Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Tuesday, April 20, 2010

Wonderful Quran Recitation from Young Boy

Saturday, April 17, 2010

Salam Imtihan

detik perjuangan kian tiba...
lapangan sudah tersedia...
soalan dah ada, tinggal jawapan sahaja...
ayuh!!! jom berperang... TAKBIR!!!

Tuesday, April 13, 2010

Jadual Exam Sem 2 Sesi 2009/2010

Jadual Exam Sem 2 Sesi 2009/2010

19-APRIL
Hubungan Etnik
11.30am
Lamp_A

22-APRIL
Policy SnT
11.30am
Aras 2

23-APRIL
Enviromental
Geology
3.00pm
Aras 2

27-APRIL
Sains dan Agama
11.30am
Aras 1

29-APRIL
Prinsip2 Kimia
11.30am
Aras 1

3-MEI
Geostatistics
11.30am
MJG

4-MEI
Mapping Geology
11.30am
MJG

TARGET:3.30 and above

Tahapan Ukhwah

-level manakah kita??

Sunday, April 4, 2010

Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan


Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan

Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-
Sebelum Peperiksaan :

  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
  • Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
  • Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

    http://zulkanai.blogspot.com

FAMILY DAY BALAI ISLAM KK9





Bismillahhirrahmannirrahim....

Alhamdulillah, sabtu bersamaan 17 Rabiul Akhir 1431, bersamaan 3 April 2010, telah diadakan program Family Day Balai Islam KK9. Program ini telah berlangsung di Hutan Lipur Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor. Program ini bertujuan bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara kami. Diketuai oleh Saudara Syafiq Farhan selaku Ketua Musafir. Kami bertolak dari KK9 pada jam 8pagi. Perjalanan mengambil masa 1jam terpaksa ditambah hingga 1jam 30 minit, akibat ada yang tersesat dari jalan yang benar.

Program bermula dengan sarapan pagi dan diikuti oleh solat sunat dhuha. Kemudian aktiviti diteruskan dengan sesi tazkirah daripada saudara penulis sendiri. Kemudian diteruskan dengan akitiviti taaruf ringkas daripada semua. Kemudian diteruskan dengan akitiviti wargame yang menyaksikan pertembungan strategi yang sengit di antara kedua-dua belah pasukan. Keputusan seri 1-1..
Selepas itu, berendamlah semua peserta muslimin. Program ini bertambah menarik dengan makan yang tidak henti-henti. Makanan terlalu banyak menyebabka semua berat perut dan kekenyangan. Sesudah makan, sambung mandi balik. Selepas itu, kami berkumpul untuk sesi bergambar.
Sebelum pulang, Saudara Sahir Amini selaku Timbalan Pengerusi Balai Islam KK9 mengumumkan bahawa Pengerusi Balai Islam KK9, Saudara Hasydan telah meletakkan jawatan. Oleh itu, Pengerusi Balai Islam KK9 yang baru adalah Saudara Mohd Zaheer bin Zainal Abidin.
Dala perjalanan pulang, satu musibah telah berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh muslimat telah pancit. Nasib baik bengkel motor masih buka. Selepas itu, kami solat asar di masjid berdekatan. Seterusnya pulang ke KK9 dan tiba pada jam 6.45 petang.


sesi tazkirah
zaheer and arap
ikan bakar..
kepenatan
kat bengkel moto

Saturday, April 3, 2010

Bola Sepak dan Perpaduan... Apa signifinakasinya???

Dalam pengkajian yang telah dilakukan... penulis n the geng telah menjalankan kajian terhadap sukan bola sepak dan perpaduan di negara kita.. apa signifikasinya??

Kami telah menjalankan kajian berkenaan hubungan sukan bola sepak dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Pelbagai kaedah kajian telah dilakukan bagi merealisasikan kajian ini iaitu, melakukan soal selidik, menemubual , melayari internet dan melakukan kajian lapangan di Stadium Shah Alam dan di kedai-kedai makan sekitar kawasan Petaling Jaya.

Sukan bola sepak ini merupakan sukan yang paling diminati oleh seluruh masyarakat di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan, majoriti responden meminati sukan bola sepak ini sama ada menonton perlawanan bola sepak mahupun bermain bola sepak. Menyedari hakikat ini, sukan bola sepak berpotensi sebagai agen menyatupadukan rakyat berbilang etnik. Hal ini kerana, sukan bola sepak mampu mengumpulkan masyarakat dengan jumlah yang ramai dalam satu-satu masa. Justeru, mesej perpaduan dan semangat 1Malaysia dapat disampaikan kepada masyaratkat secara efektif.

Tambahan pula, sukan bola sepak mampu mengurangkan jurang perbezaan politik dan ideology dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian lapangan kami di Stadium Shah Alam, menunjukkan masyarakat dari pelbagai latar belakang dapat berkumpul bersama-sama dan tertumpu menyaksikan perlawanan bola sepak. Jadi, segala persengketaan, perbalahan dan pembezaan dapat dikurangkan , hasil daripada sukan bola sepak ini. Selain itu, hubungan kekeluargaan dan persaudaraan dapat dieratkan melalui sukan bola sepak ini. Hal ini dibuktikan, kebanyakan penonton-penonton di Stadium Shah Alam ini datang bersama keluarga, saudara-mara, jiran tetangga,dan sahabat handai.

Namun, mesej perpaduan yang ingin disampaikan melalui sukan bola sepak agak terbatas dan terhad. Hal ini dapat dibuktikan, mesej perpaduan hanya akan sampai kepada masyarakat yang meminati sukan bola sepak, namun sebaliknya kepada yang tidak meminati. Selain itu, sukan bola sepak ini diminati oleh sebilang besar kaum lelaki. Hal ini disokong kuat melalui data yang kami perolehi yang menyatakan sukan bola sepak ini diminati oleh sebilangan kaum lelaki dan hampir separuh dari responden menyatakan kurang berminat atau tidak berminat dengan sukan bola sepak. Fakta ini membuktikan, had capaian mesej perpaduan ini adalah terbatas dan terhad.

Selain itu, perpaduan yang wujud hanya bagi satu pihak dan semangat kesukuan akan timbul. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian kami di Stadium Shah Alam, perpaduan yang wujud hanya kepada pasukan yang disokong sahaja. Hasilnya, semangat kesukuan akan wujud dan merosakkan nilai-nilai perpaduan yang ingin disampaikan. Selain itu, jurang pemisah akan wujud oleh kedua-dua belah pihak yang menyaksikan perlawanan bola sepak. Selain itu, majoriti masyarakat yang menonton perlawanan bola sepak di stadium adalah masyarakat Melayu. Jadi akan wujud ketidak seimbangan jika sukan bola sepak dijadikan medium utama dalam pembentukan perpaduan.

Kesimpulannya, hubungan sukan bola sepak dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Jadi, Kelebihan itu hendaklah kita kekalkan dan tingkatkan. Kelemahan itu, sama-sama kita perbaiki dan kurangkan agar mesej perpaduan di kalangan pelbagai etnik di Malaysia ini dapat disampaikan walau apa jua metodologi yang ingin dilakukan. Harapan agar Malaysia akan kekal aman damai, hidup dalam penuh kesejahteraan.

Friday, April 2, 2010

Sudah lama rasanya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Segenap rasa syukur aku panjatkan kehadrat Allah Taala, kerana masih lagi diberi subsidi nyawa dan kudrat untuk aku melayari laman ini. Sudah lama rasanya aku tidak berkarya seperti ini. Masa yang terkadang membuat aku terkejar-kejar untuk menepatinya.

Padat dengan pelbagai kuiz, test, assignment dan bermacam lagi membuat aku semakin matang mendepani cabaran yang mendatang. Di tambah pula, dengan kelas-kelas talaqqiku, yang wajib aku hadiri walaupun terkadang aku terpaksa meninggalkannya. Namun, kuliah agama tetap tercatit dalam diari mingguanku agar aku tidak alpa dan leka terhadap dunia penuh pancaroba ini. Selain itu, sedikit perkongsian ilmu bersama-sama rakan-rakan sekolejku dalam sesi Usrah yang ditubuhkan atas inisiatif sendiri bagi mengisi segala kelopongan-kelopongan dalam diri yang membolehkan syaitan melolos masuk ke benak hati ini.

Terkadang aku juga tersentak, asyik diriku menasihati orang, namun diriku tetap lemah dan penuh dengan kekhilafan. Terlintas di hati, "aku ni cakap ngan cermin ni". Semuanya pasti berbalik kepadaku. Aku cuba menjadi lebih baik setiap hari. Namun terkadang, aku rasakan diri ini kosong dengan nilai-nilai belaian ukhwah yang lama aku tidak rasai. Rindu rasanya.

Biasalah, dunia dakwah ini, penuh dengan onak dan durinya. Aku tersentak seketika pabila aku, pabila aku mengingati nota-nota kata dari madu' disekeliling aku yang berkata, "awak ni baik juga ek, ingatkan sombong, nampak senyap je" walaupun bukan niatnya untuk mengutuk atau mengejiku, namun itu semua sudah cukup untuk aku menyedari kesalahan-kesalahan yang telah aku lakukan. Aku lambat membaca keadaan dari segi pratikalnya walaupun dari segi teori, sedap mulutku mengeluarkan analisis.

Aku berusaha mendekati sekalian madu', walaupunku tahu cabarannya bukan mudah. Dari dalaman, luaran, atas , bawah, kiri dan kanan, setiap penjuru mengepungku. Namun, insya Allah dengan nasihat dari tok guruku, ayah dan ibu, sahabat-sahabat dan sekalian makhluk, akau cuba menjadi yang terbaik.. Insya ALLAH..

nota kecil hamba yang hina...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...