Nak2...
Semua orang kalo tanye pasal harta, sume nak.. tambah2 plak free.. ye x?
Kali ni, ana nak share ngan semua ttg harta karun yang dikurniakan Allah kepada umat manusia.
Mineral dari bumi ini yang dipanggil pyrite ataupun gold
Ade kaitan ngan geologi jugak tau...
Ana bukan nak cite pasal emas yang mak2 atau opah2 kite pakai,
yang macam rantai kapal, rantai lori,
ade plak tu cam gelung2 kat tangan pon ade..
nak plak kalo mami2 kat penang,
merelit2 emasnye... silau mato den...
tapi yang ini,
emas yang bleh jadi eset kite di masa hadapan...
penting gak ni...
kot2 la duit dah xlaku nnt,
ini la yg bleh jd gantinye.....
ADA APA DENGAN EMAS???
Jika kita ada emas, kita tidak perlu takut akan krisis ekonomi global |
Apa itu emas??? Sudah pasti ramai yang sudah tahu apa itu emas,tetapi sudah pasti juga ramai yang masih belum tahu apa fungsi dan kegunaan emas,lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi moden seperti hari ini. Emas, atau dengan nama lainnya AURUM adalah logam bernilai tinggi yang berada di dalam perut Bumi. Keistimewaan emas terletak pada nilainya tersendiri yang selalu disebut sebagai “INTRINSIC VALUE” yang ada di dalam logam itu sendiri. Emas boleh digunakan dalam pelbagai keadaan ekonomi,sama ada ekonomi stabil,lebih-lebih lagi ketika masalah kegawatan ekonomi kerana sifatnya yang kalis inflasi dan nilainya yang mempunyai trend sentiasa menaik serta tidak terikat pada harga komoditi lain.
Perak.... |
Harga emas dan nilainya yang telah terbukti dari zaman Rasulullah S.A.W serta Khulafah Ar-Rasyidin tidak terkena kesan inflasi seperti contoh yang selalu kita dengar di mana, seekor kambing dewasa pada zaman Rasulullah S.A.W boleh dibeli dengan 1 Dinar,sama pada nilainya zaman sekarang di mana seekor kambingn dewasa masih lagi boleh dibeli dengan harga 1 Dinar iaitu lebih kurang RM600 lebih.
Gold Coin |
Mungkin ada di antara kita semua yang tidak begitu berminat tentang pelaburan atau menyimpan asset mereka dengan menggunakan logam Emas atau Perak bukan??? Ya, sudah tentu ada golongan yang memandang remeh tentang simpanan jangka panjang ini. Tetapi anda harus ingat, sesuatu asset yang kita ada perlu dipegang nilainya atau dengan lebih mudah, tidak susut nilainya sesuatu yang kita ada sekarang. Maka untuk itu, pelaburan secara memegang barang fizikal adalah amat penting untuk memelihara asset & harta kita.
Cantiknya...nak mengorat emas lah pulak |
Setelah berkurun lamanya, Emas dan Perak telah membuktikan kuasa yang ada pada nilainya untuk memelihara harta kita. Hamba tertarik kepada ayat seorang pencinta Emas yang berkata “EMAS TIDAK BOLEH MENJADIKAN ANDA SERTA MERTA KAYA, TETAPI BOLEH MENGELAK DARIPADA ANDA KEKAL MISKIN SELAMA-LAMANYA”… jadi, fikir-fikirkanlah dengan sebaiknya untuk memelihara apa yang anda ada ketika ini, sebelum terlambat….
Dinar & Dirham KelantanAPA ITU DINAR EMAS???
Dinar Emas adalah logam yang terdiri daripada komposisi Aurum dan mempunyai komposisi logam lain untuk mengikatnya menjadi kukuh dan kuat supaya tidak mudah rosak dan patah. Dinar yang digunakan sekarang adalah sama dengan Dinar pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab dari segi beratnya iaitu sebanyak 4.25gram. komposisi emas dalam Dinar adalah 91.60% atau selalu kita lihat simbol 916… inilah yang membawa maksud bahawa 91.60 % daripada logam tersebut adalah Emas atau Aurum. Emas 916 adalah sama juga dengan 22 Karat (22 K). berbeza pula dengan pembentukan Emas Jongkong atau Gold Bar, di mana komposisi emasnya adalah sebanyak 99.99 %. Atau lebih dikenali dengan Emas 999 (24 Karat).
Dinar Emas telah digunakan semenjak Zaman Rasulullah S.A.W dan Zaman Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin sebagai sistem kewangan dan ekonomi ketika dahulu lagi. Selain Dinar Emas, Dirham Perak juga turut digunakan untuk nilai yang kecil bagi urusan jual beli serta urusan-urusan lain. Keunikan Dinar Emas dan Dirham Perak ini telah diceritakan dalam banyak kisah dan sejarah telah membuktikan, penggunaan Dinar dan Dirham telah berjaya semenjak dahulu lagi. Ini kerana, Dinar dan Dirham adalah salah satunya matawang yang mempunyai nilai di dalamnya sendiri serta kalis inflasi. Antara fungsi umum Dinar dan Dirham adalah digunakan sebagai:-
Dalam erti kata lain, jika kita menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang seharian kita tidak kira sama ada kita berjual beli, menyimpan, memiliki ataupun menggunakannya untuk urusan agama, ia adalah merupakan salah satu sunnah yang diajar Baginda Rasulullah S.A.W. Penggunaan Dinar dan Dirham ini telah dilancarkan secara rasminya di Kelantan yang mana telah dikendalikan serta diperkenalkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bukan dengan itu sahaja, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga memperakui serta memberitahu bahawa penggunaan Dinar Emas boleh menghentikan perang matawang di zaman moden ini. Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). -Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-
|
No comments:
Post a Comment