Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Wednesday, August 26, 2009

Kuih Favourite Ana dan Ummi!


Sekadar ingin berkongsi.. Di bulan Ramadhan ini, kuih ni la jadi favourite ana dan ummiku yang tercinta. Memang favourite gile! Setiap hari, Wajib ada kuih ini..
KUIH TEPUNG PELITA

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...