Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Sembang Santai MPI 2012

Inilah saat dan harinya.... aku dapat kelapangan masa untuk mengisi ruangan ni... sempena Edisi ke-100  post dalam Blog Ketayap Usang ni... Ade sesuatu yang menarik ingin dikongsikan. Seperti biasala.. aku sibuk mengalahkan PM(Perdana Menteri ye, bukan Pembantu Mahasiswa(tu wat pe)), dengan akademik, aktiviti kemasyarakatan, aktiviti kesukanan, dan aktiviti ketiduran...

*AMARAN... Post ni santai je ek... malas nak berbunga2 n penuh fakta... malas nak perah otak n berfikiran kritikal.. letih da ni...

8,9,10 Mac 2012, Kolej Kediaman Kesembilan,UM... 
Program Minggu Penghayatan Islam

Antara aktiviti-aktivitinye..:

1. Forum Remaja: Cinta, Jodoh dan Syurga
Moderator: Ustaz Rohidzir Rais
Panelis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Prof Dr Muhaya, Ustazah Zawiyah Hassan...

8 Mac.... hari itu dalam sejarah, Dewan Sri Tanjung... Full... Ramai sangat penonton... tpi majoritinye Muslimat... Muslimin mane??? ade... tpi 1/8(termasuk VIP).. Biasalah.. topik cinta ni.. mmg tarikan Muslimat la.. Cube wat tajuk Moto ke, Bola ke, Kete ke, Tips2 Poligami ke... bru la tarikan Muslimin... apepun.. program ni BERJAYA... CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG... Cume kalo ade program camni tahun depan.. kene ade raider g amik penceramah.. sebb KK9 susah skit nak cari... (sampai sesatlah orang luar nak mencari). satu lagi, len kali suh penonton bawak kusi sendiri.. kusi xcukup la... hehehe..

2. Pertandingan Tilawah Al-Quran
Musabaqh berlangsung due hari.. hari pertama peringkat saringan, hari kedua baru pertandingan akhir... 6 Qari dan 8 Qariah berentap... 4 Qari layak ke final... dalam acara final.. 2 pusingan dijalankan.. Round 1, bacaan pilihan qari, Round 2, bacaan undian qari.. Dah final, mestilah kene tough skit.. baru la deserve to be the best... hadiah pon mantopp pe... (nyaris aku jd penganjur, kalo x... da lame masuk.. tapi kene berguru dgn Syeikh Abdul Basith Abdul Samad, xpun Syeikh Mustafa Ismail, paling tidak Syeikh Fahd Kanderi..huhuhu.. kemain....)..Pemenang dah ditentukan... Keputusan juri adalah Muktamad... 

3. Slot Khalifah Sihat
Ayuh kita sihatkan badan.... Pepatah Arab ada menyatakan " Akal yang Sejahtera datang dari Badan yang sejahtera" Jom kita beriadah...
Muslimin main futsal, Muslimat main badminton berjamaah.. Hadiah tu tentulah ade... masuk adalah percuma... Keputusan tertakluk pada Juri... sape lambat datang, n wat perangai... U R DISQUALIFIED(xdpt hadiah je.. tapi ktorang bagi main)... hehehe... Team Balai Islam hantar wakil.. tpi apekan daye.. dpt no2. je.. ok la tu.. kalah kat final.. tu pun sebab aku x men.. suar track tertinggal.. kalo x.... paling kurang tu no1..(dari blkg kot... hehehe)

4. Slot Serikandi: Bidadari Dunia vs Bidadari Syurga
Program ni je yang aku xjoin, sbb ni program muslimat... lgpun wat time solat jumaat... mmg jammed la kalo aku yg g... hilang akal ke ape... Tajuk mmg best.. cam nak promote program bidadari dunia je... 

5. Tahlil Arwah Bekas2 Pengetua
Al-Fatihah buat bekas pengetua-pengetua KK9 yang telah kembali ke Rahamtullah:
1. Prof Dr Norazit Selat
2. En Wirakarnain Sani

Moga roh meraka dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

6. Malam Kemuncak
Name pun Malam Kemuncak... so mmg berada di puncak la... Dirasmikan oleh Ustaz Baharuddin Idris, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Diserikan dengan persembahan MESTICA, Puisi, Selawat kumpulan CG,(ade ustaz kata, ana ingat CJ7), dan Ucapan la..pe lagi..(borink btol la ucap2 ni...). Program berjalan dengan lancar, smooth, soft, and gentle... TERBAIKKK LA... cume aku sedey, sbb tgk backdrop yang cantik tu, xsempat ku tatap puas2.. sbb ade org nak gune dewan lak... dan2 time tu plak nak gune.... sedey2... bagi la can aku nak amik gambo  dlu... xpe la... kenangan2....

*Post bertukar mode SERIUS

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Pada sisi pandangan saya, selaku Pengarah MPI 2012, program ini telah berjaya dengan gilang gemilang. Kejayaan ini adalah hasil titik peluh kita bersama. Kejayaan ini juga hasil keringat dan pengorbanan dari hati-hati yang ikhlas yang ada dalam diri setiap ahli jawatankuasa dan Majlis Tertinggi dalam memartabatkan Islam di mata masyarakat KK9. Misi utama MPI adalah melebarkan lembayung dakwah ke seluruh pelusuk buana KK9, khasnya dan UM umumnya. Islam the way of life menjadi indikator utama keberlansungan program ini dan tema program tahun ini.

Terima Kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah I dan II, Sabridi bin Sabri dan Rabiatul Adawiyyah binti Shamsuddin atas kerjasama dan hasil usaha sama yang diberikan dalam mengerah buah fikiran dan idea serta menjadi tulang belakang kuat kepada saya. Kepada Setiausaha, Ainatul Mardhiah binti azmi dan penolongnya, Siti Aisyah binti Nordin, jazakallah khairan jazak kerana setia bersama pen dan kertas, mencatat segala minit mesyuarat, surat, kertas kerja dan nota. Duit, duit,duit.. itulah yang hanya terlintas dalam fikiran bendahari, Muhammad Hafiz bin Hashim. Ibarat seperti Menteri Kewangan, menguruskan belanjawan dan urusan keluar masuk duit bagi menampung dana projek ini.

Tidak dilupakan barisan Penolong-penolong Pengarah, seperti, 
1. Siti Hafizha binti Tamin, PP Protokol yang sangat setia dengan protokol dan masa programnya, ke hulu ke hilir bersama walkie talkie memastika kelancaran perjalanan majlis. 
2. PP Tajaan, Muhammad Hifzhuddin bin Nor Aziz, yang hebat me'ngepau' duit syarikat-syarikat dan yayasan, bagi menampung segala perbelanjaan program. Kebolehan anda cukup menakjubkan. 
3. PP Jemputan, Siti Nur Fareha, berusaha gigih menjemput sekalian tetamu dari seluruh pelusuk buana untuk menghadirkan diri dalm program ini. Cekal hati dan sabar melayan karenah tetamu, kebolehan anda yang ajaib. 
4. PP Persembahan, Zulkarnain bin Mat Said, yang belajar from Zero to Hero, yang pada mulanya teragak-agak dengan kemampuan sendiri, namun telah dibuktikan dengan kejayaan persembahan dalam program ni, cuma perlu sedikit keyakinan dan ketekunan untuk mejadi lebih baik.
5. PP Pubilisiti, Umi Faseha Kosnon yang nama sebenarnya orang tidak kenal, namu bila sebut Seha, nama yang menjadi sebutan dalam dunia designer.. Poster, Banner dan video mainannya.. hasilnya, hebat sungguh, Tahniah kerana mendapat tawaran yang sukar utk ditolak, bakat anda cukup hebat untuk diasah dan digilap..
6. PP Teknikal, Azrul Naim aka Kecik dan Muhammad Zamri bin Eshak, perfect sound system. mic, speaker, lighting bertaraf professional... catat cela sedikit tu perkara biasa... tpi overall the bestt...
7. PP Hadiah, Abdul Halim bin Harun, walaupun dia sahaja kumbang, ajknya semua bunga, namun dia tidak kekok dengan suasana kerja, hadiah menarik dan cukup, tahun depan boleh cuba untuk PP yang len bagi pertingkat potensi diri.
8. PP Makanan, Nur Waheeda binti Razali, ibarat ibu yang memberikan anak-anaknya makan.. biar semua dapat makan, tidak mahu ada yang kelaparan, biarlah dia sorang yang berlapar. sifat nalurin keibuan memang terbukti..
9. PP Hiasan Pentas, Shahidatul Husna binti Hamidi, makin hari, makin cantik hiasan pentas. cetusan  ilham yang menarik bagi memikat mata yang suka akan keindahan. Walapun simple, tetapi sudah memandai mengindahkan pentas dan dewan. Ibarat dewan menjalankan kenduri kendara besaran gamaknya.
10. PP Tugas-Tugas Khas, Sheikh Ahmad Asyraf bin Sheikh Bahnan, orang kuat kita dalam menjadi supportive crew membantu PP len dan melaksanakan semua Special Task dengan jayanya. Susunan dewan, gantung Banner, Angkat pasu, kepakaran yang tidak dinafikan.. hebat.. cukup hebat..

Paling utama kepada semua AJK(yang xdpt nak detailkan sume name2 sbb ramai sgt, SU tolong listkan eh) kerana same2 dapat menyumbang tenaga, berkongsi idea, meluangkan masa, dan menimba pengalaman bersama. Harap kalian memperoleh kenangan terindah sepanjang mendiami KK9.

Segala salah dan silap harap dimaafkan dari hujung rambut sampai hujung jari kaki, halalkan segalanya. kalo saya ade termarah, terbuat silap sehingga melukakan hati kalian harap dimaafkan.. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah. Saya hanyalah perantara.. Moga Islam terus menyinar di bumi KK9.. Maas Salamah.. Wassalam...

di konti IKIM.fm bersama DJ Faiz
Ustazah Pilihan KK9
 Panelis Forum
 Artis Jemputan- MESTICA
 Untunglah JOHOR FC menang malam tu
 Barisan AJK bersama Rabiatul
Barisan AJK tanpa Rabiatul

*Program ni same cam program ni 

Monday, January 23, 2012

Setelah 6bulan berlalu....

15 Julai 2011-Post aku paling latest... Hari ini... 23 Januari 2012... perghh... cukup lame aku xmengupdate laman blog yang da bersawang ni.. bukan takat sawang, udah jadi umah labah-labah da.. harapkan si Spongebob ni asik melambai je... pe yg die tau... salji plak xhenti2 turun...

6 bulan xupdate.. dalam tempoh ni... sibuk ngan assignment,keje,persatuan,kolej,hal personal, n mcm2 lagi la.. tup2 da sampai akhir sem pengajian rupenye... diam xdiam udah nak abis aku blaja ni.. tpi utk capai ijazah ni la.. tpi pembelajaran tu diteruskan hanya terhenti bile da masuk alam barzakh nnt...

lps ni masuk alam pekerjaan... alam cari duit sendiri secara full time.. secare half-time da merase, hasil jd cikgu tusyen.. hehe.. lps ni alam perkahwinan lak.. hahaha... besau tanggjawab tu... bukan suke2.. tpi aku terase cam nak smbung Master plak.. tpi xpe la.. bak kate ayah, cari pengalaman dulu.. lepas tu baru sambung..

cuti ni bermula la projek thesisku... Aku memilih bidang Geofizik, khusus kepada Magnetic and Gravity... pe kejadahnye tu??? hanye orang sains aka geologist n geophysicist je yang mengerti.. org bidang len yang die tau.. wan thesis ko cari emas kt mane?? ko korek batu kat mane?? haihh.. pe yang kolot pemikiran.. sabar je la.. dorg xmengerti pe tu geology.. igt keje geology ni mengorek sane-sini, cri emas je,... banyak lagi la wehhh... sampai xterlarat dibuatnye... seluas mane alam ini, seluas tu la keje geology... semuanye ttg bumi... xlarat nk kaji...

tpi aku diarah untuk mengkaji kawasan Kampar,Perak... xbeberape jauh dari kg... selamat.. saving duit skit... makan n minum, tmpt tdo settle da... tggl nk pegi je... sebelum g tu kene siapkan proposal, peta n sebagainye... ni peta kawasan kajian aku.. 

K la... chowz dlu... azan da berkumandang... seruan Ilahi da memanggil...
Barakallahufikum... Maas Salamah...

Monday, June 27, 2011

Na na na.. Ganu kite...

Diam x diam..
pejam celik, pejam celik..
makan tido, makan tido..
bukak channel TV sane sini..
dari start MHI pukul 6.30pg sampai la lagu negaraku..
dok mengadap tv...
rupe-rupenye... dah Sebulan setengah dah aku cuti...

Banyak mende gak la yang dibuat sepanjang cuti ni..
jauh gak la berjalan-jalan cari makan..
mule2 pergi TERENGGANU,
xplan pon nak g ganu ni tapi sebab ade sedare yg melangsungkan perkahwinan,
pergilah juga, itupun sebab akulah yang jadi drivernye,
tumpor gak la memandu jauh2 ni walaupun kete Avanza ayahku itu transmisi auto,
kire2 lebey kurang 8jam gak la..
9pagi bertolak, 4 petang sampai..
dok kat sane 3hari 2malam,
naseb bek umah da ade.. settle..
makan pon da sedia.. lg settle..
yelahkan mestilah sedareku tu sediakan segalanye..
sebb tetamu mai dari KL..

Sampai2 je, petang tu melawat pekan kuala berang..
aku jugalah drivernye.. hehehe
malam just ade majlis akad nikah je,

esoknye, pagi2 lg da meronda kuala terangganu,
mule g Lubuk Mandi, yakni lombong emas..
mane penah dibuat org bercuti g lombong emas..hehehe..
konklusi yg bleh dibuat setelah melawat lombong emas Lubuk Mandi,
"sayang seribu kali sayang, teknik melombong yang salah, amat meRUGIkan.."

lepas tu g melawat jeti pulau kapas, tengok2 je,
sebab masa melancong ade 3jam je..
then, g Masjid Terapung,
kat situ rupenye sedang berlangsung Kursus Haji,
patutlah ramai orang, dapat gak la snap 2-3 gambar,
then g Pantai Batu Burok, tgk suasana pantai yg membiru..
lalu jambatan, menjengah Masjid Kristal yg popular tu..
pusing2 kuala..
smpat la tengok Stadium Terangganu yg xberbumbung sebelah sebb runtuh,
kalo nak tau, dari jauh bleh nampak stadium tu x berbumbung sebelah..
buruk nmpknye...

Kami juga sempat melawat UMT, dan UNISZA..
tercari2 gak mane UDM ni?? igtkan UNISZA tu UDM.. rupenye bukan...
melawat airport Kuala Terangganu yg telah siap direnovate,
cantik gak...
kawasan yang ditambak utk melebarkan kawasan landasan, agak besar juga
masih aku ingat lg, kalo kat teluk ketapang tu, bleh lg la nak mandi2, tpi skg da xbleh...
abes pusing2 kuala terangganu,
kami pun pulang ke destinasi utama di wakaf tapai,
sbb nak g makan kenduri kawen..
masing2 dalam kete sume tido,
jeles btol aku... huhuhu..

sebelah petang, sepupu aku ajak g makan sotong sadur kat gong badak,
memang tak lepas peluang la..
yesss.. kali ni jadi passenger je... hehehe
sampai kat deretan restoren sotong sadur..
ramai btol orang minum petang smbil hirup udara pantai
langkah kiri kat kedai pertama,
"dik, tepung abes la kalo nak g kedai sebelah"
g kedai second,
"dik, sume abes, tepung ade la..."
haihh.. cam tu plak...
g kedai ketiga,
haa.. bru ade.. tpi kene berebut la...
fuhh.. dpat gak la merasa ikan kembung sadur, sotong sadur n air kelapa..
cukup mengasyikkan...
tambah2 plak org belanje..
lagi masyuuukkkk...
syukran jazilan la kepada abg ap n kak radiah...
next time.. wan bleh blanje.. xde halla...

lepas meneruskan destinasi ke waterfront..
tgk2 je.. padahal xde pape pon...
then g dataran shahbandar,
pergghh, terkejut gua beb...
kat ganu ade fun fair...
ade plak tu.. pertandingan akhir juara karaoke..
agak bingit lakan...
banyak gak la gerai2 jualan..
org pun ramai..
tgk roller coaster, n mcm2 permainan kat fun fair tu..
terliur... hajat nak masuk la..
aleh2.. masuk dalam fun fair da rm4..
men satu game rm2...
mahal btoll...
kalo sunway lagooon bleh la jugak...
ini, fun fair je beb...

abes jalan2, ktorg g la ke wakaf tembusu,
ade kenduri tahlil n solat hajat,
hajat kuarge sepupu,kak ifa...
datang makan je..
hahahahaha..
sbb da lambat... kami dtg makan la..
pergghh.. berair mato den makan cili..
podeeehhhhh.
bergantang2 air, den minum...
padahnye datang makan je...
hehehe...
perut kenyang, mate pon berat...
kami pun pulang ke hotel penginapan..

esoknye, hari yg ditunggu oleh mak aku n mak andak,
biasela..
shopping kat pasar payang,
memang borong sakan la...
keje aku menawaf satu pasar payang...
smpai sakit perut...
hehehehe.. efek cili smlm kot...
smpat gak la beli satu due souvenir utk bwk blik...
abes shopping... pulang la ke kuala lumpur...
nak blik kl pon satu hal...
byk kete...
berjujut2...
sampai mengantuk aku dibuatnye...
surrender, kene tukar driver...
bajet sampai umah pukul 8mlm..
aleh smpai pukul 10.30mlm...
smpai umah, mandi, naseb da jamak taqdim..
apo lagi... tido time la...
walaupun penat... tapi memang best la...
suatu pengalaman yang xdpt dilupekan...

CUTI-CUTI MALAYSIA...
hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri...
sambil jalan2 tu sama2 kite melihat kehebatan n keagungan Allah menciptakan segenap pelusuk bumi  ini....


‎"Sesungguhnya dlm PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI dan PERGANTIAAN MALAM DAN SIANG terdpt TANDA-TANDA (KEBESARAN ALLAH) bagi ORANG YANG BERFIKIR, iaitu orang yg mengingati Allah dlm keadaan DUDUK atau BARING, dan mereka memikirkan ttg penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),

"YA TUHAN KAMI, TIDAKLAH ENGKAU MENJADIKAN KAMI DENGAN SIA2, MAHASUCI ENGKAU,LINDUNGILAH KAMI DARI AZAB NERAKA"

Surah Ali Imran, ayat 190-191

Sunday, May 15, 2011

Mat Rempit itu bukan "Aerodinamik" dan Allah lebih menyayangimu, Sahabat

Sabtu, 14 Mei 2011, 6.30pg- 
aku dapat mesej menyatakan salah seorang kawan sekolah menengah dulu telah meninggal dunia. 
Mak aku terkejut, apabila aku memberitahunya. 
Mak pon kate, "Muda2 lagi dah meninggal ye, pe lagi yang tue ni ha" 
Hmm... nak wat camne tulah takdir Allah.. 
Firman Allah,"Setiap manusia pasti akan mati." 
Tak kiralah tua atau muda, jika waktu dan masa ajalnya sampai, tak lambat seminit, xcepat sesaat. 
Aku terus bersiap2 untuk menziarah keluarganya. 
7.30pg, aku dan member aku sampai di perkarangan rumahnya.
 Dah lame sangat x g umah die ni, last skali pun hari raya tahun lepas. 
Abang die bagitau, yang kawan aku ni pergi ke rahmatullah semasa dalam tido. X menunjukkan sebarang tanda2 pelik pon. Die biase je. 
Siap abang die kate, "die baru je blik tgk bola, minum2, makan2, sembang2, xde tande pape pon." 
Waktu sampai tu, jenazah xsampai lagi, sbb dipost mortem di hospital serdang. 
Jadi, aku n member siap bleh g mamak stall dulu, melahap roti canai 2 keping ngan milo panas. 
Lame aku dok melepak kat umah allahyarham, pak cik2 yang dok sembang, sume dok cite kebaikan allahyarham. 
Selalu g surau, baik je budaknye, elok je, dah pergi ye.. selalu budak2 baik ni la, Allah lebih menyayanginya, die xkuar malam pon, kuar pon g men futsal. sebut futsal, 
sorang pak cik ubah topik.. 
Selangor men cam budak2 lawan Kelantan, kene ayam ha... hai, menyampah btol aku.. 
Aik?! bleh plak ubah topik. hmm... 
Lame aku dok menunggu, jenazah x sampai2 lagi, jam da tunjuk pkul 10, aku n member aku ni pun ade hal.. jadi kami pun blik la... yang penting aku dah ziarah n amik iktibar dari apa yang telah berlaku... mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham FIRDAUS BIN MUSTAFA KAMAL(1990-2011)..

Ahad, 15 Mei 2011,12.30pg-
Aku n member2 aku dalam kete baru blik dari KL Downtown, bru blik shopping.. Dok tgh borak2, kelajuan kete dalam 80km/j kat atas highway.. 
tibe2...
 vrooooooooommmmmmmm... vrommmmmmmmmm... vroooooommmmmmm... 
Sekumpulan mat rempit ngan memintas perodua viva yang kami naiki..
Driver pon mengomel, "aku dah bwk 100km/j ni.. die bleh potong lagi..
aku kira2 dalam 20 buah motor gak la.. moto LC n EX5.. 
LC aku xpelik la laju, tpi yg aku pelik tu, EX5.. pergghhh... cam roket... 
tpi aku tgk rider die... macam stail superman xcukup baligh... hehe.. 
aku ckp kat member aku, die wat aerodynamic tu.. 
aku sembang la konsep fizik yang aku blaja time skolah tu.. 
tibe2.. ade EX5 dari belah line paling kiri menyelit2 . 
rupenye... ade plak satu lg EX5 bleh paling kanan.. die pun nak bersaing ngan member die..
mencelah gak ketengah... 
Ktorang kat line tengah, naseb jauh skit dari kelompok diorang.
Slow2.. aku cakap kat drive...
tibe2...
PANNNNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGGG....
Berapi memercik...
berguling-guling-guling-guling-guling-guling mat rempit tu....
macam tengah tgk filem REMP-IT 3D plak dri dashbord perodua Viva ni...
Member aku mengomel... Hah.. MAti... mati.. mati.....
mane taknye.. EX5 tu berlaga dlam kelajuan yang tinggi..
naseb la nyawa mat2 rempit masih panjang...
dorang bungkas bangun ke tepi jalan elak dari kene lanyak kete dari belakang...
naseb la x banyak sgt kete...
ade 3 buah kete yang dekat ngan tempat dorg berlaga..
naseb la kete2 tu sempat mengelak...
kalo x... Bye2 la...
Aku rase mat2 rempit tu luka teruk tu...
Moto kompem jahanamnye..

So, pengajaranya... guna kesempatan yang ada untuk menambah amal dan ibadah kepada Allah. Hidup hanya sementara. Mati itu pasti. Memang xdisangka. Cam mat rempit tu, kita rase mati ni.. tapi Allah bagi kesempatan untuk hidup untuk bertaubat, bukan untuk merempit lg... Cam Allahyarham Firdaus, moga Allah memberkatimu, sahabatmu. Moga kau digolongkan dengan para syuhada dan orang2 yang soleh.. 

Firman Allah Ta'ala (al Sajdah:32:11)
"Katakanlah: 'Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."


Firman Allah Ta'ala (ali Imran:3:185)
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kamu."


Firman Allah Ta'ala (al Zumar:39:30)
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)."
Firman Allah Ta'ala (al Anbiya':21:34)


"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?"



Tuesday, July 20, 2010

Nasib Mahasiswa Bujang Lapok...


(post X formal)


Diam x diam, dah masuk 2 minggu aku dah naek tahun 2...
namun, macam2 dugaan n cubaan yang terpaksa aku tempuhi...
Ya Allah, moga aku tabah hadapi segala rintangan ini..

Hari pendaftaran, bajet nak daftar lewat... dalam selepas Zohor baru nak daftar, mentang2 rumah 20 minit merempit dari KK9.
Namun, sedang aku rileks2 menghilangkan peluh penat berjoging, aku dapat panggilan dari Bro Loq(bukan name sebenar) mengatakan orang ramai dah daftar, kalo lambat, alamatnya tak dapat bilik la... Selang beberapa minit, Mujahid Cinta(bukan name sebenar) kol aku plak, sebabnya, kitorang dah plan nak dok satu bilik. tapi aku ubah plan last minit nak dok satu bilik ngan Harun(bukan name sebenar) n Angah(bukan name sebenar). Jadi aku suh Mujahid Cinta kol Bro Loq sebab Bro Loq x cukup sorang lagi.. Masing2 dengan perancangan dan strategi masing2...

Tapi apekan daya, kita hanya mampu merancang, Allah saja yang menentukan... Segala plan yang dirancang x menjadi... Gara-gara berduyun2 warga KK9 yg mendaftar tempat awal pagi. Tempat untuk member x bleh chop, siape cepat die dapat.. hmm... lepas dapat panggilan tu, aku terus merempit dengan moto hebatku, 115Z terus ke KK9.. terus g daftar.. aleh2, tempat yang tinggal skit je.. saki baki je kat aku.. aku selak2 borang blok satu per satu. selak punye selak jumpe name Bro Loq n Mujahid Cinta. Dengan x pikir panjang, aku redah je satu bilik dengan diorang(dulu xnak, dah terdesak...) Alhamdulillah, dapatlah roomate yang satu kepale..

Aku berjalan dengan hati yang girang mencari bilik aku.. semakin tinggi tangga aku daki, naik lenguh da... Cari punye cari, bilik aku paling ujung, paling tinggi.. Ujong dunio.. Ponek den gini weh!!!.. Aku bg salam.. bukak pintu, terjonggok Mujahid Cinta yang tak berbaju berseluar menutp pusat sedg mengemas bilik.. aku pun melawat la bilik aku(barang x bawak lg).. Perasaan gumbira bertukar menjadi hangin satu badan sbbnya bilik ni, KIPAS ROSAK, LAMPU STUDY ROSAK, LAMPU BILIK 1 HILANG, PAPAN NOTIS HILANG, CEILING BOCOR... Ceeeeeeeiiiiiitttttt... Sape pilih bilik ni??? ni sume Bro Loq punye pasal...

Atas alasan tu, aku malas nak masuk kolej.. aku ulang alik dari umah ke UM.. rileks r minggu Add n Drop... geng2 aku ni mmg x beragak.. bertubi2 serangan di FB aku kate aku HOMESICK.. kuang asam btol.. Tak understanding btol la geng aku ni... aku pun bertubi membuat aduan. Hasilnya, segala kerosakan dah dibaiki.. Malam tu jugak aku masuk kolej.. dok umah pon boring... berbahagia la aku n Bro Loq n Mujahid Cinta di bilik kami yang sejuk membeku ni...

Tido sejuk wo... pasang 2 je kipas cam econs.. kalo 5 perghh!!! bleh mengigau tdo(tiada kaitan yang hidup mahupun yang meninggal dunia).. bangge wo.. sebelum ni bilik asyik kene kutuk.. tapi skang siap jadi chalet plak(ramai dtg menumpg tido)..

Tapi langit x selalunya cerah.... semalam lepas baik gym ngan Bro Loq.. Kipas buat hal lg... tambah plak kolej xde air... haish!! mane x mengirap... naseb aku sempat mandi.. Bro Loq n Mujahid Cinta la x mandi.. Busuk syiak.. hahaha... diorg mandi kat Faks Eko.. (cam pelarian plak)... bilik panas.. hati terbakar.. pergh!!!.. Bak kata Karam Singh Walia, "Terbakar rumah nampak asap, terbakar hati siape yang tahu..."

adoi.. ape pulak nak jadi lepas ni....





Sunday, April 4, 2010

FAMILY DAY BALAI ISLAM KK9





Bismillahhirrahmannirrahim....

Alhamdulillah, sabtu bersamaan 17 Rabiul Akhir 1431, bersamaan 3 April 2010, telah diadakan program Family Day Balai Islam KK9. Program ini telah berlangsung di Hutan Lipur Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor. Program ini bertujuan bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara kami. Diketuai oleh Saudara Syafiq Farhan selaku Ketua Musafir. Kami bertolak dari KK9 pada jam 8pagi. Perjalanan mengambil masa 1jam terpaksa ditambah hingga 1jam 30 minit, akibat ada yang tersesat dari jalan yang benar.

Program bermula dengan sarapan pagi dan diikuti oleh solat sunat dhuha. Kemudian aktiviti diteruskan dengan sesi tazkirah daripada saudara penulis sendiri. Kemudian diteruskan dengan akitiviti taaruf ringkas daripada semua. Kemudian diteruskan dengan akitiviti wargame yang menyaksikan pertembungan strategi yang sengit di antara kedua-dua belah pasukan. Keputusan seri 1-1..
Selepas itu, berendamlah semua peserta muslimin. Program ini bertambah menarik dengan makan yang tidak henti-henti. Makanan terlalu banyak menyebabka semua berat perut dan kekenyangan. Sesudah makan, sambung mandi balik. Selepas itu, kami berkumpul untuk sesi bergambar.
Sebelum pulang, Saudara Sahir Amini selaku Timbalan Pengerusi Balai Islam KK9 mengumumkan bahawa Pengerusi Balai Islam KK9, Saudara Hasydan telah meletakkan jawatan. Oleh itu, Pengerusi Balai Islam KK9 yang baru adalah Saudara Mohd Zaheer bin Zainal Abidin.
Dala perjalanan pulang, satu musibah telah berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh muslimat telah pancit. Nasib baik bengkel motor masih buka. Selepas itu, kami solat asar di masjid berdekatan. Seterusnya pulang ke KK9 dan tiba pada jam 6.45 petang.


sesi tazkirah
zaheer and arap
ikan bakar..
kepenatan
kat bengkel moto

Tuesday, November 17, 2009

Dari meja penulis: KENANGAN MAI 09





Di kala penulis masih dalam keadaan kepeningan dalam meniti hari-hari sukar semasa minggu exam ini, sempat lagi penulis pulang ke rumah. Di saat, adik-adikku sibuk menyuruhku menayangkan kartun kesukaan mereka, Doraemon, penulis terpandang sekeping CD berwarna biru yang penuh bermakna bagi diri penulis. CD itu menceritakan penat jerih perjuangan, mujahid2 dan mujahidah KMPP 08/09 dalam menaikkan martabat Islam sempena Minggu Aspirasi Islam(MAI) 08/09.

Rasa terharu bercampur sedih dalam diri penulis, apabila melusuri bibit-bibit memori sepanjang minggu itu. Saat suka duka, bertikam lidah bermasam muka, tawa riang hati gembira, kepala serabut fikiran goncang masih lagi terngiang di minda penulis. Namun semua itu, sama-sama dapat dirasainya. Bermula dengan pemberian amanah oleh Ayahanda Pengerusi dan Angkatan AJK Surau An-Nur untuk penulis menjadi nakhoda pada bahtera pelayaran Islam yang tercinta, penulis terima dengan hati yang hina. Nakhoda pelayaran itu seterusnya, diagih-agih kepada pahlawan-pahlawan gagah dan serikandi-serikandi gigih mem

bantu penulis, si nakhoda yang hina. Pelayaran MAI bukan semudah yang disangka. Badai dan gelora, silih berganti menyusul tiba. Ketabahan dan kecekalan diuji sedalam-dalamnya.

Tuan penasihat 1, Nakhoda Adlan dan Tuan penasihat 2, Nakhoda Munzir merupakan penasihat penulis yang idealis dan matang dalam berfikir. Nakhoda Adli, menjaga bab tarbiyyah setiap mujahid dan mujahidah dalam pelayaran MAI. Nakhoda Munzir, mesin pemikir dan penasihat sepanjang pelayaran MAI. Dua insan inilah walaupun ramai yang mempertikai yang mereka seperti bos yang duduk goyang kaki, namun penulis yang tahu apa mereka lakukan. Orang kuat di belakang tabir, merekalah orangnya.

Dua orang kuatku, Bendahara Basith dan Bendahara Ummu Aiman merupakan perancang utama mengemudi pelayaran MAI. Merekalah yang insan yang tabah, idealistik dan gigih semasa membantu penulis dalam pelayaran MAI. Merekalah yang meletakkan pelayaran MAI di persadanya. Penulis amat kagum dan berterima kasih kepada mereka. Nakhoda Basith dan Serikandi Ummu Aiman sememangnya contoh Nakhoda yang terbilang.

Bentara Hazim dan Bentara Syifaa’ merupakan momentum utama yang menggerakan pelayaran. Kehebatan mereka dalam bidang penulisan dan merangka kertas kerja pelayaran MAI sememangnya amat dikagumi. Kesetiaan mereka pada pedang pena mereka, menulis setiap bual bicara di dalam mesyuarat. Setiap isi ditulis dengan setia. Minit-minit mesyuarat diusul dengan amanah. Bangga penulis dapat bekerja dengan mereka. Kertas kerja siap on time.

Dalam bidang kewangan dan hal ehwal ekonomi, Syahbandar Hanif dan Syahbandar Zawani, bijak mengawal belanjawan. Merekalah yang mengatur setiap laluan keluar masuk duit. Merekalah yang amanah dengan tugas. Penulis hormat dengan sikap amanah dan jujur mereka kerana merekalah yang menyimpan hampir RM7000 dalam simpanan mereka. Sungguh besar pengorbanan mereka. Tak lena tidur dek kerana RM7000 dalam simpanan. Nak tahu apa rahsia mereka menyimpan duit sebanyak itu??? Tanyalah mereka sendiri.

Laksamana Zainal dan Laksamana Husna, Ketua Skuad Penggempur pelayaran MAI. Merekalah yang mengendali sekelian mujahid dan mujahidah yang begitu ramai. Cekal hati mereka mengawal sekalian mujahid dan mujahidah. Tanggungjawab menjaga kebajikan setiap mujahid dan mujahidah dalam taklukan mereka. Kesian penulis kepada mereka, ibarat ibu kematian anak mengawal sekalian mujahid dan mujahidah. Walaupun, kadang-kala mereka selalu berlainan pendapat, namun penulis terharu dengan kecekalan mereka kerana mereka berusaha untuk mejayakan pelayaran MAI.

Skuad Pengempur Sukan dan Permainan dikemudi oleh Panglima Mazlan dan Serikandi Madihah. Skuad ini memainkan peranan utama menggerakkan pelayaran MAI. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan,antaranya, Futsal dengan kerjasama JPP, Fear Factor, Tarik Tali, Nasyid, Memancing, Azan, Kuiz, Karya, Xplorace, dan Bengkel Tajwid. Usaha dan kecekalan mereka dan mujahid-mujahidah mereka menjadi kunci kejayaan pelayaran MAI. Setiap titik peluh mereka, tidak dapat dibayar oleh penulis.Skuad ini direkrut dengan ramai mujahid mujahidah, bagi memastikan kelancaran setiap program. Tanpa Skuad Penggempur Sukan dan Permainan, tidak berfungsi pelayaran MAI. Kesian penulis dengan mereka, penat jerih mereka sememangnya tidak disangkal. Penulis bangga kerana mereka proaktif dan optimis dengan tugas. Tambahan pula, merekalah yang paling aktif dan bersemangat waja. Bakat-bakat kepimpinan cukup terserlah yang ditonjolkan setiap ketua unit aktiviti.

Panglima Khairul Zamri dan Serikandi Kak Izzah, mengepalai Skuad Penggempur Promosi dan Penerbitan. Skuad ini cukup hebat dengan teknologi dan persembahan multimedia yang dipersembahkan. Kreatif, Inovatif, Proaktif, Tekun, Cekal dan Sabar merupakan enam elemen utama bagi skuad ini. Dengan hasil persembahan multimedia yang berteknologi tinggi dan kreatif serta rangkaian poster2 yang stailo n funky merupakan tarikan cinta pandang pertama kepada MAIdan cukup berpengaruh. Hasil penerbitan yang informatif dan berilmu menjadi wadah yang berguna untuk disampaikan kepada semua. Ditambah pula dengan siaran Radio MAI,yang menggamit suasana sepanjanf MAI. Sikap tegas, amarah , salah faham, dan egois, sedikit mencacatkan skuad ini. Walaupun sedikit kepincangan, namun itu tidak mematah usaha skuad ini memainkan peranan sebagai sayap kanan bagi pelayaran MAI. Kita hanya mampu merancang, segala-galanya, Allah yang menentukan. Sememangnya, sakit hati, geram, dan tak puas hati becampur gaul, jika usaha penat jerih kita selama ini tidak dihargai dengan sebaiknya. Sabarlah menerimanya. Penulis faham apa yang berlaku. Namun penulis perlu adil dan saksama pada semua. Penulis hormat dengan kesungguhan dan usaha yang maksimum yang ditunjukkan.

Kalau bab berniaga, Panglima Abe Faisal dan Serikandi Ain, pakar bidang jualan. Mereka mengemudi Skuad Penggempur Jualan. Strategi jualan dan pasaran yang cukup memberangsangkan. Ditambah pula, dengan mujahid mujahidah jualan yang majoritinya dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang optimis dan manis menarik pelanggan meriuhkan lagi suasana MAI, dek seperti berada di deretan pasar malam yang dikerumuni lautan manusia. Khabarnya, jualan sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan sehinggakan semua barang jualan habis licin dijual. Bermodalkan jagung bakar, murtabak maggi, float dan bermacam-macam lagi sudah cukup untuk mengutip keuntungan hampir ribuan ringgit. Namun, pengorbanan mereka cukup disanjungi dan dicontohi. Optimis dengan kerja dan cekal dengan tugas amat penulis bangga. Skil perniagaan mereka tiada tandingan. Rasa seperti ingin berguru dengan mereka. Buat bekalan, jikalau penulis berhajat ingi berniaga, skil sudah sedia ada.

Dari segi aspek logistik, seperti hamper, cenderamata dan banner diuruskan oleh Skuad Penggempur Tugas-tugas Khas yang diketuai oleh Panglima Nasri dan Serikandi Yasmeen. Skuad ini memamg khas tugas mereka. Tugas mereka sebelum pelayaran MAI dan selepas pelayaran MAI. Skuad ini bertindak sebagai sweeper atau benteng pertahanan bagi memastikan pelayaran MAI berjalan lancar. Key chain, design baju, banner, cd, dan cenderamata mereka sememangnya kepakaran mereka. Asam suka duka, lidah tergigit dek kerana kenakalan dan kealpaan insan, walaupun pada awalnya, gerak kerja agak terganggu dan bertimbun, mereka dapat atasinya dengan cekal dan tabah. Penulis merasa serba salah takut skop tugasan yang diberikan agak banyak kepada mereka walaupu pada atas kertasnya hanya beberapa skop sahaja. Gerak kerja teratur, tidak cepat melatah dan cepat belajar dari kesilapan, membuktikan bahawa ciri-ciri seorang pemimpin ada pada mereka.

Gelanggang persembahan dan pentas persembahan majlis penutupan disusun atur oleh pakar hiasan, Skuad Penggempur Persediaan Tempat dan Masa. Skuad inilah paling kecoh dan gamat sekali. Dengan mujahid berfesyen botak dan gila-gila, serta mujahidah yang fokus dan tegas terhadap tugas, dua kombinasi berbeza ini berjaya mewujudkan satu persefahaman yang akrab dan jitu. Itulah yang dilambangkan oleh ketua skuad ini, Panglima Ali dan Serikandi Kak Fidah. Kreatif, gila-gila, fokus pada kerja, optimis dan berkorban apa sahaja demi pentas penutupan MAI berada pada taraf yang berprestij walau hanya bermodalkan RM500 sahaja. Pentas itu termeterai segalanya. Mestica dan Suhaimi tampak selesa beraksi . Kesungguhan yang ditunjukkan menjadi bukti komitmen dan semangat mereka pada pelayaran MAI. Walaupun, penulis kadang-kala pening kepala dengan sikap gila-gila mereka ini, namun penulis mempelajari sesuatu sekiranya telah menjadi bapa nanti untuk menangani anak-anak yang nakal.

Skuad Penggempur Disiplin dan Keselamatan diketuai oleh Panglima Aniq dan Serikandi Dini. Aspek Tarbiyyah dan Keselamatan sepanjang pelayaran MAI dalam taklukan mereka. Ahli bermasalah, muslimin menceroboh kawasan event muslimat, tarbiyyah mujahid mujahidah dan keselamatan sepanjang pelayaran MAI dikawal oleh mereka. tampak mudah, namun mereka merupakan benchmarking bagi pelayaran ini berada dalam landasan Islam yang sebenar.

Skuad Pelakasana Lailatunnisa juga tidak boleh dipandang enteng sumbangan mereka. Berfesyen tidak salah asalkan mengiktu syariat. Itulah mesej yang disampaikan oleh mereka. Serikandi Afiqah pengemudinya selepas bertukar posisi kepimpinan dengan penolongnya. Aspek penelitian dan medium penyampaian harus diteliti agar mesej yang disampaikan dengan baik agar tidak wujud salah faham yang menyebabkan kadang-kala boleh mengganggu kelancaran program. Apapun, Lailatunisa meletakkan bahawa muslimat bertudung labuh juga hebat berfesyen dan memperaga pakaian. Penulis rasa terkilan juga tidak menerima undangan ke majlis itu kerana Lailatunnisa khas untuk muslimat. Nakal juga penulis ini.

Segala butir kenangan itu pasti akan tersimpan di memori ini. Tidak ku lupa sangat gembira yang kita lalui, duka yang sama ditempuhi, jalinan ukhwah yang terjalin, salah tutur bicara sehingga ada yang terasa dengan lidah tajam yang menusuk hati manusia, kasih yang dilimpah yang dirasa tidak cukup pada tempatnya, penghargaan yang dilimpah tidak sewajarnya, arahan bertimbun yang menambah beban di bahu, perintah mudah dibicara tanpa melihat penat jerih anak buah bekerja, wajah yang garang bukanlah sombong peribadinya tetapi tegas pada pendirian, tidak menegur muslimat bukan kerana angkuh namun segan merajai hati, sedap berhujah menegur manusia hingga rasa diri perfect sentiasa, sound direct pedang pembunuh hati. Aku cuba belajar menjadi terbaik. Sedang belajar erti kepimpinan. Hanya insan yang hina penuh dengan kelemahan. Insan bodoh yang berusaha mengubah paradigma. SEINFINTI KEMAAFAN, KUMOHON PADA KALIAN, ANDAI SALAH SILAP HARAP DIMAAFI, HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM, MASA, KERINGAT, SUSAH SENANG, DAN SEGALA-GALANYA YANG TERBENAK DI HATI. JIKA MASIH ADA YANG TAK PUAS HATI, BUATLAH SESUKA HATI PADA INSAN INI. KERANA INSAN INI TIDAK MENGERTI APA UKHWAH YANG HAKIKI, UKHWAH YANG TERJALIN INI MOGA TERUS MEKAR MEWANGI, JANGAN SEGAN PADA ANA SEBAB ANA YANG SEGAN PADA ENTUM, TEGURLAH KALAU BERJUMPA. INSAN INI BARU BELAJAR. AJARLAH INSAN INI. SESUNGGUHNYA INSAN INI TIDAK SEDAR AKAN KESILAPANNYA. JAZAKUMULLAHU KHAIRON KHASIRO…

mestica sedang beraksi


jom makan ice-cream
study jangan lupe, kerja jalan...
geng jualan
tazkirah dulu...
dah bersedia untuk syahid??
kesabaran diuji
berfesyen ikut syariat
semangt berpasukan diuji
Muslimat United(MU)
budaya bersenam disemai
senyum...
blue carpet MAI
orang-orang kuat MAI

*kepada sesiapa yang berhajat nak gambar MAI, inform pada ana...

Wednesday, September 9, 2009

Kenangan Naek Lori Pak Cik KESIS KMPP

Tempat: KMPP
Waktu : Lepas Sarapan
Minggu : Minggu Orentasi Pelajar Baru
Kepale : Basith
Konco-konco : Hazim, pak Ali, Hapiaq, Zul, Mazlan, Pendang, Hamdi, ...

Sunday, July 19, 2009

Peristiwa Mi Sedap

Aku tersentap dari lamunanku. Aku terlihat senior aku sedang membawa bekas lalu diisinya air panas dari water cooler yang terletak lebih kurang beberapa meter dari pintu bilikku. Aku pun tegurlah, “Xkan Maggi je, bang.” Die pun tersenyum lalu menjawab, “Saving la.” Poof!

Wei, Ali, mane ko letak gunting? Aku tanye.
Ape, Boh. Tu kat atas tu. Ali menjawab.
Hah! Ari nie tugas aku, bukak perencah. Ali dah masak air panas. Ammar, tukang gaul. Hang, hafiz ngan kden relaks ari ni. Biar Min yang basuh. Aku memberi keterangan.
Oit! Await aku yang basuh? Min x pueh ati
Hah, Hang ni pemalas , ni aku nak marah ni! Ahhhh!. Ali mengamuk sepenuh hati.
Nah! amik je! Hiah.. Ali bertindak buas kat Min.
Hiik, Yeek! Min plak bajet comel.
Heeeeeeeeee.. Hang ni bajet gila, Min! Kden n Ammar bersatu ngutuk Min.
Weh, Ammar, cepatlah gaul. Perintah aku.
Panas lah, hang sabaqla ckit, Ammar memberi reaksi.
Berapa bungkus arini? Hafiz yang tengah khusyuk men psp, tibe2 bertanya.
7 bungkus, jawab Ali dengan bongkak.
Hah, mai makan! Efun, hang ni tak abes2 la ngan DotA hang tu, Mai makan! Ammar jemput makan.

Tibe-tibe…

Assalamualaikum, Munzir memberi salam.
Zir… Die dah tension study la tu, baru die datang sini. Ali memberi respon
Hehe, mane ade. Psp mane? Munzir tercari-cari psp.
Tu kat atas katil. Hafiz menunjukkan arah.
Hah, mai makan dulu, sat g bru men. Ammar menjemput Munzir makan.
Sedap siot. Aku memberi komen
Tambah lada, lagi sedap. Ali bajet cam chef.
Meh, bagi kat aku lada, Hafiz nak test.
Tutu..tutu..tutu.. tepon canggih kden berbunyi
Hah! Kitorang response serentak.
Aisya Humaira mesej la tu. Ammar n aku mengusik.
Hai, Aisya Humaira, cam tu pulak. Munzir menambah.
Hang senyamlah Munzir, Kden tersipu-sipu.
Die mesej pa kat hang? Min jadi busybody.
Hang sibok nak tau wat pa, Min. jagalah yen hang tu. Ali memberi pandangan.
Nak wat pa yen, amalina la. Min bajet playboy plak.
Hi. Bajet! Efun n Ali memberi respon.
Hang, Ali, nak kata kat orang. Hang tu, Kak Long. Min dah start tak pueh ati balik.
Makanlah! aku meredakan keadaan.
Erkk! Alhamdulillah!
Min, g basuh, jangan malas, Ali mengarah.
Ye la. Jawab Min

Selang beberapa saat..

Tok!tok! seseorang mengetuk pintu.
Hehe, Starrrr. Wiwiwi, dah abes study doh. Ali menyambut tetamunya.
Weh, mana ada, aku wat homework je. Starr menjawab.
Wih, wat homework doh, Efun menambah.
Hmm. Star redha.
Kden… kden…kden… Ali menyahut dengan nada manja.
Ape! Hish, aku rimas tol r ngan Ali nie. Kden rasa rimas.
Hargh! Aku geletek hang.. Ali menerkam kden.
ARHAHAHAHAHA. Kden meronta-ronta kerana digeletek dengan kejam.
Hah! Rakam. Hafiz merakam aksi itu dengan tepon sony ericssonnya.
ARHAHAHAHAHA. Tolong! Tooooolong! Kden merintih.
Arrhh.. Tak da. Takda aku nak tolong hang! Ali menjawab.
Ammar! Ammar! Kden minta tolong kat Ammar.
Hoit!! Jerit Ammar dengan pinch yang tinggi.
Ammar, hang nak kena ka lepas nie. Ugut Ali.
Tam(bukan nama sebenar), tangkap Ammar, perintah Ali.
Tam pun menjalankan perintah.
Cekam(bukan nama sebenar) cepatlah. Hafiz menjawab.
Hehehehe. Ammar.. Ammar.. Ammar.. Ali memanggil dengan nada manja.
AHHHHHHHHHHHH.. jerit Ammar dengan nada yang sangat tinggi.
Hoit.. Binget telinga aku. Aku memberi respon.
Dah. Dah. Dah.. Kate tadi nak tengok movie. Jom la. Au meredakan keadaan.
Movie ape weh? Munzir bertanya.
4bia. Efun menjawab.
Hah! Jom tengok movie..

Monday, June 22, 2009

Warkah Buat Sahabat

Sahabat,
Sudah sampai waktunya untuk kita mengembara,
Keluar ke belantara raya,
Meneruskan perjuangan agama,
Walau berada di dimensi berbeza,
Masa kita sudah tiba,
Menjadi harapan seluruh keluarga itu nyata,
Harapan agama itu semesti,
Jangan berduka wahai sahabat,

Segala kenangan dalam memori,
Senda gurau menjadi saksi,
Tangis dan hiba itu bukti,
Manis,
Pahit,
Sama dirasai,
Tidak lupa kanan dan kiri,
Sahabat sejati jangan tangisi,
perpisahan yang tiada sirna pertemuannya,

Selagi nyawa dikandung badan,
selagi nafas terus berhela,
selagi mata celik hayatnya,
Memori yang terlukis tidakkan terpadam coraknya,
tidakkan terpadam warna keindahannya,
tidakkan terpadam dedaun pertemuannya,

hingga kita berkumpul semula,
walaupun bukan di medan yang nyata,
walaupun bukan di padang perjuangan,
walaupun bukan di lapangan kecemerlangan,
tetapi pasti berjumpa,
di Syurga sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...