Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Tuesday, September 8, 2009

LAILATUL QADAR




Sesungguhnya bertuahlah bagi orang yang beriman iaitu mereka yang bersungguh-sungguh untuk bangun menghayati dan menghidupkan Ramadan. Hal ini kerana, pada sepuluh yang terakhir ini mereka akan didatangi satu malam istimewa iaitu lailatulqadar yang bermaksud malam al-Qadr. Sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang besar ini tidak pernah diberikan kepada umat-umat yang terdahulu melainkan kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Kemuliaan serta kelebihan lailatulqadar ini banyak disebut dalam hadis-hadis Nabi. Dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya kamilah yang menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadr. Adakah ka

mu tahu (wahai Muhammad) apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr: 1-3)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: ``Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.''

(Riwayat Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis Nabi yang lain, Nabi s.a.w. pernah menceritakan bahawa seorang lelaki daripada bani Israel telah diberi kelebihan oleh Allah Taala untuk beribadat s

epanjang malam, kemudian berjihad menentang musuh pada siang harinya selama seribu bulan. Dalam cerita lain menyatakan, ada empat orang daripada bani Israel beribadah kepada Allah selama lapan puluh tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran. Ada di kalangan sahabat Rasulullah berasa hairan dan kagum dengan cerita tersebut dan kemudian Jibrail datang memberitahu Nabi s.a.w. bahawa Allah s.w.t. telah menurunkan yang lebih baik daripada itu, lalu dibaca surah al-Qadr.

Para ulama berbeza pendapat bagi menentukan tarikh tepat LailatulQadar. Tetapi mereka bersepakat bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada bulan Ramadan terutamanya pada sepuluh malam terakhir. Pastinya ada hikmah tertentu mengapa Allah s.w.t. menyembunyikan rahsia malam tersebut daripada pengetahuan manusia. Di antara sebabnya kita dituntut agar bersungguh-sungguh beribadat sepanjang masa pada bulan Ramadan dengan tidak membezakan satu hari pun daripada yang lainnya.

Secara logiknya kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepad

a sembarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya cukup makan serta memilih malam tertentu sahaja. Mukmin yang benar-benar jujur, khusyuk dan istiqamah dalam beribadah akan berpeluang cerah untuk bertemu Lailatul Qadar ini. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah

r.a. berkata:

``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni

(hamba-hamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Dalam masyarakat Melayu terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar ini. Kononnya, kejadian yang ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk sujud ke bumi, malaikat turun berupa manusia dan sebagainya berlaku disebabkan ke

hadiran Lailatul Qadar. Kejadian itu tidak semuanya betul. Imam Thabari menegaskan bahawa untuk menemui malam Lailatul Qadar tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan dapat

melihat sesuatu atau mendengarnya. Amalan berjaga atau menunggu air paip menjadi beku wajar ditukarkan kepada amal ibadah yang berfaedah!

Biasanya pada sepuluh akhir inilah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tidak lagi mendekati isteri-isteri mereka dan tumpuan lebih kepada memperbanyakkan amal ibadah di masjid seperti solat tarawih, solat tahajud, solat witir, sentiasa berzikir kepada Allah dan memba

ca al-Quran. Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah tersebut bukan hanya setakat diri baginda sahaja, tetapi baginda mengejutkan ahli keluarga bangun bersama-sama beribadah

Dalam sebuah munajat, Nabi Musa a.s. pernah mengadu kepada Allah Taala: ``Ya Allah wahai Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali dengan-Mu.'' Kemudian Allah s.w.t. berfirman, Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hamba-Ku yang bangun pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. berkata lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan Rahmat-Mu itu.'' Allah s.w.t. berfirman pula: Wahai Musa! Sesungguhnya Rahmat-Ku itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang miskin pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. bermunajat lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi titian Siratul Mustakim pada hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar.'' Firman Allah s.w.t., Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan memperolehnya dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. bermohon lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurga-Mu sambil dapat pula memakan buah-buahnya.'' Firman Allah s.w.t., Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperoleh niatmu itu tetapi banyakkanlah bertasbih serta bersungguh-sungguhlah mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. berkata pula, ``Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku daripada azab neraka jahanam-Mu. Allah s.w.t. berfirman, Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepada-Ku dengan beristighfar pada malam Lailatul Qadar sehingga ke waktu subuh.

Akhirnya Nabi Musa a.s. bermohon lagi, ``Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahilah keredhaan-Mu itu buat diriku ini. Allah s.w.t. berfirman Wahai Musa! Sesungguhnya keredhaan-Ku itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat dua rakaat pada malam Lailatul Qadar.

Beruntunglah kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. yang beroleh anugerah sebesar ini. Sesungguhnya rugilah pula orang yang sedikit pun tidak berusaha untuk merebut peluang ini sehingga luput bulan Ramadan. Sedangkan, Nabi Musa a.s. ketika hayatnya pernah bermunajat dan pernah memohon kepada Allah s.w.t. agar memasukkan Baginda dalam golongan umat Nabi Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...