Bulan Ramadhan diklasifikasikan sebagai bulan yang wajib berpuasa bagi sekalian umat Islam. Puasa pula membawa definisi menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa dari terbit fajar sodiq hinggan terbenam matahari berserta dengan niat. Namun, Realiti umat Islam sekarang... Adakah mereka memahami dan mengamati makna puasa itu? Adakah mereka mendefinisi istilah 'menahan diri' itu hanya tidak makan dan tidak minum?
Ini yang perlu kita selidiki dan amati.
Signifikasinya, bulan Ramadhan merupakan bulan festival atau pesta ibadah bagi umat Islam. Pelbagai jenis tawaran, bonus dan diskaun dianugerahkan Allah SWT kepada umatnya yang menghayati bulan ini. Bukan sedakar itu, syaitan laknatullah juga telah dibelenggu kakinya agar tidak menganggu dan menghasut kita untuk menggunakan segala nikmat yang telah diberikan Allah SWT. Namun, apa yang perlu kita amati, adakah sebenarnya kita telah terbebas atau terlepas daripada melakukan dosa sepanjang bulan berkat ini? Sudah tentu jawapannya TIDAK!
Realitinya, sepanjang bulan Ramadhan pasti ada di setiap kawasan kejiranan kita, Bazar Ramadhan yang menyediakan pelbagai juadah dan sajian yang beraneka warna dan rupa. Semua sajian itu nampak sedap dan menyelerakan. Rambang mata dibuatnya dengan sajian yang pelbagai. AWAS! Nasfu sedang bertindak meracuni kita. Lazimnya, sewaktu kita sedang berpuasa, semua nampak sedap, tetapi, sesudah berbuka dengan segelas air soya atau cendol, hmm.. kenyanglah! tak sedaplah kuih ni! xde nafsu tengok kuih gelang ni! Nah! macam-macam alasan pulak. Kan dah membazir! Bertepuk tangan syaitan.
Ramadhan sebenarnya mendidik kita agar bersederhana dan merasai kesengsaraan saudara-saudara kita yang tidak dapat merasai nikmat seperti kita. jika kebiasaanya kita berbelanja RM10 sehari, bulan ramadhan kita kurankan kpd RM5 sehari. Barulah kesederhanaan itu dapat dicapai. Tetapi jika sebaliknya, muhasabah diri dan cek Iman kita. Kita juga perlu memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat seperti sedekah, membaca Al-quran, solat tarawikh, qiam, mendengar tazkirah, iftar jamaei, dan sebagainya. Namun ibadah-ibadah WAJIB jangan pulak ditinggalkan. Rebut peluang ini sementara masih diberikan nyawa dan nikmat kesihatan ini untuk mempertingkatkan amalan dan bekalan akhirat kita. Kurangkan sedikit mengumpul bekalan dunia. Chopp! bukan tinggalkan terus! TAPI, Kurangkan sedikit. kita perlu 'Fas tabiqqul khoirat' yakni berlumba-lumba melakukan amal kebajikan.
Insya Allah! Moga Amalan kita diterima oleh Allah SWT. Lailatul Qadar kita perolehi!
WALLAHUALAM...(bersambung)
No comments:
Post a Comment