Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Thursday, October 29, 2009

Hamba Allah Atau Hamba Manusia??

Definisi hamba boleh ditakrifkan sebagai orang suruhan atau buruh paksaan tanpa gaji. Lazimnya, orang menggunakan frasa 'Hamba Allah' sebagai pengenalan diri. Sememangnya fitrah kita dilahirkan di dunia ini selaku hamba kepada Allah yang diberi tanggungjawab untuk mengenal Allah, beribadah kepada Allah, dan Amar Makruf Nahi Mungkar. Namun, Apa yang menjadi persoalan, Adakah kita HAMBA ALLAH yang sebenar?? Atau hanya sekadar pada nama??
Hamba Allah yang sebenar adalah hamba yang mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Hamba Allah adalah hamba yang mengenal Allah, mengetahui sifat-sifa
t Allah dan mengetahui maksud nama-nama Allah secara tersirat dan tersurat. Hamba yang tidak jemu dan berusaha mencari ilmu agama, demi untuk mengenal Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Hamba yang menjaga perhubungan dengan Allah lebih daripada hubungan dengan manusia. Segala pengharapan dan perbergantungan hanyalah kepada Allah.
Ini hanyalah teori semata-mata. Namun, praktikalnya nyata berbeza. Realitinya, kita bukanlah Hamba kepada Allah tetapi Hamba kepada manusia. kita lebih suka dan patuh kepada arahan manusia lebih daripada arahan Allah. ikut perintah bos, majikan, ketua atau pimpinan sehingga tidak tahu beza Wala' dan Taa'sub. apa yang disuruh bos, majikan, ketua atau pimpinan dipatuhi dengan setia tanpa paksa rela dan mengkhinzir buta. kerja dilakukan niat kerana bos, majikan, ketua, atau pimpinan, bukan kerana Allah. sehinggakan perintah
Allah dilalaikan. lebih mengutamakan perkara lain daripada menuntut ilmu. sebagai contoh, mengutamakan gerak kerja atau kerja dunia daripada menuntut ilmu agama di jalan Allah. lebih cenderung kepada perkara-perkara dunia lebih daripada mengenal Allah.

Sabda Rasulullah SAW,
"kebaikan di dunia dan di akhirat kerana berilmu dan kemuliaan di dunia dan di akhirat juga kerana ilmu, seseorang yang mempunyai ilmu agama itu, lebih besar keutamaannya di sisi Allah daripada 1000 orang pejuang yang mati syahid"

Hadis ini membuktikan bahawa orang yang berilmu lebih besar keutamaannya daripada 1000 orang pejuang yang mati syahid. Hal ini kerana, orang yang berilmu itu dapat menjauhkan diri daripada kekufuran.

Sabda Rasulullan SAW,
"Bermula orang yang alim itu jau ddaripada kufur, terlebih jauh daripa
da antara Maghrib dan Masyrik. Dan bermula orang yang jahil terlebih hampir kepada kufur (ibarat) daripada mata hitam kepada mata putih."

Hal ini kerana, orang yang jahil tidak dapat membezakan yang mana hak dan batil. Segalanya dilakukan secara semberono sahaja, ataupun hanya mengikut orang lain tanpa berpandu dengan ilmu. Orang yang berilmu ini ibaratnya seperti orang yang membawa lampu suluh dalam kegelapan, lampu suluh itu adalah ilmu,
menyuluh yang mana baik atau buruk, nampak halangan yang menghalang laluan,
tahu mana arah tujuan, selamat daripada kegelapan. Inilah manusia yang mene
mpah mahligai di syurga Allah k
elak. Tetapi, orang yang jahil ibarat seperti orang yang sesat dalam kegelapan, jalan tanpa arah tujuan, langgar segala yang menghalang laluan, lalu sesat dalam kegelapan, semua yang baik itu hak, semua yang buruk itu batil. Inilah manusia yang akan menempahkan tiket ke neraka Allah kelak.


*segala yang tertulis kembali kepada penulis, tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia

Penyuluh kegelapan

>Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu agama yang hukum mempelajarinya 'fardhu ain'?

Jawapannya: DiWAJIBkan atas setiap mukallaf (baligh dan berakal) untuk mempelajari ilmu agama iaitu Ilmu AKIDAH, FEKAH dan TASAUF.

Menyelami 3 aspek ini, akidah, fekah dan tasauf merupakan WAJIB ke atas orang Islam. Hal ini kerana 3 aspek ini adalah perkara yang fundamental bagi diri kita. 3 elemen ini berkait rapat dengan konsep IMAN, ISLAM dan IHSAN yang digariskan dalam Hadith 3 dalam koleksi Hadith 40. Hakikatnya, ilmu agama in
i dipandang enteng sesetengah pihak. Beranggapan bahawa ilmu agama ini sudah ketinggalan zaman, ortodoks, dan merumitkan. Ada juga yang beranggapan, ilmu FARDHU AIN ini adalah ilmu yang hanya wajib dipelajari oleh kanak-kanak. Hal ini beranggapan, bahawa ilmu di dadanya telah cukup sebagai bekalan untuk mati. Namun, apa yang diperhatikan, golongan inilah yang ibadah tidak sempurna, akidah goyah, dan akhlak mazmumah beraja di lubuk hati.

Sabda Rasulullah SAW,
"Menuntut ilmu agama itu adalah wajib atas setiap muslimin dan muslimat" Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Jika berbicara soal WAJIB menentut Ilmu Agama, janganlah disangkal. Kalau disangkal, samalah kita menolak hadis Rasulullah, apabila kita menolak hadis, gugurlah Iman, maka KUFUR jadinya.

bersambung....

Monday, October 19, 2009

Exam:Dugaan Kuat di Bilik

Macam2 mende yang ade kat bilik kite yg bleh wat kite x fokus or x bleh nak blaja langsung..
1. tilam
2. bantal
3. henset
4. laptop
5. Wi Fi
6. Facebook n sewaktu dgnnye
7. Games
8. YM
9. member kuat borak
10. novel yg x settle bace lg
11. komik
12. makanan
13... macam2 lgi...

camne nak settle ni???

Thursday, October 8, 2009

Pekse DAH?!

Sudah lama rasanya, tidakku update halaman mayaku ini. Aku tidak mengerti. Namun inilah realiti kehidupan di universiti. Dari celik mata sampailah pejam mata.. sarat dengan pelbagai aktiviti, samada luaran atau dalaman. Mungkin fokusku sekarang ini, hanya untuk akademik. Aku ingin mengubati luka-luka berbisa semasa di MRSM dan KMPP. Melihat rakan-rakanku yang berjaya dengan jaya. Diri ini tetap iri hati! Namun, REDHO dan BERSYUKUR kepada NIKMAT ALLAH itu lebih baik dari segalanya. Al-Khaliq lebih mengetahui perkara yang lebih baik buat makhlukNya.
Rupanya dah nak dekat pekse. Rase cam sekejap je Sem 1 ni. INSYA ALLAH, Aku akan yang terbaik dalam peperangan ini. Dorongan dan kata-kata semangat dari Ibu Bapa,ahli keluarga, sahabat-sahabat sekalian menjadi pemarak api semangat ini.. TAKBIR!

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Mineralogy

11.30

MJG

10

11

12

SGES 1201

11.30

AM

13

HPS

8.30

AM

14

15

16

MATH ASAS

8.30

AM

M,R n F

11.30

MJG

17

18

19

SGES 1202

11.30

AM

20

21

22

23

24

25

26

27

28

30

31

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...