Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,
"Tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah di hari tidak ada perlindungan kecuali perlindungan Allah SWT,:
1. Pemimpin yang adil,
2. Pemuda yang dewasa di dalam ketaatan kepada Allah,
3. Seseorang yang terikat hatinya dengan masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah,
5. Mereka yang berkumpul dan berpisah kerana Allah,
6. Lelaki yang diajak wanita yang kaya dan cantik(untuk berzina) namun ia berkata,"Aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam",
7. Seorang yang bersedekah dan ia merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah di tengah malam sehingga menitis air mata di pipinya.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
~~Kita yang mana satu???
Tersenarai dalam kategori ini?? atau Xde langsung??
Kepada yang ada tersenarai, kekalkan momentum ibadah dan amal itu dengan ikhlas dan tawaduk, berdakwahlah selagi mana kamu mampu untuk menyampaikan dakwah, mencintai akan setiap umat manusia, sedih dan bersedia membantu golongan xtersenarai diatas supaya kejayaan di dunia dan akhirat mampu digapai..
Kepada yang tak tersenarai langsung dalam katergori diatas, inilah masanya untuk memuhasabah diri, meninggalkan segala kemungkaran, mendekatkan diri dengan orang2 yang soleh, mengunjungi majlis2 ilmu, mengurangkan hal2 dunia, kurangkan hiburan dan keseronokan, agar kita dijauhkan dari menjadi bahan bakar api neraka. Nauzubillah....
No comments:
Post a Comment