Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Monday, July 27, 2009

Bisikan berbisa Iblis

Pada suatu masa dahulu, ada seorang alim ulama yang kuat beribadat bernama Barsyisa. Beliau beribadat selama 220 tahun. Selain beribadat, beliau juga mengajar ilmu agama kepada murid-muridnya. Murid-muridnya terlalau ramai kira-kira 60000 orang. Murid-muridnya mempunyai kelebihan untuk terbang dan berjalan di atas air. Hebat sungguh kelebihan anak-anak muridnya, Barsyisa apatah lagi.
Iblis sentiasa dengan rancangan untuk merosakkan anak cucu Adam. Iblis merancang untuk memesongkan Barsyisa. Rancangan Iblis amat berbisa dan licik.
Iblis telah menyamar sebagai seorang pemuda lalu berpura-pura beribadat dengan khusyuk dan tawadduk. Iblis membaca ayat-ayat suci dengan tenang dan teratur. Sembahyang yang cukup khusyuk dan tawadduk. Begitu lama sekali sampai terdengar tangisan dan hiba, Si Iblis itu.
Perbuatan Iblis itu diperhatikan oleh Barsyisa yang sedang beribadat. Barsyisa berasa ibadat pemuda itu begitu khusyuk dan tawadduk. Kalau hendak dibandingkan, ibadat pemuda itu lebih khusyuk daripadanya. Apabila pemuda itu berdoa, doanya begitu lama dan bercucuran air mata. Tangisan pemuda itu menyentuh sanubari Barsyisa.
Akkan harinya, ibadat pemuda itu semakin khusyuk dan tawadduk. Barsyisa tanpa berlengah mendekati pemuda itu.
“Wahai orang muda, siapakah kau?” Tanya Barsyisa.
“Saya dating dari jauh, izinkan saya beribadat di sini.
“Tidak mengapa. Sesiapa yang beribadat kepada Allah, maka Allah akan merahmatinya.” Kata Barsyisa.

Hari seterusnya, lakonan Iblis semakin hebat. Dia tidak makan dan minum. Hanya beribadat sepanjang hari. Sehinggakan tidur pun tidak. Barsyisa berasa hairan dan pelik melihatkan pemuda itu. Barsyisa mendekati pemuda itu.
“Aku beribadat juga, tetapi tidak pula sampai tidak berbuka, dan tidak tidur. Aku sudah beribadat selama 220 tahun tetapi tidak pula aku melakukan sedemikian.” Jelas Barsyisa.
“Panjang ceritanya, tuan…” Iblis memasang jarum halusnya.
“ Bolehka kau ceritakan bagaimana kau boleh beribadat seperti itu.” Pinta Barsyisa.
“Ini rahsia saya, tuan.” Tambah Iblis.
“Tolonglah aku.”
“Betul tuan ingin tahu?”
“Ya!”
“Sebenarnya, aku telah melakukan dosa besar kepada Allah.Jika aku teringatkan dosa itu, aku hilang selera dan takut di humban ke dalam api neraka.”
“agaimana cara untuk meningkatkan ibadahku?”
“Mudah sekali. Tuan membuat dosa besar. Selepas itu, tuan bertaubat dengan penuh ketaqwaan.”
“Contohnya?”
“Tuan merogol wanita.”
“Tidak, Itu dosa besar”
“Kalau begitu, tuan membunuh orang.”
“Tak, Aku tidak akan lakukan.”
“Tuan minum arak.”
“Dosa besar”
“Tuan minum sedikit sahaja, selepas itu, tuan bertaubatlah. Ayuh saya bawa tuan ke warung arak.”
Tanpa berfikir panjang, Barsyisa mengikut Iblis ke warung arak. Barsyisa minum sedikit sahaja arak yang dituangkan Iblis. Selepas itu, Barsyisa berasa pening dan meminta Iblis menuangkan arak lagi.Berbotol-botol arak diminum Barsyisa sehingga dia mabuk.
Tiba-tiba, Barsyisa ternampak seorang pelayan wanita di warung itu. Dia pun menarik wanita itu lalu dirogol wanita itu. Apabila Barsyisa tersedar, dia berasa malu n bersalah, lalu membunuh wanita itu.
Kejadian itu telah menjadi buah mulut masyarakat dan pemerintah. Barsyisa telah dijatuhkan hukuman. Di saat Barsyisa menemui ajal, Iblis sekali lagi dating kepadanya. Iblis menyuruhnya sujud namun Barsyisa enggan. Iblis memujuk Barsyisa dengan jarum yang hakus. Barsyisa pun sujud kepada Iblis menggunakan isyarat kelopak mata. Matilah Barsyisa yang alim itu dalam kekufuran.Nauzubillah…
Kesimpulannya, ana berharap sahabat mengambil iktibar dan pedoman kepada kita selaku seorang pendakwah dan jangan mudah terpengaruh dengan hasutan iblis dan syaitan. Istiqomah dalam beribadat, dan sentiasa muhasabah diri. Insya Allah, moga-moga kita dirahmati oleh Allah SWT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...