pembuka bicara, kaffarah majlis penutupnya. Namun segalanya berbeza. Walaupun aku antara penggerak utama, namun, kepalanya lebih utama. Tetapi... Aku anggap ianya satu tarbiyyah bagi diriku untuk bergerak kerja , bergaul dan memahami corak gerak kerja mereka.
Letih memang tak dapat nak digambarkan. Esok ade test. tutor math. Hmmm.. Ape nak jadi dgn aku ni.. kerja tak settle lg.. Namun aku bersyukur, aku masih lgi bertahan dek kerana tarbiyyah di matrix dgn mcm2 tugas agama.. MAI, AVIOD COUPLE, IHYA RAMADHAN, JPP DISIPLIN, SUKAN KMPP, REKACIPTA, .. mcm2 lgi la...
Namun yang aku harapkan, sahabat sekalian dapat memahami situasi aku sekarang ini.. Asif Jiddan.. sebab tak bagi komitmen sepenuhnya 120%.. 90% pun tak sampai.. Siapalah yang dapat memahami diriku melainkan sahabatku jua. Aku lemah tanpamu, sahabat. Sahabat motivatorku, sahabat tempat rujukanku, sahabat inspirasiku, sahabat teman perjuanganku, sahabat teman menangisku, sahabat tempat bermanjaku, sahabat penguat semangatku, sahabat tempat laghaku, sahabat pembimbingku, sahabat PEMBAWAKU KE SYURGA!
*bkn mntk simpati, sekdr ingin berkongsi dan meluah isi hati...
No comments:
Post a Comment