Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Friday, July 1, 2011

'OVER LIMIT'


Sifat Malu Sudah Tiada
Sifat malu adalah tabiat insan

Satu tabiat yang Allah anugerahkan
pada hamba-hamba- Nya sejak lahirnya lagi
Sifat ini kalau disuburkan
ia menjadi benteng
daripada melakukan kemungkaran
Ia menjadi perisai
pada seseorang daripada menggadai maruah dirinya
Sifat ini di waktu keseorangan,
malu membuat maksiat kerana Tuhan melihatnya
Di waktu ramai, lagilah bertambah malu
kerana ramai mata yang melihatnya

Orang yang bersifat malu
sangat menjaga maruahnya
Merasakan maruah diri
adalah harga diri dan nilai peribadinya
Orang yang bermaruah merasakan jika maruah diri
telah tercemar atau ternoda
Dunia ini telah sempit dibuatnya
Bertemu manusia terasa malu dan terseksa
Ingin lari dari manusia
Tapi malang sekali di masa kini
Sifat malu telah tercabut
dari jiwa kebanyakan manusia
Lantaran itu maruah diri sudah tak dijaga
Maruah diri manusia sudah tergadai atau tiada
Tapi mereka tidak terasa
Masing-masing merasakan masih ada wibawa
Semua merasakan masih ada harga diri
Padahal yang ada sifat kebinatangan atau sifat haiwaniahnya
Berkelakuan haiwan yang berupa manusia
Binatang yang berupa manusia inilah yang menguasai dunia
Mentadbir manusia dan mendidik mereka
Ramailah di dunia ini haiwan yang berupa manusia




















Inilah akibat daripada kejahilan dan kealpaan kita dalam menunaikan perintah Allah. Jahil ilmu agama faktor utama yang menjadikan manusia mendewakan hawa nafsu dan syaitan. Nauzubillah...

 Firman Allah SWT, "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugikan" 
Surah Mujadalah ayat 19

Firman Allah SWT lagi, "Dan tidak ada yang mendustakan bagi hari pembalasan itu melainkan setiap orang yang melampaui batas lagi berdosa." 
Surah Al-Muthaffifin ayat 12

Firman Allah SWT lagi, "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
Surah Al-Baqarah ayat 190

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...