Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Wednesday, May 27, 2009

Ingat akan MATI!


Malam itu, menyentap fikiranku. Jiwa yang leka, lalai dan lagha dibuai keasyikan dunia yang menggila sehingga aku lupa betapa hebatnya kuasa yang Esa. Kuasa untuk menghidupkan dan mematikan. Namun, hakikatnya kita sebagai hamba seharusnya bersedia menghadapi hari kematian. Bekalan perlu disediakan sebelum menyesal di hari muka.

Hari itu, dua peristiawa belangsungkawa di kawasan kejirananku. Paginya, seorang muallaf berbangsa India. Dia kembali ke rahmatullah sewaktu dia berada di Miri, Sarawak untuk beberapa urusan kerjanya. Oleh itu, jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya sebelum dikebumikan di Sg. Petani. Tidak beberapa lama kemudian, seorang lagi ahli jamaah surau kawasan kejirananku meninggalnya. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit. Allahyarham tidak menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan kerana pada waktu pagi, dia kelihatan sihat dan boleh berjoging lagi. Lihat, betapa hebatnya kuasa Allah.

Ingatlah wahai Insan yang bernama manusia! Ingatlah akan MATI. Sesungguhnya MATI itu amat hampir dengan kita. MATI itu tidak mengenal darjat atau pangkat. Mati itu tidak kurang atau lebih walaupun sesaat. Gunakan kesempatan yang ada untuk bertaubat. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka. Jangan Izrail sudah sampai di muka pintu, baru kelam-kabut mencari tikar sembahyang. Setinggi mana pun darjat, Setinggi mana pun harta yang dikumpul, Semasyhur mana pun nama yang diukir, pengakhirannya tetap ke dalam kubur jua. Hanya pada Allah tempat kita datang dan kembali…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...