Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi: Suatu Petanda dari Allah

Kita dikejutkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. Lebih 189 gegaran gempa bumi dicatatkan(link) sekitar kawasan berkenaan setakat yang hari ini. Gegara pertama dikesan pada 9 Mac 2011 berukuran 7.2 menggegar Pantai Barat Honshu. Gegaran paling kuat berukuran 8.9 merupakan gegaran kedua paling terkuat selepas gempa bumi di Banda Acheh yang berukuran 9.0 yang mengakibatkan kemusnahan yang teruk dan kematian yang banyak.

Kawasan ini terletak di antara Philipines Plate dan Pacific Plate. Tambahan pula, kawasan ini terdapat Japan Trench dan Mariana Trench yang merupakan kawasan pengerakan plate tectonic. Pergerakan convergent margin iaitu, kedua-dua plate bergerak ke arah masing-masing. 


Penulis merasakan kemusnahan akibat gempa bumi ini tidaklah seteruk Banda Acheh, Indonesia kerana Jepun telah bersedia segala kemungkinan yang berlaku. Dari segi teknologi, infrastruktur bangunan, dan langkah-langkah keselamatan mereka sememangnya hebat. Namun, sehebat mana pun kita, kita sememangnya tidak mampu untuk melawan kuasa Allah. Sedarlah, ini sebagai suatu peringatan dari Allah kepada manusia.

Sesungguhnya azab Allah pasti akan terjadi. Terdapat 2 azab Allah iaitu azab di dunia dan azab di akhirat. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberikan azab dan menghilangkannya. Tiada sesiapa yang dapat lari dari azab Allah. Azab Allah merupakan bentuk pertolongan Allah bagi orang-orang yang beriman dan bagi orang-orang yang berdosa azab bertujuan agar manusia kembali ke jalan yang benar. Azab Allah telah ditentukan waktunya dan datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Bencana dapat terjadi di kediaman manusia atau di dekat kediaman mereka, dan jangan salah, azab Allah tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim.

Faktor-Faktor yang menyebabkan Azab Allah:
1. Melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
2. Tidak melakukan Amar maaruf Nahi mungkar
3. Cinta akan dunia, takut akan mati.
4. Menyekutukan Allah
5. Berlaku zalim kepada diri sendiri, keluarga dan masyaratkan
6. Tidak melakukan suruhan Allah.

Dan ingatlah peringatan Allah yang dirakamkan di dalam Al-Quran,


Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan, kemudian dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). Surah Nuh :71)
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.  (Surah Thaha : 20)

*penulis merupakan mahasiswa Jurusan Sains, Geologi Gunaan, UM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...