Di kala penulis masih dalam keadaan kepeningan dalam meniti hari-hari sukar semasa minggu exam ini, sempat lagi penulis pulang ke rumah. Di saat, adik-adikku sibuk menyuruhku menayangkan kartun kesukaan mereka, Doraemon, penulis terpandang sekeping CD berwarna biru yang penuh bermakna bagi diri penulis. CD itu menceritakan penat jerih perjuangan, mujahid2 dan mujahidah KMPP 08/09 dalam menaikkan martabat Islam sempena Minggu Aspirasi Islam(MAI) 08/09.
Rasa terharu bercampur sedih dalam diri penulis, apabila melusuri bibit-bibit memori sepanjang minggu itu. Saat suka duka, bertikam lidah bermasam muka, tawa riang hati gembira, kepala serabut fikiran goncang masih lagi terngiang di minda penulis. Namun semua itu, sama-sama dapat dirasainya. Bermula dengan pemberian amanah oleh Ayahanda Pengerusi dan Angkatan AJK Surau An-Nur untuk penulis menjadi nakhoda pada bahtera pelayaran Islam yang tercinta, penulis terima dengan hati yang hina. Nakhoda pelayaran itu seterusnya, diagih-agih kepada pahlawan-pahlawan gagah dan serikandi-serikandi gigih mem
bantu penulis, si nakhoda yang hina. Pelayaran MAI bukan semudah yang disangka. Badai dan gelora, silih berganti menyusul tiba. Ketabahan dan kecekalan diuji sedalam-dalamnya.
Tuan penasihat 1, Nakhoda Adlan dan Tuan penasihat 2, Nakhoda Munzir merupakan penasihat penulis yang idealis dan matang dalam berfikir. Nakhoda Adli, menjaga bab tarbiyyah setiap mujahid dan mujahidah dalam pelayaran MAI. Nakhoda Munzir, mesin pemikir dan penasihat sepanjang pelayaran MAI. Dua insan inilah walaupun ramai yang mempertikai yang mereka seperti bos yang duduk goyang kaki, namun penulis yang tahu apa mereka lakukan. Orang kuat di belakang tabir, merekalah orangnya.
Dua orang kuatku, Bendahara Basith dan Bendahara Ummu Aiman merupakan perancang utama mengemudi pelayaran MAI. Merekalah yang insan yang tabah, idealistik dan gigih semasa membantu penulis dalam pelayaran MAI. Merekalah yang meletakkan pelayaran MAI di persadanya. Penulis amat kagum dan berterima kasih kepada mereka. Nakhoda Basith dan Serikandi Ummu Aiman sememangnya contoh Nakhoda yang terbilang.
Bentara Hazim dan Bentara Syifaa’ merupakan momentum utama yang menggerakan pelayaran. Kehebatan mereka dalam bidang penulisan dan merangka kertas kerja pelayaran MAI sememangnya amat dikagumi. Kesetiaan mereka pada pedang pena mereka, menulis setiap bual bicara di dalam mesyuarat. Setiap isi ditulis dengan setia. Minit-minit mesyuarat diusul dengan amanah. Bangga penulis dapat bekerja dengan mereka. Kertas kerja siap on time.
Dalam bidang kewangan dan hal ehwal ekonomi, Syahbandar Hanif dan Syahbandar Zawani, bijak mengawal belanjawan. Merekalah yang mengatur setiap laluan keluar masuk duit. Merekalah yang amanah dengan tugas. Penulis hormat dengan sikap amanah dan jujur mereka kerana merekalah yang menyimpan hampir RM7000 dalam simpanan mereka. Sungguh besar pengorbanan mereka. Tak lena tidur dek kerana RM7000 dalam simpanan. Nak tahu apa rahsia mereka menyimpan duit sebanyak itu??? Tanyalah mereka sendiri.
Laksamana Zainal dan Laksamana Husna, Ketua Skuad Penggempur pelayaran MAI. Merekalah yang mengendali sekelian mujahid dan mujahidah yang begitu ramai. Cekal hati mereka mengawal sekalian mujahid dan mujahidah. Tanggungjawab menjaga kebajikan setiap mujahid dan mujahidah dalam taklukan mereka. Kesian penulis kepada mereka, ibarat ibu kematian anak mengawal sekalian mujahid dan mujahidah. Walaupun, kadang-kala mereka selalu berlainan pendapat, namun penulis terharu dengan kecekalan mereka kerana mereka berusaha untuk mejayakan pelayaran MAI.
Skuad Pengempur Sukan dan Permainan dikemudi oleh Panglima Mazlan dan Serikandi Madihah. Skuad ini memainkan peranan utama menggerakkan pelayaran MAI. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan,antaranya, Futsal dengan kerjasama JPP, Fear Factor, Tarik Tali, Nasyid, Memancing, Azan, Kuiz, Karya, Xplorace, dan Bengkel Tajwid. Usaha dan kecekalan mereka dan mujahid-mujahidah mereka menjadi kunci kejayaan pelayaran MAI. Setiap titik peluh mereka, tidak dapat dibayar oleh penulis.Skuad ini direkrut dengan ramai mujahid mujahidah, bagi memastikan kelancaran setiap program. Tanpa Skuad Penggempur Sukan dan Permainan, tidak berfungsi pelayaran MAI. Kesian penulis dengan mereka, penat jerih mereka sememangnya tidak disangkal. Penulis bangga kerana mereka proaktif dan optimis dengan tugas. Tambahan pula, merekalah yang paling aktif dan bersemangat waja. Bakat-bakat kepimpinan cukup terserlah yang ditonjolkan setiap ketua unit aktiviti.
Panglima Khairul Zamri dan Serikandi Kak Izzah, mengepalai Skuad Penggempur Promosi dan Penerbitan. Skuad ini cukup hebat dengan teknologi dan persembahan multimedia yang dipersembahkan. Kreatif, Inovatif, Proaktif, Tekun, Cekal dan Sabar merupakan enam elemen utama bagi skuad ini. Dengan hasil persembahan multimedia yang berteknologi tinggi dan kreatif serta rangkaian poster2 yang stailo n funky merupakan tarikan cinta pandang pertama kepada MAIdan cukup berpengaruh. Hasil penerbitan yang informatif dan berilmu menjadi wadah yang berguna untuk disampaikan kepada semua. Ditambah pula dengan siaran Radio MAI,yang menggamit suasana sepanjanf MAI. Sikap tegas, amarah , salah faham, dan egois, sedikit mencacatkan skuad ini. Walaupun sedikit kepincangan, namun itu tidak mematah usaha skuad ini memainkan peranan sebagai sayap kanan bagi pelayaran MAI. Kita hanya mampu merancang, segala-galanya, Allah yang menentukan. Sememangnya, sakit hati, geram, dan tak puas hati becampur gaul, jika usaha penat jerih kita selama ini tidak dihargai dengan sebaiknya. Sabarlah menerimanya. Penulis faham apa yang berlaku. Namun penulis perlu adil dan saksama pada semua. Penulis hormat dengan kesungguhan dan usaha yang maksimum yang ditunjukkan.
Kalau bab berniaga, Panglima Abe Faisal dan Serikandi Ain, pakar bidang jualan. Mereka mengemudi Skuad Penggempur Jualan. Strategi jualan dan pasaran yang cukup memberangsangkan. Ditambah pula, dengan mujahid mujahidah jualan yang majoritinya dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang optimis dan manis menarik pelanggan meriuhkan lagi suasana MAI, dek seperti berada di deretan pasar malam yang dikerumuni lautan manusia. Khabarnya, jualan sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan sehinggakan semua barang jualan habis licin dijual. Bermodalkan jagung bakar, murtabak maggi, float dan bermacam-macam lagi sudah cukup untuk mengutip keuntungan hampir ribuan ringgit. Namun, pengorbanan mereka cukup disanjungi dan dicontohi. Optimis dengan kerja dan cekal dengan tugas amat penulis bangga. Skil perniagaan mereka tiada tandingan. Rasa seperti ingin berguru dengan mereka. Buat bekalan, jikalau penulis berhajat ingi berniaga, skil sudah sedia ada.
Dari segi aspek logistik, seperti hamper, cenderamata dan banner diuruskan oleh Skuad Penggempur Tugas-tugas Khas yang diketuai oleh Panglima Nasri dan Serikandi Yasmeen. Skuad ini memamg khas tugas mereka. Tugas mereka sebelum pelayaran MAI dan selepas pelayaran MAI. Skuad ini bertindak sebagai sweeper atau benteng pertahanan bagi memastikan pelayaran MAI berjalan lancar. Key chain, design baju, banner, cd, dan cenderamata mereka sememangnya kepakaran mereka. Asam suka duka, lidah tergigit dek kerana kenakalan dan kealpaan insan, walaupun pada awalnya, gerak kerja agak terganggu dan bertimbun, mereka dapat atasinya dengan cekal dan tabah. Penulis merasa serba salah takut skop tugasan yang diberikan agak banyak kepada mereka walaupu pada atas kertasnya hanya beberapa skop sahaja. Gerak kerja teratur, tidak cepat melatah dan cepat belajar dari kesilapan, membuktikan bahawa ciri-ciri seorang pemimpin ada pada mereka.
Gelanggang persembahan dan pentas persembahan majlis penutupan disusun atur oleh pakar hiasan, Skuad Penggempur Persediaan Tempat dan Masa. Skuad inilah paling kecoh dan gamat sekali. Dengan mujahid berfesyen botak dan gila-gila, serta mujahidah yang fokus dan tegas terhadap tugas, dua kombinasi berbeza ini berjaya mewujudkan satu persefahaman yang akrab dan jitu. Itulah yang dilambangkan oleh ketua skuad ini, Panglima Ali dan Serikandi Kak Fidah. Kreatif, gila-gila, fokus pada kerja, optimis dan berkorban apa sahaja demi pentas penutupan MAI berada pada taraf yang berprestij walau hanya bermodalkan RM500 sahaja. Pentas itu termeterai segalanya. Mestica dan Suhaimi tampak selesa beraksi . Kesungguhan yang ditunjukkan menjadi bukti komitmen dan semangat mereka pada pelayaran MAI. Walaupun, penulis kadang-kala pening kepala dengan sikap gila-gila mereka ini, namun penulis mempelajari sesuatu sekiranya telah menjadi bapa nanti untuk menangani anak-anak yang nakal.
Skuad Penggempur Disiplin dan Keselamatan diketuai oleh Panglima Aniq dan Serikandi Dini. Aspek Tarbiyyah dan Keselamatan sepanjang pelayaran MAI dalam taklukan mereka. Ahli bermasalah, muslimin menceroboh kawasan event muslimat, tarbiyyah mujahid mujahidah dan keselamatan sepanjang pelayaran MAI dikawal oleh mereka. tampak mudah, namun mereka merupakan benchmarking bagi pelayaran ini berada dalam landasan Islam yang sebenar.
Skuad Pelakasana Lailatunnisa juga tidak boleh dipandang enteng sumbangan mereka. Berfesyen tidak salah asalkan mengiktu syariat. Itulah mesej yang disampaikan oleh mereka. Serikandi Afiqah pengemudinya selepas bertukar posisi kepimpinan dengan penolongnya. Aspek penelitian dan medium penyampaian harus diteliti agar mesej yang disampaikan dengan baik agar tidak wujud salah faham yang menyebabkan kadang-kala boleh mengganggu kelancaran program. Apapun, Lailatunisa meletakkan bahawa muslimat bertudung labuh juga hebat berfesyen dan memperaga pakaian. Penulis rasa terkilan juga tidak menerima undangan ke majlis itu kerana Lailatunnisa khas untuk muslimat. Nakal juga penulis ini.
Segala butir kenangan itu pasti akan tersimpan di memori ini. Tidak ku lupa sangat gembira yang kita lalui, duka yang sama ditempuhi, jalinan ukhwah yang terjalin, salah tutur bicara sehingga ada yang terasa dengan lidah tajam yang menusuk hati manusia, kasih yang dilimpah yang dirasa tidak cukup pada tempatnya, penghargaan yang dilimpah tidak sewajarnya, arahan bertimbun yang menambah beban di bahu, perintah mudah dibicara tanpa melihat penat jerih anak buah bekerja, wajah yang garang bukanlah sombong peribadinya tetapi tegas pada pendirian, tidak menegur muslimat bukan kerana angkuh namun segan merajai hati, sedap berhujah menegur manusia hingga rasa diri perfect sentiasa, sound direct pedang pembunuh hati. Aku cuba belajar menjadi terbaik. Sedang belajar erti kepimpinan. Hanya insan yang hina penuh dengan kelemahan. Insan bodoh yang berusaha mengubah paradigma. SEINFINTI KEMAAFAN, KUMOHON PADA KALIAN, ANDAI SALAH SILAP HARAP DIMAAFI, HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM, MASA, KERINGAT, SUSAH SENANG, DAN SEGALA-GALANYA YANG TERBENAK DI HATI. JIKA MASIH ADA YANG TAK PUAS HATI, BUATLAH SESUKA HATI PADA INSAN INI. KERANA INSAN INI TIDAK MENGERTI APA UKHWAH YANG HAKIKI, UKHWAH YANG TERJALIN INI MOGA TERUS MEKAR MEWANGI, JANGAN SEGAN PADA ANA SEBAB ANA YANG SEGAN PADA ENTUM, TEGURLAH KALAU BERJUMPA. INSAN INI BARU BELAJAR. AJARLAH INSAN INI. SESUNGGUHNYA INSAN INI TIDAK SEDAR AKAN KESILAPANNYA. JAZAKUMULLAHU KHAIRON KHASIRO…
mestica sedang beraksi
nh gmbr kat ne.. UM ke.. zainal bkn USM ke
ReplyDelete