Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Tuesday, January 26, 2010

From:umtoday-Lebih 200 bersama Saifuddin rasmi sudut pidato

Lebih 200 bersama Saifuddin rasmi sudut pidato

DSCN0725

Komplek Perdana Siswa 26 Jan 03:52p.m : Lebih 200 mahasiswa menyertai perasmian ‘Sudut Pidato UM’ bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Saifuddin Abdullah.

DSCN0718

Majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Datuk Azarae Hj. Idris, Timbalan Naib Canselor kampus berkenaan.

Saifuddin menyatakan sudut pidato yang diwujudkan bagi “mencambah idea dan semangat mahasiswa” dalam mencorakkan suasana universiti.

Beliau dalam rangka lawatan ke seluruh negara bagi merasmikan sudut pidato bagi setiap kampus.

DSCN0733

Azarae pula memberitahu para hadirin bahawa sudut pidato berkenaan sebenarnya “tidak asing” di kampus berkenaan dan menyifatkan perasmian tersebut sebagai “menghidupkan semula” suasana berkenaan yang sangat popular semenjak tahun 70an.

Beberapa pemidato diajak oleh Saifuddin bagi berpidato bersama beliau termasuk mantan YDP MPMUM sesi lepas, Mohd Ridzuan Mohammad dan mantan Setiausaha Agungnya, Shahrizul Ayuni.

DSCN0737

Selain itu, beberapa wakil calon juga sempat berpidato dan berkempen mengajak hadirin mengundi calon tertentu.

Wakil-wakil pihak pembangkang daripada Penggerak Mahasiswa dan Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) juga sempat berpidato bersama tokoh berkenaan.

Terdahulu, maklumbalas daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merungut menyatakan tempat sudut pidato kampus berkenaan didakwa “tidak strategik”.

Selain itu, ada dakwaan memaklumkan wujudnya “aktiviti sabotaj” oleh pihak tertentu menghalang beberapa kumpulan tertentu menggunakan sudut pidato di kampus berkenaan.

Namun, ura-ura seperti itu belum kedengaran di kampus Universiti Malaya.-UMtoday

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...