Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Friday, July 15, 2011

Fesyen Muslimah: Suatu Pencerahan

          Marcapada ini, trend fesyen muslimah semakin mendapat sambutan. Pelbagai jenis dan gaya diterjemah oleh pereka-pereka fesyen mengikut acuan muslimah. Kalau dulu, fesyen muslimah tertumpu baju kurung dan jubah sahaja. Selain itu, fesyen pereka-pereka barat yang seksi lagi mejolok mata semestinya tidak mengikut syariat dan tidak boleh dipakai wanita muslimah di hadapan bukan muhrim. Namun, hasil improvisasi dan inovasi pereka-pereka fesyen masa kini, wujudlah pelbagai jenis pakaian muslimah. Mengikut trend dan majlis. Dari jenis formal, santai, makan malam dan rasmi, semuanya telah tersedia untuk diperagakan oleh semua muslimat di luar sana. Mahu dan tak mahu sahaja.

          Elemen terpenting fesyen muslimah adalah tudung. Jika dahulu, masyarakat sememangnya 'stereotype' tentang tudung. Jika sebut tudung, minda pasti akan tertumpu pada kain kosong segi empat tepat. Paling popular, semestinya tudung bawal. Namun, tudung turut juga dievolusi oleh arus globalisasi. Wujudlah, pelbagai jenis tudung dan cara pemakaian tudung. Tudung shawl, tudung Nur Kasih, tudung Wardina, tudung Ariani, tudung Yuna dan macam-macam lagi. Cara pemakaian juga bermacam-macam cara. Ada yang berbelit, berpintal, berpusing, berjendul di belakang atau atas, dan berjurai-jurai manik.
       
          Persoalannya, adakah fesyen muslimah ini, menepati kehendak syarak? Adakah pemakaian tudung sekadar ikut-ikutan atau berpegang teguh pada syariat? Apakah syarat-syarat fesyen muslimah berlandaskan syarak?
       
          Perkara yang wajib oleh semua umat islam adalah HUKUM MENUTUP AURAT. Menutup aurat adalah WAJIB. Apakah batas-batas aurat seorang muslimat? Ulama bersepakat bahawa aurat wanita kepada lelaki bukan muhrimnya ialah SELURUH TUBUH kecuali MUKA dan KEDUA TAPAK TANGAN. Ini berpandukan kepada Al-Quran dalam Surah An Nur ayat 31, Al Ahzab ayat 53 dan 59.

Kesalahan dalam berfesyen

BENTUK DAN FESYEN PAKAIAN MUSLIMAT


1. Menutup seluruh badan
*janganlah pakai baju t-shirt yang ketat, pendek, lengannye pendek. Jika pakai inner@sarung lengan didalam sekalipun, ia tetap ketat dan menampakkan bentuk badan. Maka pakailah baju yang labuh, lengan panjang, longgar, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk tubuh.

2. Labuh sehingga menutup kaki
*perlu ambil perhatian, kaki dan tapak kaki juga adalah aurat bagi muslimat. Realitinya, ramai muslimat yang masih culas tentang hal ini. Justeru, pakailah stokin kaki.

3. Tidak ada perhiasan, walaupun pada pakaian luar
*Kata Az-Zahabi dalam kitabnya Al Kabair, "Di antara perbuatan terkutuk yang sering dilakukan oleh para wanita ialah menampakkan perhiasan emas, permata dan sebagainya yang dipakai di bawah(di dalam) pakaian mereka.

4. Kain tebal dan tidak ditelusi pandangan
*Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aisyah rah. dalam keadaan berpakaian nipis semuanya. Lalu Aisyah berkata pada mereka, "Jika kamu wanita mukminah, maka bukan begini fesyen pakaian wanita mukminah..."

5. Tidak jarang sehingga terbayang kulit dan bentuk badan
*Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari dalam Al Mu'jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,"Akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita yang berpakaian tapi sebenarnya bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul(set rambut) mereka ditinggikan bagai goh(bonggol) unta. Kutuklah mereka, sesungguhnya ,mereka itu terkutuk(dikutuk oleh Allah).


6. Tidak mengenakan bau-bauan yang melebih-lebih
*Wanita diharamkan memakai bau-bauan ketika keluar rumah untuk ke majlis yang diluluskan syariat, di hadapan lelaki bukan mahram, tujuan memikat lelaki, dan ketika ke masjid bersembahyang jamaah. Cukuplah memakai wangian untuk mengelakkan berbau badan. Jika lebih-lebih, hukumnya HARAM.

7. Tidak menyerupai lelaki
*Dari Abdullah bin Amr ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, bermaksud,"Tidak termasuk golongan kami(bukan umat Islam) wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita. (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

8. Tidak menjolok mata
*menjolok mata bermaksud pakaian yang bertujuan menarik perhatian, sama ada menunjukkan tubuh badan yang seksi dan menyebabkan ghairah.

9. Tidak menyerupai pakaian orang bukan Islam
*Dari Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Janganlah kamu memakai pakaian para pendita(ahli kitab Yahudi). Siapa yang memakai pakaian mereka, maka dia bukanlah golonganku. (Riwayat at   Tabrani dalam Al-Awsat)


10. Tidak memakai tudung yang singkat dan jarang
*Seeloknya muslimat sekalian, janganlah pakai tudung yang singkat. Hal ini kerana, Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31, " Dan hendaklah mereka menutupkan(aurat mereka) dengan jilbab(tudung) hingga dada mereka. Trend masa kini, tudung singkat jadi kegemaran. Ada pula berbelit-belit dan berpintal-pintal namun dada terdedah. Sudah tidak ikut syariat. Lebih manis, memakai tudung labuh atau jika mahu berfesyen tudung juga, tutuplah perkara yang perlu ditutup seperti telinga, leher, tengkuk, bawah dagu dan dada.

*Jika berambut panjang, janganlah dibuat sanggul bonggol unta. Ramai sangat muslimat yang berfesyen begini.   Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari dalam Al Mu'jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,"Akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita yang berpakaian tapi sebenarnya bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul(set rambut) mereka ditinggikan bagai goh(bonggol) unta. Kutuklah mereka, sesungguhnya ,mereka itu terkutuk(dikutuk oleh Allah).



"DAN KATAKANLAH KEPADA PARA PEREMPUAN YANG BERIMAN, AGAR MENJAGA PANDANGANNYA DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA(AURAT) KECUALI YANG (BIASA) TERLIHAT. DAN HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN(AURAT) DENGAN JILBAB HINGGA DADA MEREKA DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA(AURATNYA) KECUALI KEPADA SUAMI MEREKA, ATAU AYAH MEREKA, ATAU AYAH SUAMI MEREKA, ATAU ANAK LELAKI MEREKA, ATAU ANAK LELAKI SUAMI MEREKA, ATAU SAUDARA LELAKI MEREKA, ATAU ANAK LELAKI SAUDARA LELAKI MEREKA, ATAU ANAK LELAKI SAUDARA PEREMPUAN MEREKA, ATAU PARA PEREMPUAN(SESAMA ISLAM) MEREKA, ATAU HAMBA SAHAYA YANG MEREKA MILIKI ATAU PARA PELAYAN LELAKI (TUA) YANG TIDAK MEMPUNYAI KEINGINAN(TERHADAP PEREMPUAN) ATAU KANAK-KANAK YANG BELUM MENGERTI TENTANG AURAT PEREMPUAN. DAN JANGANLAH MENGHENTAKKAN KAKINYA AGAR DIKETAHUI PERHIASAN YANG MEREKA SEMBUNYIKAN. DAN BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH, WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, AGAR KAMU BERUNTUNG." 

SURAH AN NUR AYAT 31

Rujukan
1. Batas-batas aurat dan pergaulan serta hukum persolekan dalam Islam (2008); Ustaz Jaafar Salleh
2. Al-Quran dan terjemahan

Friday, July 1, 2011

'OVER LIMIT'


Sifat Malu Sudah Tiada
Sifat malu adalah tabiat insan

Satu tabiat yang Allah anugerahkan
pada hamba-hamba- Nya sejak lahirnya lagi
Sifat ini kalau disuburkan
ia menjadi benteng
daripada melakukan kemungkaran
Ia menjadi perisai
pada seseorang daripada menggadai maruah dirinya
Sifat ini di waktu keseorangan,
malu membuat maksiat kerana Tuhan melihatnya
Di waktu ramai, lagilah bertambah malu
kerana ramai mata yang melihatnya

Orang yang bersifat malu
sangat menjaga maruahnya
Merasakan maruah diri
adalah harga diri dan nilai peribadinya
Orang yang bermaruah merasakan jika maruah diri
telah tercemar atau ternoda
Dunia ini telah sempit dibuatnya
Bertemu manusia terasa malu dan terseksa
Ingin lari dari manusia
Tapi malang sekali di masa kini
Sifat malu telah tercabut
dari jiwa kebanyakan manusia
Lantaran itu maruah diri sudah tak dijaga
Maruah diri manusia sudah tergadai atau tiada
Tapi mereka tidak terasa
Masing-masing merasakan masih ada wibawa
Semua merasakan masih ada harga diri
Padahal yang ada sifat kebinatangan atau sifat haiwaniahnya
Berkelakuan haiwan yang berupa manusia
Binatang yang berupa manusia inilah yang menguasai dunia
Mentadbir manusia dan mendidik mereka
Ramailah di dunia ini haiwan yang berupa manusia




















Inilah akibat daripada kejahilan dan kealpaan kita dalam menunaikan perintah Allah. Jahil ilmu agama faktor utama yang menjadikan manusia mendewakan hawa nafsu dan syaitan. Nauzubillah...

 Firman Allah SWT, "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugikan" 
Surah Mujadalah ayat 19

Firman Allah SWT lagi, "Dan tidak ada yang mendustakan bagi hari pembalasan itu melainkan setiap orang yang melampaui batas lagi berdosa." 
Surah Al-Muthaffifin ayat 12

Firman Allah SWT lagi, "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
Surah Al-Baqarah ayat 190
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...