Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Wednesday, September 23, 2009

Diskusi Bersama Mad'u...

Kemeriahan di hari raya masih lagi terasa bahangnya walaupun sudah masuk hari yang ketiga. Waktu yang lapang beginilah aku dapat merehatkan badan setelah penat ke hulu ke hilir pergi kedai membeli ais. Maklumlah, kaum kerabat ramai sangat. Semalam, Skuad TR-Tapah Road-(keluarga opahku) telah menggempur umah opahku, Teratak Fatimah Bee. 2 van dan 1 Toyota Innova. Pergh!! Raamai giler…

Hari ini pulak, Skuad KS-Kuala Selangor-(keluarge belah Allahyarham atukku)- menggempur. Serang mengejut menyebabkan kami sekeluarga apabila diorang telah mendarat ke kawasan halaman umah opahku tanpa sebarang maklumat. Aduh!! 2 Van dan 1 kete. Alamak! Rendang, nasi impit, lodeh, soto, kuah kacang ..semua dah habis dibedal. Hmm! Nak bagi makan ape ni? Bacelah 3qul.. mudah-mudahan kenyang.. hehehe!

ARGGHH! Hentikan cite ni! Bukan ni yang aku nak citer. Tapi yang nih…

Pada hari raya ke2 yang lalu, telah berlangsung satu diskusi panjang di Teratak Fatimah Bee. Ahli panelnya adalah, Pak Den(penduduk FELDA Besout 2), Pak Leman(pegawai DBKL), Haji Ishak(bapa aku) dan telah dipengerusikan oleh pewaris kepimpinan negara, Saudara Muhammad Safwan bin Ishak. Ketiga-tiga orang ahli panel ini adalah bapa sedare aku. Topik yang dibincangkan cukup meluas dan mencapah.

Topik yang pertama, Pak Leman memulakan bicara. Pada malam raya,di umah beliau, dia telah berkesempatan berborak dengan seorang pengarah di sebuah institusi kerajaan. Mereka berborak pasal sains. Si pengarah ni pon citerlah yang mana, saintis dunia telah menjumpai satu fenomena aneh di alam semesta. Fenomena ini dillihat menggunakan periskop yang berteknologi tinggi. Saintis dunia tersebut telah menjumpai sebuah macam planet(nak kate planet pon bukan; tah ape ke benda tah) berwarna hitam menelan bintang sekelip mata. Pak Leman pon terpinga-pinga mendengar penjelasan si pengarah tu tadi. Agak-agaklah.. kalo bintang mende tu telan sekelip mata, matahari cam la pulak yek? Bumi tak yah cakap…

Response aku: Subhanallah... Maha Suci Allah yang menciptakan alam semesta..

Topik kedua, Pak Leman gak citer. Pasal pemakanan. Dia citerlah yang Yahudi nih dah menyerang kita lame dah. Sampai satu mase, makan ubat atau coklat, terus lupa ingatan tentang agama Allah, Islam. Skang ni pun, Nescafe pon tak berape elok sebab banyak kafein. Tah cam mane menyimpang citer pasal Yahudi. Yahudi skang nih sedang menyerang kita secara psikologi. Macam lah, Pak Leman citer pasal Yahudi. Bla..bla..bla.. Pak Den pon same gak cite macam-macam.. bla..bla..bla..

Response aku: Rokok kat jari tuh pe die? tak payah la bincang pasal makanan. Semak hidung aku.. Perokok pasif plak aku nnti..

Topik ketiga, Pak Den lak citer. Pak Den ni payah skit. Soalan mencabar! Salah jawab, Rosaklah Akidah. Mule-mule, die citer lah yang die ni suka tanye soalan pelik-pelik kat tok imam, bilal, lebai, ustaz, senang citer orang yang mengaji agama. Die citer lah yang kat kalo kat ustaz yang ilmu-ilmu tinggi die malas tanye,(sebab nanti die yang kene balik) Aku cakap soalan die, pergh! Bahaya! Soalan pertama, die membuat satu andaian mengenai hari kiamat. Pak Den kate, dunia skang nih ade cam2 senjata kimia iaitu nuclear la senang citer. Bile tercetusnya perang Dunia tercetus balik, waktu 2 lah, negara-negara yang kuat ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. Boom sana, Boom sini, Merata2 dengan nuclear.. waktu tu lah yang dikatakan kiamat. Soalan kedua, pasal kenyataan Tok Guru Nik Aziz pasal ahli UMNO tak masuk syurga. Die membangkang kenyataan tu(maklumlah Pak Den ni UMNO tegar). Pak Leman kater kalo orang ilmu agama tinggi boleh lah bincang pasal tuh. Ni yang orang yang dok huru hara tak paham pasal agama, Dok huru-hara la. Lepas tu dibagi hujah die, Syurga dengan Manusia mana dulu? Die jawab Syurga. Abeh! Dia ka tentu manusia masuk syurga ka neraka!.. Soalan berikutnya, Iman, Islam, dan Ihsan yang mana dulu? Die jawab, Ihsan dulu, sebab bila ada ihsan, baru ada iman, bila beriman baru ada Islam.. Soalan berikutnya, skang ni Allah tengah watpe?

Response Aku :

Soalan pertama: Jgnlah asyik guna pemikiran dalam bab agama... Gunakan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Qias dulu sebelum membuat satu andaian. Jangan terlalu Liberal dalam berfikir tentang ilmu agama. Hati-hati pemikiran boleh mengugat akidah kita.

Soalan kedua: Kita hanya menerima, jarang sekali untuk menyoal.. ada dalil yang menyokong pernyataan Tok Guru. Masih sombong untuk bertanya. Masih berbangga ditakok lama. Takut untuk merubah menjadi lebih baik. Sebab, takut dikata orang.. ni hal takut pada orang. Allah takut x?

Soalan ketiga: Rujuk dulu kitab sebelum memberi andaian. cari dulu maksud setiap terma2.. Ihsan ialah melakukan sesuatu ibadah sehingga kita merasakan kita mampu melihat Allah(Hadis 40). Macam mane plak bleh ihsan dulu.. kene ade Iman dulu, baru percaye pada Islam, lepas tu datangnya Ihsan..

Soalan Keempat: Pernah berlaku di zaman Imam Al-Ghazali, ketua-ketua paderi telah menanyakan soalan itu kepada beliau. Dengan hati yang tenang, beliau menyuruh untuk ketua paderi yang bertanya soalan itu bertukar tempat duduk dengan beliau. Sewaktu itu, Ketua Paderi duduk di tempat yang tinggi daripada Imam Al-Ghazali. Setelah bertukar tempat duduk, Imam Al-Ghazali menjawab, "Inilah yang sedang Allah lakukan."

Diharap sahabat juga disarankan untuk memberi pendapat dan pandangan atau komen tentang perkara yang telah ana sampaikan.. Wallahualam...

Wednesday, September 16, 2009

RAMADHAN : SAYORNARA!

Sedar tau x.. ramadhan semakin jauh meninggalkan kita. bukan ustaz ramadhan fitri, tapi bulan ramadhan.. Aiseymen.. Lobang telinge aku ni dah tersumbat dgn lagu raye.. dari pagi subuh sampailah subuh esok pon tak berhenti2. fed up plak aku.. Maklumlah, umah dekat.. feel nak balik raye tu xde.. kalo dulu ye la.. dengar lagu Dendang Perantau, pergh! sayu... terkenang mak dan ayah di umah..dam dam dum.. bunyi mercun.. Raye pon raye jugak.. TAPI...hah! SEDAR KEMBALI KALIAN!

Sememang Aidilfitri itu adalah hadiah kemenangan dari ALLAH kepada orang Mukmin yang telah berjaya melaksanakan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Apa yang perlu diperhati.. Apa yang perlu ditiliki.. Apa yang perlu diselami.. Apa yang perlu diinsafi..

ADAKAH IBADAH KITA DITERIMA?
ADAKAH LAILATUL QADAR MILIK KITA?
ADAKAH IMAN KITA BERTAMBAH SEPANJANG RAMADHAN?
MAMPUKAH KITA ISTIQOMAH DENGAN AMALAN KITA?
INSAFKAH KITA?
YAKIN BERTEMU RAMADHAN AKAN DATANG?
ADAKAH INI RAMADHAN KITA YANG TERBAIK?
BERAPA BANYAK AMALAN YANG TELAH DILAKUKAN?
BERAPA BANYAK MAKSIAT YANG KITA LAKUKAN?
BERAPA BANYAK DOSA YANG KITA LAKUKAN?
RASA PAHALA DAH BANYAK?

cukup dengan persoalan ini... Muhasabah diri buat diri ini terutamanya dan kalian...

Wednesday, September 9, 2009

Kenangan Naek Lori Pak Cik KESIS KMPP

Tempat: KMPP
Waktu : Lepas Sarapan
Minggu : Minggu Orentasi Pelajar Baru
Kepale : Basith
Konco-konco : Hazim, pak Ali, Hapiaq, Zul, Mazlan, Pendang, Hamdi, ...

Tuesday, September 8, 2009

LAILATUL QADAR




Sesungguhnya bertuahlah bagi orang yang beriman iaitu mereka yang bersungguh-sungguh untuk bangun menghayati dan menghidupkan Ramadan. Hal ini kerana, pada sepuluh yang terakhir ini mereka akan didatangi satu malam istimewa iaitu lailatulqadar yang bermaksud malam al-Qadr. Sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang besar ini tidak pernah diberikan kepada umat-umat yang terdahulu melainkan kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Kemuliaan serta kelebihan lailatulqadar ini banyak disebut dalam hadis-hadis Nabi. Dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya kamilah yang menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadr. Adakah ka

mu tahu (wahai Muhammad) apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr: 1-3)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: ``Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.''

(Riwayat Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis Nabi yang lain, Nabi s.a.w. pernah menceritakan bahawa seorang lelaki daripada bani Israel telah diberi kelebihan oleh Allah Taala untuk beribadat s

epanjang malam, kemudian berjihad menentang musuh pada siang harinya selama seribu bulan. Dalam cerita lain menyatakan, ada empat orang daripada bani Israel beribadah kepada Allah selama lapan puluh tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran. Ada di kalangan sahabat Rasulullah berasa hairan dan kagum dengan cerita tersebut dan kemudian Jibrail datang memberitahu Nabi s.a.w. bahawa Allah s.w.t. telah menurunkan yang lebih baik daripada itu, lalu dibaca surah al-Qadr.

Para ulama berbeza pendapat bagi menentukan tarikh tepat LailatulQadar. Tetapi mereka bersepakat bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada bulan Ramadan terutamanya pada sepuluh malam terakhir. Pastinya ada hikmah tertentu mengapa Allah s.w.t. menyembunyikan rahsia malam tersebut daripada pengetahuan manusia. Di antara sebabnya kita dituntut agar bersungguh-sungguh beribadat sepanjang masa pada bulan Ramadan dengan tidak membezakan satu hari pun daripada yang lainnya.

Secara logiknya kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepad

a sembarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya cukup makan serta memilih malam tertentu sahaja. Mukmin yang benar-benar jujur, khusyuk dan istiqamah dalam beribadah akan berpeluang cerah untuk bertemu Lailatul Qadar ini. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah

r.a. berkata:

``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni

(hamba-hamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Dalam masyarakat Melayu terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar ini. Kononnya, kejadian yang ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk sujud ke bumi, malaikat turun berupa manusia dan sebagainya berlaku disebabkan ke

hadiran Lailatul Qadar. Kejadian itu tidak semuanya betul. Imam Thabari menegaskan bahawa untuk menemui malam Lailatul Qadar tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan dapat

melihat sesuatu atau mendengarnya. Amalan berjaga atau menunggu air paip menjadi beku wajar ditukarkan kepada amal ibadah yang berfaedah!

Biasanya pada sepuluh akhir inilah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tidak lagi mendekati isteri-isteri mereka dan tumpuan lebih kepada memperbanyakkan amal ibadah di masjid seperti solat tarawih, solat tahajud, solat witir, sentiasa berzikir kepada Allah dan memba

ca al-Quran. Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah tersebut bukan hanya setakat diri baginda sahaja, tetapi baginda mengejutkan ahli keluarga bangun bersama-sama beribadah

Dalam sebuah munajat, Nabi Musa a.s. pernah mengadu kepada Allah Taala: ``Ya Allah wahai Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali dengan-Mu.'' Kemudian Allah s.w.t. berfirman, Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hamba-Ku yang bangun pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. berkata lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan Rahmat-Mu itu.'' Allah s.w.t. berfirman pula: Wahai Musa! Sesungguhnya Rahmat-Ku itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang miskin pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. bermunajat lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi titian Siratul Mustakim pada hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar.'' Firman Allah s.w.t., Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan memperolehnya dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. bermohon lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurga-Mu sambil dapat pula memakan buah-buahnya.'' Firman Allah s.w.t., Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperoleh niatmu itu tetapi banyakkanlah bertasbih serta bersungguh-sungguhlah mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. berkata pula, ``Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku daripada azab neraka jahanam-Mu. Allah s.w.t. berfirman, Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepada-Ku dengan beristighfar pada malam Lailatul Qadar sehingga ke waktu subuh.

Akhirnya Nabi Musa a.s. bermohon lagi, ``Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahilah keredhaan-Mu itu buat diriku ini. Allah s.w.t. berfirman Wahai Musa! Sesungguhnya keredhaan-Ku itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat dua rakaat pada malam Lailatul Qadar.

Beruntunglah kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. yang beroleh anugerah sebesar ini. Sesungguhnya rugilah pula orang yang sedikit pun tidak berusaha untuk merebut peluang ini sehingga luput bulan Ramadan. Sedangkan, Nabi Musa a.s. ketika hayatnya pernah bermunajat dan pernah memohon kepada Allah s.w.t. agar memasukkan Baginda dalam golongan umat Nabi Muhammad s.a.w.

RAMADHAN UJIAN IMAN UMAT ISLAM



SETIAP Muslim memaklumi bahawa Ramadan adalah bulan suci yang penuh rahmat, bulan dilipat gandakan ganjaran pahala bagi setiap amal kebajikan, malah kedatangannya dianggap tamu agung yang wajar disambut dengan perasaan penuh gembira.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR At-Thabrani) Umat Islam yang masih dikurniakan Allah dengan nikmat kesihatan dan dipanjangkan usia patut benar bersyukur kepada-Nya kerana dapat lagi menikmati suasana dan keberkatan bulan Ramadan 1421H ini, terutama untuk melaksanakan amalan puasa dengan sempurna dan sebaik-baiknya.

Golongan yang bersungguh-sungguh beriman sudah tentu sangat gembira dengan kehadiran bulan ini yang penuh dengan pelbagai keberkatan dan keampunan yang munculnya hanya sekali dalam setahun.

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan mengenai balasan kepada mereka yang berasa amat sukacita dengan kedatangan Ramadan, iaitu dengan sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya bulan Ramadan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk ke dalam semua pintu neraka." (HR Baihaqy dan Ibnu Majah)

Kegembiraan menyambut Ramadan dan mengerjakan amalan puasa itu bertambah lagi apabila mengingati segala dosa orang yang melaksanakan puasa (tentunya jika dengan benar-benar ikhlas) akan diampuni oleh Allah, baik yang telah lalu mahupun yang akan datang, iaitu sekiranya puasa itu ditunaikan dengan sempurna dan penuh penghayatan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, diampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang." (HR Ahmad)

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadan, semua syaitan dan jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup rapat sehingga tidak satu pun yang terbuka. Sebaliknya pintu syurga dibuka lebar dan tidak satu pun tertutup. Kemudian muncul seruan pada setiap malam: Hai orang yang baik, majulah, dan orang yang jahat, berhentilah. Dan Allah membebaskan beberapa penghuni neraka dan hal ini berlaku setiap malam bulan Ramadan." (HR Ibnu Hibban dan al-Hakim) Memasuki Ramadan bermakna kita melangkah ke gerbang ujian dan latihan. Kita tentu tidak mahu puasa yang kita kerjakan dengan bersusah payah menahan lapar dan dahaga itu tidak memperolehi apa-apa nilai atau ganjaran daripada Allah.

Ada baiknya kita merenung bagaimanakah cara Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Ramadan. Apa yang baginda lakukan ialah antaranya seperti banyak mengerjakan amalan kebajikan dan ibadah puasa.

Hal ini didasarkan kepada penjelasan sebuah hadis dinyatakan bahawa: "Adalah Rasulullah kadang-kadang terus menerus berpuasa sehingga kami mengatakan yang baginda tidak berbuka dan terkadang terus menerus berbuka sampai kami mengatakan yang baginda tidak pernah berpuasa sunat. Tetapi saya tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak melakukan puasa selain puasa pada bulan Syaaban."

Satu lagi cara Rasulullah menyambut Ramadan ialah dengan menyampaikan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menjelaskan kebesaran dan keagungan bulan Ramadan.

Pada satu kesempatan pada penghujung Syaaban, Rasulullah pernah menyampaikan khutbah yang isinya amat menggembirakan dan menenangkan jiwa, yang mengandungi pesan dan janji-janji serta harapan bagi mereka yang beriman yang melaksanakan puasa itu.

Bunyi khutbah itu ialah: "Wahai manusia! Sudah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan dan Allah s.w.t. mewajibkan puasa di dalamnya, bangun di malam harinya merupakan sunnah. Barangsiapa menghampirkan dirinya kepada Allah dengan melaksanakan amal kebaikan, samalah dengan mengerjakan yang wajib di bulan lain. Siapa melaksanakan ibadah wajib (fardu), pahalanya seperti tujuh puluh yang wajib di bulan lain. Ramadan adalah bulan kesabaran manakala ganjaran atas kesabaran itu adalah syurga."

Bulan ini juga adalah bulan pertolongan dan bertambahnya rezeki. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, ia akan memperolehi keampunan atas segala dosanya, juga pembebasan daripada api neraka. Rasulullah kemudian ditanya oleh sahabat: Ya Rasulullah, tidak semuanya kami mampu berbuat demikian. Rasulullah secara tegas menjawab:

Ketahuilah, bahawa Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala kepada orang yang memberi makanan berbuka puasa walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air ataupun sedikit susu."

Permulaan Ramadan adalah rahmat (kasih sayang), pertengahannya adalah pengampunan dosa manakala di akhir atau penghujungnya pembebasan daripada api neraka.

Perhatikan empat hal iaitu dua hal untuk keredaan Tuhan dan dua hal lagi untuk keperluan. Dua untuk Allah adalah: Engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan memperbanyak minat meminta ampun kepada Tuhanmu.

Untuk keperluan sendiri adalah: Mengharapkan syurga dari Allah dan berlindung kepada-Nya daripada seksa api neraka. Barangsiapa yang memberi minuman (berbuka) kepada orang berpuasa, Allah akan memberinya minum dari telaga (kausar), sekali minum tidak akan haus selamanya sampai ia masuk syurga dengan selamat. (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman al-Farisi). Demikian ringkasan khutbah Baginda.

Menyentuh apakah upacara khusus yang perlu dibuat bagi menyambut kehadiran Ramadan, Rasulullah tidak pula pernah memberikan contoh. Apa yang perlu diingat bahawa janganlah upacara atau persiapan yang akan dibuat itu banyak mengorbankan tenaga dan menghabiskan biaya, apalagi jika sampai melanggar susila keagamaan kerana ini adalah sesuatu yang tercela menurut Islam.

Apa yang sangat perlu dilakukan ialah benar-benar berusaha memahami ketentuan puasa itu agar amalan yang akan dilaksanakan benar-benar bersesuaian dengan ajaran dan petunjuk Nabi, sehingga amalan itu dapat memberi nilai tambah untuk bekalan menuju alam baqa'.

Oleh itu sudah sewajarnya pada bulan Ramadan, kita perlu bekalkan diri dengan ilmu, sekurang-kurangnya menyemak kembali hal yang berhubung dengan puasa dengan cara membaca buku-buku agama. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa nilai atau ganjaran daripada puasa itu kecuali lapar dan dahaga.

Akhirnya marilah kita memanfaatkan kehadiran Ramadan dengan cara memperbanyak amal soleh dan kebajikan kerana sesungguhnya Ramadan tidak selalu hadir dalam hidup kita.

Mana tahu kita tidak berkesempatan lagi menemui Ramadan pada tahun akan datang kerana tiada siapa yang mengetahui bilakah saat dan ketikanya kita dipanggil kembali ke sisi-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...