Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Wednesday, May 27, 2009

Ingat akan MATI!


Malam itu, menyentap fikiranku. Jiwa yang leka, lalai dan lagha dibuai keasyikan dunia yang menggila sehingga aku lupa betapa hebatnya kuasa yang Esa. Kuasa untuk menghidupkan dan mematikan. Namun, hakikatnya kita sebagai hamba seharusnya bersedia menghadapi hari kematian. Bekalan perlu disediakan sebelum menyesal di hari muka.

Hari itu, dua peristiawa belangsungkawa di kawasan kejirananku. Paginya, seorang muallaf berbangsa India. Dia kembali ke rahmatullah sewaktu dia berada di Miri, Sarawak untuk beberapa urusan kerjanya. Oleh itu, jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya sebelum dikebumikan di Sg. Petani. Tidak beberapa lama kemudian, seorang lagi ahli jamaah surau kawasan kejirananku meninggalnya. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit. Allahyarham tidak menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan kerana pada waktu pagi, dia kelihatan sihat dan boleh berjoging lagi. Lihat, betapa hebatnya kuasa Allah.

Ingatlah wahai Insan yang bernama manusia! Ingatlah akan MATI. Sesungguhnya MATI itu amat hampir dengan kita. MATI itu tidak mengenal darjat atau pangkat. Mati itu tidak kurang atau lebih walaupun sesaat. Gunakan kesempatan yang ada untuk bertaubat. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka. Jangan Izrail sudah sampai di muka pintu, baru kelam-kabut mencari tikar sembahyang. Setinggi mana pun darjat, Setinggi mana pun harta yang dikumpul, Semasyhur mana pun nama yang diukir, pengakhirannya tetap ke dalam kubur jua. Hanya pada Allah tempat kita datang dan kembali…

Monday, May 25, 2009

CINTA DAN PENGORBANAN



Cinta sejati akan sentiasa diuji untuk dilihat sehebat mana cintanya itu. Cinta sejati juga memerlukan pengorbanan untuk membuktikan keikhlasannya dalam bercinta. Kisah cinta sesama manusia memang sentiasa hebat diperkatakan, namun ianya hanyalah sementara di persinggahan negeri yang bergelar 'dunia'. Kisah cinta seorang hamba kepada Khaliqnya banyak dipaparkan di dalam al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. serta paparan kisah umat-umat terdahulu. Kisah cinta dan pengorbanan yang sejati boleh kita susuri dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. yang telah dipaparkan di dalam al-Qur’an al-Kareem. Setelah beliau mengenal dan mengetahui siapa Tuhannya yang hakiki, beliau pun terus jatuh cinta kepadaNya. Kemudian Tuhannya pun berkenan Menyambut cintanya itu dan Menjadikannya sebagai kekasihNya (Khalilullah).

Dan Allah mengambil Ibrahim sebagai kekasihNya” (QS:4;125).

Oleh karena Nabi Ibrahim a.s. begitu memahami pengertian cinta sejati dan tuntutan ke arahnya, maka beliau sanggup berkorban untuk Yang dicintainya karena memang cinta menuntut kepada pengorbanan.

Di atas Ketentuan Kekasihnya, Ibrahim as diminta untuk mengorbankan satu-satunya putera kesayangan beliau iaitu Ismail a.s. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya menunggu kehadiran cahaya hati, namun di atas Iradah Kekasih hati beliau rela melepaskan puteranya itu untuk menjadi korban.

Itulah sekelumit kisah cinta antara seorang hamba dengan Khaliqnya. Kisah ini sungguh menyayat hati, yang tersirat di dalamnya pengorbanan seorang ayah dan pengorbanan seorang anak yang sanggup dikorbankan. Ia lahir dari penghayatan akan cinta yang amat mendalam kepada Rabbul Izzati. Begitu juga kisah syahidah pertama dalam Islam iaitu Sumayyah r.a. Beliau rela mengorbankan jiwa raganya demi mempertahankan akidah yang dicintainya. Sayyidina Ali k.w. pula walau dalam usia remaja, sanggup menggantikan Rasulullah s.a.w. di tempat tidurnya sewaktu peristiwa hijrah. Walaupun diketahui maut pasti menantinya, tapi demi kecintaannya yang tinggi kepada kekasih Allah beliau rela berkorban.

Sayyidina Abu Bakar al-Shiddiq r.a. pula sangat terkenal dalam kehebatan cintanya terhadap al-Rasul Khatimul Anbiya'. Beliau rela membiarkan tangannya dipatuk ular ketika Rasulullah s.a.w. sedang tertidur di pangkuannya di dalam gua. Beliau tidak sanggup tubuh orang yang dicintai lagi dikasihinya dijamah dek kesakitan. Satu contoh pengorbanan yang sungguh hebat dan tidak mampu dilakukan oleh kita yang terlalu dhaif imannya iaitu senipis kulit bawang....

Siri-siri pengorbanan seterusnya disambung pula oleh para mujahideen khususnya di Palestin dalam memperjuangkan Islam tercinta dan membebaskan tanahair dari kezaliman puak zionis laknatullah. Mereka rela nyawa sebagai taruhan dari Islam dipijak-pijak oleh puak kuffar laknatullah. Ini kerana SYAHID FISABILILLAH adalah cita-cita. Demikianlah antara kisah cinta sejati, pengorbanan hakiki, yang pasti balasannya syurga Ilahi. Bagaimana pula dengan kita??? Apakah bukti kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya? Jauh sekali mempertaruhkan nyawa, namun untuk melawan godaan nafsu pun masih tidak mampu. Adakah kita layak untuk mendapat tempat disyurgaNya? Sungguh malu rasanya jika difikirkan perbezaan iman umat terdahulu dan kita umat akhir zaman.. Sempena 'Idul Adha ini, marilah kita menginsafi sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan dalam perjuangan ini..bagaimanakah nasib kita di Akhirat kelak....Wallahu'alam bissawab...

Sunday, May 24, 2009

salam perkenalan


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Alhamdulillah, dengan izin dan takdirNya, dapat saya selaku hambaNya yang hina memulakan kerjaya ataupun hobi waktu di waktu lapang sebagai seorang blogger. Salam perkenalan dan persahabatan kepada sahabat sekalian. Insya Allah.. kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini, akan saya gunakan sebagai salah satu cabang dakwah bagi selain daripada kita berkongsi maklumat dan pendapat. Hanya ucaptama. Insya Allah di kemudian hari, kita boleh berkongsi dan berbicara panjang.. Wallahualam..


Pacar Allah yang hina,
Safwan Ishak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...