Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Tuesday, January 26, 2010

From:umtoday-Lebih 200 bersama Saifuddin rasmi sudut pidato

Lebih 200 bersama Saifuddin rasmi sudut pidato

DSCN0725

Komplek Perdana Siswa 26 Jan 03:52p.m : Lebih 200 mahasiswa menyertai perasmian ‘Sudut Pidato UM’ bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Saifuddin Abdullah.

DSCN0718

Majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Datuk Azarae Hj. Idris, Timbalan Naib Canselor kampus berkenaan.

Saifuddin menyatakan sudut pidato yang diwujudkan bagi “mencambah idea dan semangat mahasiswa” dalam mencorakkan suasana universiti.

Beliau dalam rangka lawatan ke seluruh negara bagi merasmikan sudut pidato bagi setiap kampus.

DSCN0733

Azarae pula memberitahu para hadirin bahawa sudut pidato berkenaan sebenarnya “tidak asing” di kampus berkenaan dan menyifatkan perasmian tersebut sebagai “menghidupkan semula” suasana berkenaan yang sangat popular semenjak tahun 70an.

Beberapa pemidato diajak oleh Saifuddin bagi berpidato bersama beliau termasuk mantan YDP MPMUM sesi lepas, Mohd Ridzuan Mohammad dan mantan Setiausaha Agungnya, Shahrizul Ayuni.

DSCN0737

Selain itu, beberapa wakil calon juga sempat berpidato dan berkempen mengajak hadirin mengundi calon tertentu.

Wakil-wakil pihak pembangkang daripada Penggerak Mahasiswa dan Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) juga sempat berpidato bersama tokoh berkenaan.

Terdahulu, maklumbalas daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merungut menyatakan tempat sudut pidato kampus berkenaan didakwa “tidak strategik”.

Selain itu, ada dakwaan memaklumkan wujudnya “aktiviti sabotaj” oleh pihak tertentu menghalang beberapa kumpulan tertentu menggunakan sudut pidato di kampus berkenaan.

Namun, ura-ura seperti itu belum kedengaran di kampus Universiti Malaya.-UMtoday

Monday, January 25, 2010

Eh! Kau Calon PRKkan??

Aku tersenyum seketika, di kala kawanku menyapa, "Eh! Kau Calon PRKkan??" Aku hanya mampu tersenyum. Terkeluar dari bibirku, "Aku tak minat la, lagipun x layak. Bagi la kat orang laen." Lalu fikiranku melayang, terkenang beberapa hari yang lalu, kawan seuniversitiku bercerita kepadaku, ada yang mengatakan aku ini MPMUM.. Terkejut aku dibuatnya. Ape kejadahnya aku jadi MPMUM? Baru 1st year.. Hmm.. macam2 hal. Ni mesti x cakna hal universiti la ni..

Memang terdetik di hatiku ini, untuk bertanding, namun perjuangan yang ingin kubawa ini lebih besar dari menjadi seorang pemimpin sesebuah institusi terulung di Malaysia ini. Nafsu yang berkata, mungkin. Suka pada kemahsyuran, dipandang tinggi, dihormati dan dicanang-canang sebagai bakal pemimpin. Namun, ini hanyalah dunia. Dunia yang tidak pernah lari dengan tipu daya, gangguan dan ancaman. Iman dan iktiqad yang jazam di hati menjadi indikator penting dalam membina tembok penghadang segala virus ini.

PRK ini adalah pertama kali dalam hidupku semenjak aku melangkahkan di bumi UM ini. Aku inginkan ketelusan, kejujuran, integriti yang tinggi, keadilan dan tolenrasi dari semua pihak, buat mahasiswa mahupun pihak pentadbiran. Sikap profesional antara kedua belah pihak yang betanding, sememangnya menjadi harapan dan impian setiap bakal-bakal pengundi yang akan memilih calon pemimpin yang mereka inginkan.

Sekiranya aku yang bertanding, sememangnya itu hasratku. Aku lebih suka kita menilai dan menimbang tara sesuatu perkara secara idealis dan profesionalis berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Segala janji-janji manis dalam manifesto semua calon bertanding perlu diukur pada badan sendiri sebelum menabur kepada mahasiswa-mahasiswa. Jangan asyik menanam tebu di tepi bibir, di bibir hanya manis, di tebu hanya plastik.

Aku cukup menyampah pabila ada yang meletakan agama sebagai mainan politik meraka. berjanji macam-macam. namun diri yang membawa janji itu, tidak menunjukkan keizzahan sebagai pembantu agama Allah. Amik agama sebahagian, tinggal sebahagian. Bak kata tok guru aku, KAPIR la orang camni. Agenda ingin membawa agama, tapi pada akidah, ibadah, cara hidup, tingkah laku, pergaulan, bersepah tak tentu hala.

Buat bakal pengundi-pengundi, pilihan di tangan anda. pilihlah yang terbaik dari segi Agama Islam itu sendiri, dalam erti kata, Akidah pemimpin kita itu benar, Ibadah pemimpin itu sah, Hati pemimpin itu bersih,dan Sahsiah pemimpin itu qudwah..

Buat diri sendiri terutamanya, yang baik ambil, yang buruk buang, juga buat sahabat-sahabat, dan sekalian muslimin dan muslimat sekalian. wallahualam...

Saturday, January 23, 2010

Medan Demokrasi Kampus!!!







VS







25 /1/2010 - Penamaan Calon
25-27/1/2010 - Kempen
28/1/2010 - Pilihanraya Kampus UM
- Keputusan Pilihanraya Kampus UM

Diam tak diam... PRK yang dinanti-nantikan hampir menjelang. Sudah tiba masanya untuk warga mahasiswa UM memilih pemimpin-pemimpin peneraju halaju mahasiswa bagi penggal 09/10 ini. Bagi PRO-M UM dan GERAK UM semakin rancak berkempen untuk memenangi hati para pengundi. Masing-masing sedang bertungkus-lumus memerah keringat bagi memastikan kemenangan bagi pihak masing-masing. Adakah landskap politik UM ini kekal atau sebaliknya??? Pilihan dalam genggaman warga mahasiswa UM sekalian. Nantikan keputusannya 28 Januari ini...


Friday, January 8, 2010

Berita Harian Online : Parlimen Mahasiswa ruang beri pendapat

Parlimen Mahasiswa ruang beri pendapat

Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my

Pelajar IPT bantu bangunkan universiti

GEORGETOWN: Penubuhan Parlimen Mahasiswa di setiap institut pengajian tinggi (IPT) mampu memberi lebih ruang kepada pelajar menyuarakan pandangan mereka tanpa dipengaruhi pihak luar.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pandangan mahasiswa juga boleh dipertimbangkan ketika penggubalan akta universiti yang baru.


"Kementerian memberi kebebasan kepada IPT membentuk Parlimen Mahasiswa bagi memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pendapat yang mampu membangunkan universiti dan negara tetapi ia perlu mengikut modul yang dibenarkan universiti saja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kertas cadangan Parlimen Mahasiswa daripada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamed Shafiq Abd Aziz, di universiti itu di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Terdahulu, Saifuddin menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara USM dengan Jabatan Kimia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.

USM diwakili Dzulkifli manakala Jabatan Kimia oleh Ketua Pengarahnya, N Hithaya Jeevan.

Perjanjian yang membabitkan kerjasama selama lima tahun bertujuan memberi latihan dan penempatan kepada pelajar USM serta peluang melanjutkan pengajian di USM bagi pegawai Jabatan Kimia.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, modul Parlimen Mahasiswa terserah kepada universiti berdasarkan kepada kesesuaian masing-masing kerana ada IPT yang mempunyai banyak cawangan.

"Menerusinya, pelajar boleh berbincang mengenai politik tetapi perlu ada had dan tidak menyentuh isu perkauman sehingga mampu menggugat keamanan," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...