Lembah Ilmu
Mukaddimah
Asmaul Husna
Wednesday, March 17, 2010
Apa itu GST?
VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.
Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah semada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.
Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga.Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.
Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahkan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.
GST: Kesan keatas Pengguna dan Rakyat
Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.
GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.
GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.
Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.
Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.
Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapore, Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapore 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10%.
GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.
Wednesday, March 10, 2010
SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (http://www.halal.gov.my/maklumat_hotel.php)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tuesday, March 9, 2010
MATAN AQIDAH MURSHIDAH(terjemahan)
Ketahuilah - semoga Allah membimbing kami dan anda – bahawa wajib ke atas setiap mukallaf untuk mengetahui bahawa Allah azza wa jalla itu esa pada kerajaanNYa, Dia mencipta alam dengan kekuatanNya, iaitu alam alawi (alam atas), alam sufli (alam bawah), Arasy, Kursi, segala langit, bumi , sesuatu yang ada di langit dan bumi, sesuatu yang ada di antara di langit dan bumi. Semua makhluk itu dikuasai dengan kekuasaanNya, tiada suatu zarah pun dapat bergerak melainkan dengan izinNya, tiada suatu yang mentadbir bersamaNya pada penciptaan dan tiada suatu sekutu pada kekuasaan. Dia Yang Maha tidak memerlukan selainNya lagi tidak terkena rasa mengantuk dan tidak juga tidur, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, tiada suatu pun yang ada di langit dan tiada juga yang di bumi tersembunyi daripadaNya, Dia mengetahui sesuatu di daratan dan di lautan, Tiada suatu daun pun yang jatuh melainkan Dia mengetahuinya, tiada suatu benih pun yang dalam kegelapan malam dan tiada suatu yang basah dan tiada suatu yang kering melainkan ada dalam suatu catatan yang nyata.
Dia meliputi segala sesuatu dengan ilmu dan menghitung bilangan segala sesuatu, yang melakukan apa yang Dia kehendak dan berkuasa di atas apa yang Dia mahu, Dia memiliki kekuasaan dan memiliki kekayaan, Dia memiliki kemuliaan dan bekekalan, Dia memiliki hukum dan keputusan, Dia memiliki nama-nama yang sangat indah, tiada suatu yang dapat menolak pun bagi perkara yang telah Dia beri keputusan dan tiada suatu yang dapat menegah bagi perkara yang telah Dia beri, Dia melakukan dalam kekuasaanNya perkara yang Dia mahu dan Dia menghukum makhlukNya dengan perkara yang Dia kehendak. Dia tidak mengharapkan ganjaran dan tidak bimbang kepada seksaan, tiada suatu hak pun (yang diwajibkan) ke atas Nya dan tiada suatu hukuman pu ke atasNya, setiap nikmat daripadaNya adalah suatu kelebihan dan setiap balasan seksaan daripadaNya adalah suatu keadilan, Dia tidak akan ditanya tentang apa yang Dia perbuat dan merekalah(makhluk) yang akan ditanya.
Dia wujud sebelum penciptaan, tiada bagiNya sebelum dan selepas, tiada juga arah atas dan tiada arah bawah, tiada arah kanan dan tiada arah kiri, tiada arah hadapan dan tiada arah belakang, tiada semua dan tiada sebahagian, tidak boleh ditanya bilakah Dia ada, juga tidak boleh ditanya dimanakah Dia berada dan tidak boleh ditanya bagaimana, Dia ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada, Dia mengadakan segala alam dan mentadbir masa, Dia tidak berkait dengan masa dan tidak dikhususkan dengan tempat, tidak dilekakan oleh suatu hal dengan suatu hal, Dia tidak ditemui oleh suatu sangkaan dan tidak dilingkungi oleh suatu akal, tidak dikhususkan dengan sifat akal, tidak terupa dalam diri seseorang, tidak boleh digambarkan dalam sangkaan, tidak dibagaimanakan dalam akal dan tidak boleh ditemui oleh segala sangkaan dan fikiran, Firman Allah, “Tiada suatu pun yang sama sepertiNya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Surah As-Syura:11)