Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Thursday, October 29, 2009

Penyuluh kegelapan

>Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu agama yang hukum mempelajarinya 'fardhu ain'?

Jawapannya: DiWAJIBkan atas setiap mukallaf (baligh dan berakal) untuk mempelajari ilmu agama iaitu Ilmu AKIDAH, FEKAH dan TASAUF.

Menyelami 3 aspek ini, akidah, fekah dan tasauf merupakan WAJIB ke atas orang Islam. Hal ini kerana 3 aspek ini adalah perkara yang fundamental bagi diri kita. 3 elemen ini berkait rapat dengan konsep IMAN, ISLAM dan IHSAN yang digariskan dalam Hadith 3 dalam koleksi Hadith 40. Hakikatnya, ilmu agama in
i dipandang enteng sesetengah pihak. Beranggapan bahawa ilmu agama ini sudah ketinggalan zaman, ortodoks, dan merumitkan. Ada juga yang beranggapan, ilmu FARDHU AIN ini adalah ilmu yang hanya wajib dipelajari oleh kanak-kanak. Hal ini beranggapan, bahawa ilmu di dadanya telah cukup sebagai bekalan untuk mati. Namun, apa yang diperhatikan, golongan inilah yang ibadah tidak sempurna, akidah goyah, dan akhlak mazmumah beraja di lubuk hati.

Sabda Rasulullah SAW,
"Menuntut ilmu agama itu adalah wajib atas setiap muslimin dan muslimat" Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Jika berbicara soal WAJIB menentut Ilmu Agama, janganlah disangkal. Kalau disangkal, samalah kita menolak hadis Rasulullah, apabila kita menolak hadis, gugurlah Iman, maka KUFUR jadinya.

bersambung....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...