Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Monday, January 25, 2010

Eh! Kau Calon PRKkan??

Aku tersenyum seketika, di kala kawanku menyapa, "Eh! Kau Calon PRKkan??" Aku hanya mampu tersenyum. Terkeluar dari bibirku, "Aku tak minat la, lagipun x layak. Bagi la kat orang laen." Lalu fikiranku melayang, terkenang beberapa hari yang lalu, kawan seuniversitiku bercerita kepadaku, ada yang mengatakan aku ini MPMUM.. Terkejut aku dibuatnya. Ape kejadahnya aku jadi MPMUM? Baru 1st year.. Hmm.. macam2 hal. Ni mesti x cakna hal universiti la ni..

Memang terdetik di hatiku ini, untuk bertanding, namun perjuangan yang ingin kubawa ini lebih besar dari menjadi seorang pemimpin sesebuah institusi terulung di Malaysia ini. Nafsu yang berkata, mungkin. Suka pada kemahsyuran, dipandang tinggi, dihormati dan dicanang-canang sebagai bakal pemimpin. Namun, ini hanyalah dunia. Dunia yang tidak pernah lari dengan tipu daya, gangguan dan ancaman. Iman dan iktiqad yang jazam di hati menjadi indikator penting dalam membina tembok penghadang segala virus ini.

PRK ini adalah pertama kali dalam hidupku semenjak aku melangkahkan di bumi UM ini. Aku inginkan ketelusan, kejujuran, integriti yang tinggi, keadilan dan tolenrasi dari semua pihak, buat mahasiswa mahupun pihak pentadbiran. Sikap profesional antara kedua belah pihak yang betanding, sememangnya menjadi harapan dan impian setiap bakal-bakal pengundi yang akan memilih calon pemimpin yang mereka inginkan.

Sekiranya aku yang bertanding, sememangnya itu hasratku. Aku lebih suka kita menilai dan menimbang tara sesuatu perkara secara idealis dan profesionalis berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Segala janji-janji manis dalam manifesto semua calon bertanding perlu diukur pada badan sendiri sebelum menabur kepada mahasiswa-mahasiswa. Jangan asyik menanam tebu di tepi bibir, di bibir hanya manis, di tebu hanya plastik.

Aku cukup menyampah pabila ada yang meletakan agama sebagai mainan politik meraka. berjanji macam-macam. namun diri yang membawa janji itu, tidak menunjukkan keizzahan sebagai pembantu agama Allah. Amik agama sebahagian, tinggal sebahagian. Bak kata tok guru aku, KAPIR la orang camni. Agenda ingin membawa agama, tapi pada akidah, ibadah, cara hidup, tingkah laku, pergaulan, bersepah tak tentu hala.

Buat bakal pengundi-pengundi, pilihan di tangan anda. pilihlah yang terbaik dari segi Agama Islam itu sendiri, dalam erti kata, Akidah pemimpin kita itu benar, Ibadah pemimpin itu sah, Hati pemimpin itu bersih,dan Sahsiah pemimpin itu qudwah..

Buat diri sendiri terutamanya, yang baik ambil, yang buruk buang, juga buat sahabat-sahabat, dan sekalian muslimin dan muslimat sekalian. wallahualam...

1 comment:

  1. Salam.. btul gak tu.. kita tak semestinya nk grab sume bnda dlm 1 mse..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...