Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Monday, March 28, 2011

TANDA-TANDA KIAMAT 2: Edisi Tallaqi bersama Ustaz

Pada 22 Mac 2011, ana sempat menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan oleh tok guru ana. Selalunye, ramai yang datang, tapi hari itu, hanya 6 org je yang hadir, mungkin yang laen sibuk agaknye..
Tajuk kuliah maghrib pada kali ini cukup menarik iaitu tentang Tanda-tanda Kiamat.. Ana memang excited dengan tajuk ini. Tok guru ana memulakan kuliah dengan pujian kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada 2, iaitu tanda kecil(Sughra) dan tanda besar(Kubra). Tanda kiamat besar terdapat 10 manakala tanda kecil memang banyak. Di antara tanda-tanda kecil yang dibicarakan iaitu,

1. Pada zaman hamba dahulu, terdapat orang perempuan membeli hamba perempuan yang die sendiri xtau itu adalah emak kandungnya sendiri.

2. Orang miskin menjadi sangat kaya dan membina bangunan yang tinggi2.. (ada diberitahu dalam hadis sahih)

3. Nabi SAW tidak pernah melihat 2 umat iaitu:
  a) Umat yang membawa cemeti semacam ekor lembu lalu memukul orang laen.
  b) Orang perempuan yang berbuat dosa, namun membuat fitnah ke atas orang laen di atas dosa yang dilakukan.

4. Gempa bumi semakin banyak di sana-sini.

5. Muncul penyakit baru yang xpernah wujud pada zaman dahulu.

6. Ramai manusia yang berucap berbaur fitnah

7. Cuaca semakin cepat berubah (negara2 yang ada 4 musim, cepat berubah musimnye)

8. Banyak shopping complex atau pasar besar yang berdekatan antara satu sama laen.

9. Masa berlalu terlalu pantas

10. Kemunculan Imam Mahdi.
      Sabda Rasulullah SAW, "Hari Kiamat takkan berlaku apabila muncul seorang lelaki yang menjadi khalifah yang namanya dan nama bapanya sama denganku."
Kemunculan Imam Mahdi di Madinah pada musim haji. Sewaktu kemunculannya, malaikat akan berkata dan semua orang akan pandang kepada Imam Mahdi. Setelah itu, Imam Mahdi akan pergi ke Makkah lantas 300 orang wali berbaiah dengannya. Setelah itu, datang askar dari timur melawan Imam Mahdi. Namun ditengah perjalanan askar2 itu, meraka akan ditelan Bumi. Sebelum Imam Mahdi muncul, banyak perkara ajaib dan pelik akan berlaku.

Di antara tanda-tanda besar kiamat adalah:
1. Munculnya Dajjal,
    Dia adalah orang kafir, dari kaum bani Israel. Mempunyai satu mata, Die telah ade sekarang ini, tapi die dipenjarakan di kawasan yang dilitupi ais seluruhya. (wallahualam, xtau kat mane). Pada zaman Rasulullah, salah seorang sahabat, Tamim ibnu Aus telah sesat dalam pelayaran selama 1bulan lalu terjumpa Dajjal. Dajjal bertanya adakah telah muncul Nabi Akhir Zaman dari kaum Arab?..

2. 3tahun sebelum berlakunya hari kiamat, pada tahun pertama, Langit akan simpan 1/3 air hujan, tahun kedua akan simpan 2/3 air hujan, tahun ketiga akan simpan 3/3 air hujan. Bumi akan kering kontang tanpa hujan.

3. Dajjal akan keluar dari penjaranya.
    Pada saat dan tika ini, orang mukmin akan hidup susah, xde makanan. Lalu Dajjal akan membuat fitnah dengan perintah Allah. Dajjal menghasut manusia. Dajjal mempunyai 2 sungai (Api n Air). Dajjala akan menjelajah ke seluruh dunia hanya 1tahun 4bulan sahaja. Dajjal mengaku bahawa dia tuhan(nauzubillah). Pada waktu ini, orang mukmin hanya akan kenyang dengan mengucapkan tasbih tanpa makan sebarang makanan.

4. Nabi Isa turn ke bumi.
    Sekarang ini, Nabi Isa tinggal di langit ke-2, baginda akan turun di Syria di menara tinggi di negara itu. Nabi Isa akan berjumpa dengan Imam Mahdi. Di waktu menunaikan solat, Imam Mahdi menjadi Imam sebagai simbolik Nabi Isa mengikut syariat Nabi Muhammad SAW. Nabi Isa akan membunuh Dajjal di Palestin di depan pintu pagar tempat bernama Luth

5. Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj.
    Mereka ini adalah 2 kaum yang telah dikurung oleh Raja Zulkarnain. Raja Zulkarnain adalah seorang Wali yang hebat dan Raja seluruh dunia selama 2 dekad. Dia telah pergi ke barat dan berjumpa dengan kaum yang dianayai oleh Ya'juj dan Ma'juj. Lalu Raja Zulkarnain membantu kaum ini dengan membina tembok besi bersalut tembaga yang tinggi dan besar. Namun tempatnya xtau kat mana(wallahualam). Pada waktu Israk dan Mikraj, Nabi SAW telah dibawa ke tempat Ya'juj n Ma'juj ini. Setiap hari, Ya'juj n Ma'juj akan cuba mengorek tembok ini dari pagi hingga malam. Tiba waktu malam, mereka akan tertido n letih. Namun bangun keesokan harinya, tembok itu elok seperti sediakala. Begitulah akan berlaku seterusnya sehingga Ya'juj n Ma'juj akan berkata, "kita akan sambung mengorek keesokan hari, INSYA ALLAH.. Pada esoknya , tembok itu akan diroboh, lalu Ya'juj n Ma'juj akan keluar. Mereka akan membawa musibah kepada seluruh umat Islam. Nisbah bilangannya, 1manusia:100 Yajuj n Ma'juj... Masya Allah, Banyaknye... Mereka akan makan semuanya di bumi ini. Apabila mereka, melalui sebuah tasik, maka akan kering kontang tasik itu.
Nabi Isa akan selamatkan semua mukmin dan bawa semuanya ke Gunung Thur, lantas Nabi Isa akan berdoa kepada Allah. Dengan izin Allah, Allah utuskan ulat2 akan keluar dari leher Ya'juj n Ma'juj lantas menembusi tengkuk mereka sekaliannya. Lalu, Allah utuskan burung2 yang banyak mengangkut bangkai Ya'juj n Ma'juj ke dalam laut.

6. Setelah itu, Semua hasil bumi akan keluar sendiri dengan banyaknya. Semua manusia akan kaya n hidup bahagia. Kemudian ada angin akan bertiup menarik semua roh2 orang Mukmin, hanya orang kafir akan hidup. Orang kafir akan merasai kesengsaraan kiamat. Lalu Israfil akan meniup Sangkakala pertama, semuanya akan hancur. Seluruh makhluk akan mati temasuklah Malaikat Jibrail AS, Israfil AS dan sebagainya. Malaikat Mikail yang terakhir akan mati setelah dia menarik rohnya sendiri. Namun, bidadari2 di syurga, Malaikat Ridhuan(penjaga Syurga), Malaikat Malek(penjaga neraka) dan Malaikat pembawa Syurga akan kekal hidup dengan kekuasaan Allah...

Ana semakin syok nak mendengar dan mencatit lagi sebenarnnnya, namun apakan daya masa amat mencemburui kami... Kuliah Maghrib, insya Allah disambung pada minggu berikutnya....



* semua kisah yang dicatatkan adalah kesimpulan atau cerita pendek, kalo mau tau cite penuh dan lebih detail lagi bleh la keep in touch dengan penulis supaya kita dapat sama2 mempelajarinya secara bertallaqi dengan para ustaz dan alim ulama..
* ada sesetengah cerita kadang-kala, lain dari pembacaan n kisah yg kite dengar sebelum ini, namun cerita yang sebenar hanyalah dengan cara kita bertallaqi dan berguru dengan ulama... kalo ada yang berminat bleh menghubungi penulis...

Wednesday, March 23, 2011

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL 1


1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -> >Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim


*dan banyak lagi tanda2 kiamat kecil yang berlaku... nntkan TANDA-TANDA KIAMAT KECIL 2

Wednesday, March 16, 2011

Siapa nak Harta Karun???

Harta Karun???
Nak2...
Semua orang kalo tanye pasal harta, sume nak.. tambah2 plak free.. ye x?
Kali ni, ana nak share ngan semua ttg harta karun yang dikurniakan Allah kepada umat manusia.
Mineral dari bumi ini yang dipanggil pyrite ataupun gold
Ade kaitan ngan geologi jugak tau...

Ana bukan nak cite pasal emas yang mak2 atau opah2 kite pakai,
yang macam rantai kapal, rantai lori,
ade plak tu cam gelung2 kat tangan pon ade..
nak plak kalo mami2 kat penang,
merelit2 emasnye... silau mato den...

tapi yang ini,
emas yang bleh jadi eset kite di masa hadapan...
penting gak ni...
kot2 la duit dah xlaku nnt,
ini la yg bleh jd gantinye.....

ADA APA DENGAN EMAS???


Jika kita ada emas, kita tidak perlu takut akan krisis ekonomi global
Apa itu emas??? Sudah pasti ramai yang sudah tahu apa itu emas,tetapi sudah pasti juga ramai yang masih belum tahu apa fungsi dan kegunaan emas,lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi moden seperti hari ini. Emas, atau dengan nama lainnya AURUM adalah logam bernilai tinggi yang berada di dalam perut Bumi. Keistimewaan emas terletak pada nilainya tersendiri yang selalu disebut sebagai “INTRINSIC VALUE” yang ada di dalam logam itu sendiri. Emas boleh digunakan dalam pelbagai keadaan ekonomi,sama ada ekonomi stabil,lebih-lebih lagi ketika masalah kegawatan ekonomi kerana sifatnya yang kalis inflasi dan nilainya yang mempunyai trend sentiasa menaik serta tidak terikat pada harga komoditi lain. 

Perak....
Harga emas dan nilainya yang telah terbukti dari zaman Rasulullah S.A.W serta Khulafah Ar-Rasyidin tidak terkena kesan inflasi seperti contoh yang selalu kita dengar di mana, seekor kambing dewasa pada zaman Rasulullah S.A.W boleh dibeli dengan 1 Dinar,sama pada nilainya zaman sekarang di mana seekor kambingn dewasa masih lagi boleh dibeli dengan harga 1 Dinar iaitu lebih kurang RM600 lebih.

Gold Coin
Mungkin ada di antara kita semua yang tidak begitu berminat tentang pelaburan atau menyimpan asset mereka dengan menggunakan logam Emas atau Perak bukan??? Ya, sudah tentu ada golongan yang memandang remeh tentang simpanan jangka panjang ini. Tetapi anda harus ingat, sesuatu asset yang kita ada perlu dipegang nilainya atau dengan lebih mudah, tidak susut nilainya sesuatu yang kita ada sekarang. Maka untuk itu, pelaburan secara memegang barang fizikal adalah amat penting untuk memelihara asset & harta kita.




Cantiknya...nak mengorat emas lah pulak
Setelah berkurun lamanya, Emas dan Perak telah membuktikan kuasa yang ada pada nilainya untuk memelihara harta kita. Hamba tertarik kepada ayat seorang pencinta Emas yang berkata “EMAS TIDAK BOLEH MENJADIKAN ANDA SERTA MERTA KAYA, TETAPI BOLEH MENGELAK DARIPADA ANDA KEKAL MISKIN SELAMA-LAMANYA”… jadi, fikir-fikirkanlah dengan sebaiknya untuk memelihara apa yang anda ada ketika ini, sebelum terlambat….
           
Dinar & Dirham Kelantan


APA ITU DINAR EMAS???

            
     
Kilauan Dinar
    Dinar Emas adalah logam yang terdiri daripada komposisi Aurum dan mempunyai komposisi logam lain untuk mengikatnya menjadi kukuh dan kuat supaya tidak mudah rosak dan patah. Dinar yang digunakan sekarang adalah sama dengan Dinar pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab dari segi beratnya iaitu sebanyak 4.25gram. komposisi emas dalam Dinar adalah 91.60% atau selalu kita lihat simbol 916… inilah yang membawa maksud bahawa 91.60 % daripada logam tersebut adalah Emas atau Aurum. Emas 916 adalah sama juga dengan 22 Karat (22 K). berbeza pula dengan pembentukan Emas Jongkong atau Gold Bar, di mana komposisi emasnya adalah sebanyak 99.99 %. Atau lebih dikenali dengan Emas 999 (24 Karat). 





1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar


            Dinar Emas telah digunakan semenjak Zaman Rasulullah S.A.W dan Zaman Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin sebagai sistem kewangan dan ekonomi ketika dahulu lagi. Selain Dinar Emas, Dirham Perak juga turut digunakan untuk nilai yang kecil bagi urusan jual beli serta urusan-urusan lain. Keunikan Dinar Emas dan Dirham Perak ini telah diceritakan dalam banyak kisah dan sejarah telah membuktikan, penggunaan Dinar dan Dirham telah berjaya semenjak dahulu lagi. Ini kerana, Dinar dan Dirham adalah salah satunya matawang yang mempunyai nilai di dalamnya sendiri serta kalis inflasi. Antara fungsi umum Dinar dan Dirham adalah digunakan sebagai:-
  •                            Pembayaran zakat
  •                            Hantaran Mas Kahwin
  •                           Sebagai hadiah paling bernilai
  •                            Urusan juan beli
  •                            Sebagai simpanan dan pelaburan yang telus lagi jelas


Dalam erti kata lain, jika kita menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang seharian kita tidak kira sama ada kita berjual beli, menyimpan, memiliki ataupun menggunakannya untuk urusan agama, ia adalah merupakan salah satu sunnah yang diajar Baginda Rasulullah S.A.W.  Penggunaan Dinar dan Dirham ini telah dilancarkan secara rasminya di Kelantan yang mana telah dikendalikan serta diperkenalkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bukan dengan itu sahaja, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga memperakui serta memberitahu bahawa penggunaan Dinar Emas boleh menghentikan perang matawang di zaman moden ini.
            
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda 
 "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). 
-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-
Spesifikasi Dinar PG






*Untuk lebih info atau berminat nak memiliki harta karun ni, layari http://abangdinar.blogspot.com/.



Sunday, March 13, 2011

Kasih Haiwan VS Kasih Manusia

Kasih sayang,
Hanya dua patah perkataan,
Namun memberi makna yang mendalam,
Perasaan ini adalah nikmat kurniaan Allah,
Kita rasa disayangi, dicintai, dikasihi dan dihargai,
Tempat kita mengadu, menangis, bersuka ria, dan bergelak tawa,
Sungguh nikmat kasih sayang...


 Manjanya beruang pola ni...
Eh.. jangan berebut, cukup untuk semua...
Mama, ambo sayang mama...
Mama, kita nak g mana?? Shopping eh??
Mama, bile nak mandi ni...
Ha, jangan nakal2, mama n papa nak g honeymoon ni.
Watpolah anak aku rase cam cencodok je ni....
Nak kiss skit.. muaahhh
Hari ini mama dapat cacing BBQ...
ha? anak sape plak ni??
nape adek tido sini?? mama mane?/
nak recycle ke reuse ni???
eee.. adek.. malu2... pampers mane??
Nauzubillah... Anak MANUSIA rupenye...


Cube tengok data ni.. muhasabah..
alamak... Selangor paling tertinggi...


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji dan jalan yang buruk," Surah Al-Israa: ayat 32

"Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian nescaya dia mendapat(pembalasan) dosa, (iaitu) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina." 
Surah Al-Furqan: ayat 69

Haiwan pun Benci pada Zina
"Suatu hari, seorang sahabat Umar bin Maimum bermusafir ke Yaman. Ketika berada di antara hutan dan gunung ia melihat sekumpulan kera dengan pemandangan yang menakjubkan. Pada zaman Jahiliyyah aku pernah melihat kera jantan berzina dengan kera betina. Maka datanglah sejumlah kera berkumpul mengelilingi kedua kera tersebut kemudian mereka merejam keduanya sehingga mati." Hadis riwayat Bukhari

Janganlah sampai jadi camni....

Renung-renungkan...
Amik pengajaran...



Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi: Suatu Petanda dari Allah

Kita dikejutkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. Lebih 189 gegaran gempa bumi dicatatkan(link) sekitar kawasan berkenaan setakat yang hari ini. Gegara pertama dikesan pada 9 Mac 2011 berukuran 7.2 menggegar Pantai Barat Honshu. Gegaran paling kuat berukuran 8.9 merupakan gegaran kedua paling terkuat selepas gempa bumi di Banda Acheh yang berukuran 9.0 yang mengakibatkan kemusnahan yang teruk dan kematian yang banyak.

Kawasan ini terletak di antara Philipines Plate dan Pacific Plate. Tambahan pula, kawasan ini terdapat Japan Trench dan Mariana Trench yang merupakan kawasan pengerakan plate tectonic. Pergerakan convergent margin iaitu, kedua-dua plate bergerak ke arah masing-masing. 


Penulis merasakan kemusnahan akibat gempa bumi ini tidaklah seteruk Banda Acheh, Indonesia kerana Jepun telah bersedia segala kemungkinan yang berlaku. Dari segi teknologi, infrastruktur bangunan, dan langkah-langkah keselamatan mereka sememangnya hebat. Namun, sehebat mana pun kita, kita sememangnya tidak mampu untuk melawan kuasa Allah. Sedarlah, ini sebagai suatu peringatan dari Allah kepada manusia.

Sesungguhnya azab Allah pasti akan terjadi. Terdapat 2 azab Allah iaitu azab di dunia dan azab di akhirat. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberikan azab dan menghilangkannya. Tiada sesiapa yang dapat lari dari azab Allah. Azab Allah merupakan bentuk pertolongan Allah bagi orang-orang yang beriman dan bagi orang-orang yang berdosa azab bertujuan agar manusia kembali ke jalan yang benar. Azab Allah telah ditentukan waktunya dan datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Bencana dapat terjadi di kediaman manusia atau di dekat kediaman mereka, dan jangan salah, azab Allah tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim.

Faktor-Faktor yang menyebabkan Azab Allah:
1. Melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
2. Tidak melakukan Amar maaruf Nahi mungkar
3. Cinta akan dunia, takut akan mati.
4. Menyekutukan Allah
5. Berlaku zalim kepada diri sendiri, keluarga dan masyaratkan
6. Tidak melakukan suruhan Allah.

Dan ingatlah peringatan Allah yang dirakamkan di dalam Al-Quran,


Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan, kemudian dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). Surah Nuh :71)
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.  (Surah Thaha : 20)

*penulis merupakan mahasiswa Jurusan Sains, Geologi Gunaan, UM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...