Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Thursday, March 22, 2012

Sembang Santai MPI 2012

Inilah saat dan harinya.... aku dapat kelapangan masa untuk mengisi ruangan ni... sempena Edisi ke-100  post dalam Blog Ketayap Usang ni... Ade sesuatu yang menarik ingin dikongsikan. Seperti biasala.. aku sibuk mengalahkan PM(Perdana Menteri ye, bukan Pembantu Mahasiswa(tu wat pe)), dengan akademik, aktiviti kemasyarakatan, aktiviti kesukanan, dan aktiviti ketiduran...

*AMARAN... Post ni santai je ek... malas nak berbunga2 n penuh fakta... malas nak perah otak n berfikiran kritikal.. letih da ni...

8,9,10 Mac 2012, Kolej Kediaman Kesembilan,UM... 
Program Minggu Penghayatan Islam

Antara aktiviti-aktivitinye..:

1. Forum Remaja: Cinta, Jodoh dan Syurga
Moderator: Ustaz Rohidzir Rais
Panelis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Prof Dr Muhaya, Ustazah Zawiyah Hassan...

8 Mac.... hari itu dalam sejarah, Dewan Sri Tanjung... Full... Ramai sangat penonton... tpi majoritinye Muslimat... Muslimin mane??? ade... tpi 1/8(termasuk VIP).. Biasalah.. topik cinta ni.. mmg tarikan Muslimat la.. Cube wat tajuk Moto ke, Bola ke, Kete ke, Tips2 Poligami ke... bru la tarikan Muslimin... apepun.. program ni BERJAYA... CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG... Cume kalo ade program camni tahun depan.. kene ade raider g amik penceramah.. sebb KK9 susah skit nak cari... (sampai sesatlah orang luar nak mencari). satu lagi, len kali suh penonton bawak kusi sendiri.. kusi xcukup la... hehehe..

2. Pertandingan Tilawah Al-Quran
Musabaqh berlangsung due hari.. hari pertama peringkat saringan, hari kedua baru pertandingan akhir... 6 Qari dan 8 Qariah berentap... 4 Qari layak ke final... dalam acara final.. 2 pusingan dijalankan.. Round 1, bacaan pilihan qari, Round 2, bacaan undian qari.. Dah final, mestilah kene tough skit.. baru la deserve to be the best... hadiah pon mantopp pe... (nyaris aku jd penganjur, kalo x... da lame masuk.. tapi kene berguru dgn Syeikh Abdul Basith Abdul Samad, xpun Syeikh Mustafa Ismail, paling tidak Syeikh Fahd Kanderi..huhuhu.. kemain....)..Pemenang dah ditentukan... Keputusan juri adalah Muktamad... 

3. Slot Khalifah Sihat
Ayuh kita sihatkan badan.... Pepatah Arab ada menyatakan " Akal yang Sejahtera datang dari Badan yang sejahtera" Jom kita beriadah...
Muslimin main futsal, Muslimat main badminton berjamaah.. Hadiah tu tentulah ade... masuk adalah percuma... Keputusan tertakluk pada Juri... sape lambat datang, n wat perangai... U R DISQUALIFIED(xdpt hadiah je.. tapi ktorang bagi main)... hehehe... Team Balai Islam hantar wakil.. tpi apekan daye.. dpt no2. je.. ok la tu.. kalah kat final.. tu pun sebab aku x men.. suar track tertinggal.. kalo x.... paling kurang tu no1..(dari blkg kot... hehehe)

4. Slot Serikandi: Bidadari Dunia vs Bidadari Syurga
Program ni je yang aku xjoin, sbb ni program muslimat... lgpun wat time solat jumaat... mmg jammed la kalo aku yg g... hilang akal ke ape... Tajuk mmg best.. cam nak promote program bidadari dunia je... 

5. Tahlil Arwah Bekas2 Pengetua
Al-Fatihah buat bekas pengetua-pengetua KK9 yang telah kembali ke Rahamtullah:
1. Prof Dr Norazit Selat
2. En Wirakarnain Sani

Moga roh meraka dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

6. Malam Kemuncak
Name pun Malam Kemuncak... so mmg berada di puncak la... Dirasmikan oleh Ustaz Baharuddin Idris, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Diserikan dengan persembahan MESTICA, Puisi, Selawat kumpulan CG,(ade ustaz kata, ana ingat CJ7), dan Ucapan la..pe lagi..(borink btol la ucap2 ni...). Program berjalan dengan lancar, smooth, soft, and gentle... TERBAIKKK LA... cume aku sedey, sbb tgk backdrop yang cantik tu, xsempat ku tatap puas2.. sbb ade org nak gune dewan lak... dan2 time tu plak nak gune.... sedey2... bagi la can aku nak amik gambo  dlu... xpe la... kenangan2....

*Post bertukar mode SERIUS

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Pada sisi pandangan saya, selaku Pengarah MPI 2012, program ini telah berjaya dengan gilang gemilang. Kejayaan ini adalah hasil titik peluh kita bersama. Kejayaan ini juga hasil keringat dan pengorbanan dari hati-hati yang ikhlas yang ada dalam diri setiap ahli jawatankuasa dan Majlis Tertinggi dalam memartabatkan Islam di mata masyarakat KK9. Misi utama MPI adalah melebarkan lembayung dakwah ke seluruh pelusuk buana KK9, khasnya dan UM umumnya. Islam the way of life menjadi indikator utama keberlansungan program ini dan tema program tahun ini.

Terima Kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah I dan II, Sabridi bin Sabri dan Rabiatul Adawiyyah binti Shamsuddin atas kerjasama dan hasil usaha sama yang diberikan dalam mengerah buah fikiran dan idea serta menjadi tulang belakang kuat kepada saya. Kepada Setiausaha, Ainatul Mardhiah binti azmi dan penolongnya, Siti Aisyah binti Nordin, jazakallah khairan jazak kerana setia bersama pen dan kertas, mencatat segala minit mesyuarat, surat, kertas kerja dan nota. Duit, duit,duit.. itulah yang hanya terlintas dalam fikiran bendahari, Muhammad Hafiz bin Hashim. Ibarat seperti Menteri Kewangan, menguruskan belanjawan dan urusan keluar masuk duit bagi menampung dana projek ini.

Tidak dilupakan barisan Penolong-penolong Pengarah, seperti, 
1. Siti Hafizha binti Tamin, PP Protokol yang sangat setia dengan protokol dan masa programnya, ke hulu ke hilir bersama walkie talkie memastika kelancaran perjalanan majlis. 
2. PP Tajaan, Muhammad Hifzhuddin bin Nor Aziz, yang hebat me'ngepau' duit syarikat-syarikat dan yayasan, bagi menampung segala perbelanjaan program. Kebolehan anda cukup menakjubkan. 
3. PP Jemputan, Siti Nur Fareha, berusaha gigih menjemput sekalian tetamu dari seluruh pelusuk buana untuk menghadirkan diri dalm program ini. Cekal hati dan sabar melayan karenah tetamu, kebolehan anda yang ajaib. 
4. PP Persembahan, Zulkarnain bin Mat Said, yang belajar from Zero to Hero, yang pada mulanya teragak-agak dengan kemampuan sendiri, namun telah dibuktikan dengan kejayaan persembahan dalam program ni, cuma perlu sedikit keyakinan dan ketekunan untuk mejadi lebih baik.
5. PP Pubilisiti, Umi Faseha Kosnon yang nama sebenarnya orang tidak kenal, namu bila sebut Seha, nama yang menjadi sebutan dalam dunia designer.. Poster, Banner dan video mainannya.. hasilnya, hebat sungguh, Tahniah kerana mendapat tawaran yang sukar utk ditolak, bakat anda cukup hebat untuk diasah dan digilap..
6. PP Teknikal, Azrul Naim aka Kecik dan Muhammad Zamri bin Eshak, perfect sound system. mic, speaker, lighting bertaraf professional... catat cela sedikit tu perkara biasa... tpi overall the bestt...
7. PP Hadiah, Abdul Halim bin Harun, walaupun dia sahaja kumbang, ajknya semua bunga, namun dia tidak kekok dengan suasana kerja, hadiah menarik dan cukup, tahun depan boleh cuba untuk PP yang len bagi pertingkat potensi diri.
8. PP Makanan, Nur Waheeda binti Razali, ibarat ibu yang memberikan anak-anaknya makan.. biar semua dapat makan, tidak mahu ada yang kelaparan, biarlah dia sorang yang berlapar. sifat nalurin keibuan memang terbukti..
9. PP Hiasan Pentas, Shahidatul Husna binti Hamidi, makin hari, makin cantik hiasan pentas. cetusan  ilham yang menarik bagi memikat mata yang suka akan keindahan. Walapun simple, tetapi sudah memandai mengindahkan pentas dan dewan. Ibarat dewan menjalankan kenduri kendara besaran gamaknya.
10. PP Tugas-Tugas Khas, Sheikh Ahmad Asyraf bin Sheikh Bahnan, orang kuat kita dalam menjadi supportive crew membantu PP len dan melaksanakan semua Special Task dengan jayanya. Susunan dewan, gantung Banner, Angkat pasu, kepakaran yang tidak dinafikan.. hebat.. cukup hebat..

Paling utama kepada semua AJK(yang xdpt nak detailkan sume name2 sbb ramai sgt, SU tolong listkan eh) kerana same2 dapat menyumbang tenaga, berkongsi idea, meluangkan masa, dan menimba pengalaman bersama. Harap kalian memperoleh kenangan terindah sepanjang mendiami KK9.

Segala salah dan silap harap dimaafkan dari hujung rambut sampai hujung jari kaki, halalkan segalanya. kalo saya ade termarah, terbuat silap sehingga melukakan hati kalian harap dimaafkan.. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah. Saya hanyalah perantara.. Moga Islam terus menyinar di bumi KK9.. Maas Salamah.. Wassalam...

di konti IKIM.fm bersama DJ Faiz
Ustazah Pilihan KK9
 Panelis Forum
 Artis Jemputan- MESTICA
 Untunglah JOHOR FC menang malam tu
 Barisan AJK bersama Rabiatul
Barisan AJK tanpa Rabiatul

*Program ni same cam program ni 

Monday, January 23, 2012

Setelah 6bulan berlalu....

15 Julai 2011-Post aku paling latest... Hari ini... 23 Januari 2012... perghh... cukup lame aku xmengupdate laman blog yang da bersawang ni.. bukan takat sawang, udah jadi umah labah-labah da.. harapkan si Spongebob ni asik melambai je... pe yg die tau... salji plak xhenti2 turun...

6 bulan xupdate.. dalam tempoh ni... sibuk ngan assignment,keje,persatuan,kolej,hal personal, n mcm2 lagi la.. tup2 da sampai akhir sem pengajian rupenye... diam xdiam udah nak abis aku blaja ni.. tpi utk capai ijazah ni la.. tpi pembelajaran tu diteruskan hanya terhenti bile da masuk alam barzakh nnt...

lps ni masuk alam pekerjaan... alam cari duit sendiri secara full time.. secare half-time da merase, hasil jd cikgu tusyen.. hehe.. lps ni alam perkahwinan lak.. hahaha... besau tanggjawab tu... bukan suke2.. tpi aku terase cam nak smbung Master plak.. tpi xpe la.. bak kate ayah, cari pengalaman dulu.. lepas tu baru sambung..

cuti ni bermula la projek thesisku... Aku memilih bidang Geofizik, khusus kepada Magnetic and Gravity... pe kejadahnye tu??? hanye orang sains aka geologist n geophysicist je yang mengerti.. org bidang len yang die tau.. wan thesis ko cari emas kt mane?? ko korek batu kat mane?? haihh.. pe yang kolot pemikiran.. sabar je la.. dorg xmengerti pe tu geology.. igt keje geology ni mengorek sane-sini, cri emas je,... banyak lagi la wehhh... sampai xterlarat dibuatnye... seluas mane alam ini, seluas tu la keje geology... semuanye ttg bumi... xlarat nk kaji...

tpi aku diarah untuk mengkaji kawasan Kampar,Perak... xbeberape jauh dari kg... selamat.. saving duit skit... makan n minum, tmpt tdo settle da... tggl nk pegi je... sebelum g tu kene siapkan proposal, peta n sebagainye... ni peta kawasan kajian aku.. 

K la... chowz dlu... azan da berkumandang... seruan Ilahi da memanggil...
Barakallahufikum... Maas Salamah...

Friday, July 15, 2011

Fesyen Muslimah: Suatu Pencerahan

          Marcapada ini, trend fesyen muslimah semakin mendapat sambutan. Pelbagai jenis dan gaya diterjemah oleh pereka-pereka fesyen mengikut acuan muslimah. Kalau dulu, fesyen muslimah tertumpu baju kurung dan jubah sahaja. Selain itu, fesyen pereka-pereka barat yang seksi lagi mejolok mata semestinya tidak mengikut syariat dan tidak boleh dipakai wanita muslimah di hadapan bukan muhrim. Namun, hasil improvisasi dan inovasi pereka-pereka fesyen masa kini, wujudlah pelbagai jenis pakaian muslimah. Mengikut trend dan majlis. Dari jenis formal, santai, makan malam dan rasmi, semuanya telah tersedia untuk diperagakan oleh semua muslimat di luar sana. Mahu dan tak mahu sahaja.

          Elemen terpenting fesyen muslimah adalah tudung. Jika dahulu, masyarakat sememangnya 'stereotype' tentang tudung. Jika sebut tudung, minda pasti akan tertumpu pada kain kosong segi empat tepat. Paling popular, semestinya tudung bawal. Namun, tudung turut juga dievolusi oleh arus globalisasi. Wujudlah, pelbagai jenis tudung dan cara pemakaian tudung. Tudung shawl, tudung Nur Kasih, tudung Wardina, tudung Ariani, tudung Yuna dan macam-macam lagi. Cara pemakaian juga bermacam-macam cara. Ada yang berbelit, berpintal, berpusing, berjendul di belakang atau atas, dan berjurai-jurai manik.
       
          Persoalannya, adakah fesyen muslimah ini, menepati kehendak syarak? Adakah pemakaian tudung sekadar ikut-ikutan atau berpegang teguh pada syariat? Apakah syarat-syarat fesyen muslimah berlandaskan syarak?
       
          Perkara yang wajib oleh semua umat islam adalah HUKUM MENUTUP AURAT. Menutup aurat adalah WAJIB. Apakah batas-batas aurat seorang muslimat? Ulama bersepakat bahawa aurat wanita kepada lelaki bukan muhrimnya ialah SELURUH TUBUH kecuali MUKA dan KEDUA TAPAK TANGAN. Ini berpandukan kepada Al-Quran dalam Surah An Nur ayat 31, Al Ahzab ayat 53 dan 59.

Kesalahan dalam berfesyen

BENTUK DAN FESYEN PAKAIAN MUSLIMAT


1. Menutup seluruh badan
*janganlah pakai baju t-shirt yang ketat, pendek, lengannye pendek. Jika pakai inner@sarung lengan didalam sekalipun, ia tetap ketat dan menampakkan bentuk badan. Maka pakailah baju yang labuh, lengan panjang, longgar, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk tubuh.

2. Labuh sehingga menutup kaki
*perlu ambil perhatian, kaki dan tapak kaki juga adalah aurat bagi muslimat. Realitinya, ramai muslimat yang masih culas tentang hal ini. Justeru, pakailah stokin kaki.

3. Tidak ada perhiasan, walaupun pada pakaian luar
*Kata Az-Zahabi dalam kitabnya Al Kabair, "Di antara perbuatan terkutuk yang sering dilakukan oleh para wanita ialah menampakkan perhiasan emas, permata dan sebagainya yang dipakai di bawah(di dalam) pakaian mereka.

4. Kain tebal dan tidak ditelusi pandangan
*Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aisyah rah. dalam keadaan berpakaian nipis semuanya. Lalu Aisyah berkata pada mereka, "Jika kamu wanita mukminah, maka bukan begini fesyen pakaian wanita mukminah..."

5. Tidak jarang sehingga terbayang kulit dan bentuk badan
*Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari dalam Al Mu'jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,"Akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita yang berpakaian tapi sebenarnya bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul(set rambut) mereka ditinggikan bagai goh(bonggol) unta. Kutuklah mereka, sesungguhnya ,mereka itu terkutuk(dikutuk oleh Allah).


6. Tidak mengenakan bau-bauan yang melebih-lebih
*Wanita diharamkan memakai bau-bauan ketika keluar rumah untuk ke majlis yang diluluskan syariat, di hadapan lelaki bukan mahram, tujuan memikat lelaki, dan ketika ke masjid bersembahyang jamaah. Cukuplah memakai wangian untuk mengelakkan berbau badan. Jika lebih-lebih, hukumnya HARAM.

7. Tidak menyerupai lelaki
*Dari Abdullah bin Amr ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, bermaksud,"Tidak termasuk golongan kami(bukan umat Islam) wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita. (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

8. Tidak menjolok mata
*menjolok mata bermaksud pakaian yang bertujuan menarik perhatian, sama ada menunjukkan tubuh badan yang seksi dan menyebabkan ghairah.

9. Tidak menyerupai pakaian orang bukan Islam
*Dari Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Janganlah kamu memakai pakaian para pendita(ahli kitab Yahudi). Siapa yang memakai pakaian mereka, maka dia bukanlah golonganku. (Riwayat at   Tabrani dalam Al-Awsat)


10. Tidak memakai tudung yang singkat dan jarang
*Seeloknya muslimat sekalian, janganlah pakai tudung yang singkat. Hal ini kerana, Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31, " Dan hendaklah mereka menutupkan(aurat mereka) dengan jilbab(tudung) hingga dada mereka. Trend masa kini, tudung singkat jadi kegemaran. Ada pula berbelit-belit dan berpintal-pintal namun dada terdedah. Sudah tidak ikut syariat. Lebih manis, memakai tudung labuh atau jika mahu berfesyen tudung juga, tutuplah perkara yang perlu ditutup seperti telinga, leher, tengkuk, bawah dagu dan dada.

*Jika berambut panjang, janganlah dibuat sanggul bonggol unta. Ramai sangat muslimat yang berfesyen begini.   Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari dalam Al Mu'jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,"Akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita yang berpakaian tapi sebenarnya bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul(set rambut) mereka ditinggikan bagai goh(bonggol) unta. Kutuklah mereka, sesungguhnya ,mereka itu terkutuk(dikutuk oleh Allah).



"DAN KATAKANLAH KEPADA PARA PEREMPUAN YANG BERIMAN, AGAR MENJAGA PANDANGANNYA DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA(AURAT) KECUALI YANG (BIASA) TERLIHAT. DAN HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN(AURAT) DENGAN JILBAB HINGGA DADA MEREKA DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA(AURATNYA) KECUALI KEPADA SUAMI MEREKA, ATAU AYAH MEREKA, ATAU AYAH SUAMI MEREKA, ATAU ANAK LELAKI MEREKA, ATAU ANAK LELAKI SUAMI MEREKA, ATAU SAUDARA LELAKI MEREKA, ATAU ANAK LELAKI SAUDARA LELAKI MEREKA, ATAU ANAK LELAKI SAUDARA PEREMPUAN MEREKA, ATAU PARA PEREMPUAN(SESAMA ISLAM) MEREKA, ATAU HAMBA SAHAYA YANG MEREKA MILIKI ATAU PARA PELAYAN LELAKI (TUA) YANG TIDAK MEMPUNYAI KEINGINAN(TERHADAP PEREMPUAN) ATAU KANAK-KANAK YANG BELUM MENGERTI TENTANG AURAT PEREMPUAN. DAN JANGANLAH MENGHENTAKKAN KAKINYA AGAR DIKETAHUI PERHIASAN YANG MEREKA SEMBUNYIKAN. DAN BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH, WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, AGAR KAMU BERUNTUNG." 

SURAH AN NUR AYAT 31

Rujukan
1. Batas-batas aurat dan pergaulan serta hukum persolekan dalam Islam (2008); Ustaz Jaafar Salleh
2. Al-Quran dan terjemahan

Friday, July 1, 2011

'OVER LIMIT'


Sifat Malu Sudah Tiada
Sifat malu adalah tabiat insan

Satu tabiat yang Allah anugerahkan
pada hamba-hamba- Nya sejak lahirnya lagi
Sifat ini kalau disuburkan
ia menjadi benteng
daripada melakukan kemungkaran
Ia menjadi perisai
pada seseorang daripada menggadai maruah dirinya
Sifat ini di waktu keseorangan,
malu membuat maksiat kerana Tuhan melihatnya
Di waktu ramai, lagilah bertambah malu
kerana ramai mata yang melihatnya

Orang yang bersifat malu
sangat menjaga maruahnya
Merasakan maruah diri
adalah harga diri dan nilai peribadinya
Orang yang bermaruah merasakan jika maruah diri
telah tercemar atau ternoda
Dunia ini telah sempit dibuatnya
Bertemu manusia terasa malu dan terseksa
Ingin lari dari manusia
Tapi malang sekali di masa kini
Sifat malu telah tercabut
dari jiwa kebanyakan manusia
Lantaran itu maruah diri sudah tak dijaga
Maruah diri manusia sudah tergadai atau tiada
Tapi mereka tidak terasa
Masing-masing merasakan masih ada wibawa
Semua merasakan masih ada harga diri
Padahal yang ada sifat kebinatangan atau sifat haiwaniahnya
Berkelakuan haiwan yang berupa manusia
Binatang yang berupa manusia inilah yang menguasai dunia
Mentadbir manusia dan mendidik mereka
Ramailah di dunia ini haiwan yang berupa manusia




















Inilah akibat daripada kejahilan dan kealpaan kita dalam menunaikan perintah Allah. Jahil ilmu agama faktor utama yang menjadikan manusia mendewakan hawa nafsu dan syaitan. Nauzubillah...

 Firman Allah SWT, "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugikan" 
Surah Mujadalah ayat 19

Firman Allah SWT lagi, "Dan tidak ada yang mendustakan bagi hari pembalasan itu melainkan setiap orang yang melampaui batas lagi berdosa." 
Surah Al-Muthaffifin ayat 12

Firman Allah SWT lagi, "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
Surah Al-Baqarah ayat 190

Monday, June 27, 2011

Na na na.. Ganu kite...

Diam x diam..
pejam celik, pejam celik..
makan tido, makan tido..
bukak channel TV sane sini..
dari start MHI pukul 6.30pg sampai la lagu negaraku..
dok mengadap tv...
rupe-rupenye... dah Sebulan setengah dah aku cuti...

Banyak mende gak la yang dibuat sepanjang cuti ni..
jauh gak la berjalan-jalan cari makan..
mule2 pergi TERENGGANU,
xplan pon nak g ganu ni tapi sebab ade sedare yg melangsungkan perkahwinan,
pergilah juga, itupun sebab akulah yang jadi drivernye,
tumpor gak la memandu jauh2 ni walaupun kete Avanza ayahku itu transmisi auto,
kire2 lebey kurang 8jam gak la..
9pagi bertolak, 4 petang sampai..
dok kat sane 3hari 2malam,
naseb bek umah da ade.. settle..
makan pon da sedia.. lg settle..
yelahkan mestilah sedareku tu sediakan segalanye..
sebb tetamu mai dari KL..

Sampai2 je, petang tu melawat pekan kuala berang..
aku jugalah drivernye.. hehehe
malam just ade majlis akad nikah je,

esoknye, pagi2 lg da meronda kuala terangganu,
mule g Lubuk Mandi, yakni lombong emas..
mane penah dibuat org bercuti g lombong emas..hehehe..
konklusi yg bleh dibuat setelah melawat lombong emas Lubuk Mandi,
"sayang seribu kali sayang, teknik melombong yang salah, amat meRUGIkan.."

lepas tu g melawat jeti pulau kapas, tengok2 je,
sebab masa melancong ade 3jam je..
then, g Masjid Terapung,
kat situ rupenye sedang berlangsung Kursus Haji,
patutlah ramai orang, dapat gak la snap 2-3 gambar,
then g Pantai Batu Burok, tgk suasana pantai yg membiru..
lalu jambatan, menjengah Masjid Kristal yg popular tu..
pusing2 kuala..
smpat la tengok Stadium Terangganu yg xberbumbung sebelah sebb runtuh,
kalo nak tau, dari jauh bleh nampak stadium tu x berbumbung sebelah..
buruk nmpknye...

Kami juga sempat melawat UMT, dan UNISZA..
tercari2 gak mane UDM ni?? igtkan UNISZA tu UDM.. rupenye bukan...
melawat airport Kuala Terangganu yg telah siap direnovate,
cantik gak...
kawasan yang ditambak utk melebarkan kawasan landasan, agak besar juga
masih aku ingat lg, kalo kat teluk ketapang tu, bleh lg la nak mandi2, tpi skg da xbleh...
abes pusing2 kuala terangganu,
kami pun pulang ke destinasi utama di wakaf tapai,
sbb nak g makan kenduri kawen..
masing2 dalam kete sume tido,
jeles btol aku... huhuhu..

sebelah petang, sepupu aku ajak g makan sotong sadur kat gong badak,
memang tak lepas peluang la..
yesss.. kali ni jadi passenger je... hehehe
sampai kat deretan restoren sotong sadur..
ramai btol orang minum petang smbil hirup udara pantai
langkah kiri kat kedai pertama,
"dik, tepung abes la kalo nak g kedai sebelah"
g kedai second,
"dik, sume abes, tepung ade la..."
haihh.. cam tu plak...
g kedai ketiga,
haa.. bru ade.. tpi kene berebut la...
fuhh.. dpat gak la merasa ikan kembung sadur, sotong sadur n air kelapa..
cukup mengasyikkan...
tambah2 plak org belanje..
lagi masyuuukkkk...
syukran jazilan la kepada abg ap n kak radiah...
next time.. wan bleh blanje.. xde halla...

lepas meneruskan destinasi ke waterfront..
tgk2 je.. padahal xde pape pon...
then g dataran shahbandar,
pergghh, terkejut gua beb...
kat ganu ade fun fair...
ade plak tu.. pertandingan akhir juara karaoke..
agak bingit lakan...
banyak gak la gerai2 jualan..
org pun ramai..
tgk roller coaster, n mcm2 permainan kat fun fair tu..
terliur... hajat nak masuk la..
aleh2.. masuk dalam fun fair da rm4..
men satu game rm2...
mahal btoll...
kalo sunway lagooon bleh la jugak...
ini, fun fair je beb...

abes jalan2, ktorg g la ke wakaf tembusu,
ade kenduri tahlil n solat hajat,
hajat kuarge sepupu,kak ifa...
datang makan je..
hahahahaha..
sbb da lambat... kami dtg makan la..
pergghh.. berair mato den makan cili..
podeeehhhhh.
bergantang2 air, den minum...
padahnye datang makan je...
hehehe...
perut kenyang, mate pon berat...
kami pun pulang ke hotel penginapan..

esoknye, hari yg ditunggu oleh mak aku n mak andak,
biasela..
shopping kat pasar payang,
memang borong sakan la...
keje aku menawaf satu pasar payang...
smpai sakit perut...
hehehehe.. efek cili smlm kot...
smpat gak la beli satu due souvenir utk bwk blik...
abes shopping... pulang la ke kuala lumpur...
nak blik kl pon satu hal...
byk kete...
berjujut2...
sampai mengantuk aku dibuatnye...
surrender, kene tukar driver...
bajet sampai umah pukul 8mlm..
aleh smpai pukul 10.30mlm...
smpai umah, mandi, naseb da jamak taqdim..
apo lagi... tido time la...
walaupun penat... tapi memang best la...
suatu pengalaman yang xdpt dilupekan...

CUTI-CUTI MALAYSIA...
hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri...
sambil jalan2 tu sama2 kite melihat kehebatan n keagungan Allah menciptakan segenap pelusuk bumi  ini....


‎"Sesungguhnya dlm PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI dan PERGANTIAAN MALAM DAN SIANG terdpt TANDA-TANDA (KEBESARAN ALLAH) bagi ORANG YANG BERFIKIR, iaitu orang yg mengingati Allah dlm keadaan DUDUK atau BARING, dan mereka memikirkan ttg penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),

"YA TUHAN KAMI, TIDAKLAH ENGKAU MENJADIKAN KAMI DENGAN SIA2, MAHASUCI ENGKAU,LINDUNGILAH KAMI DARI AZAB NERAKA"

Surah Ali Imran, ayat 190-191

Sunday, June 19, 2011

Hikmah Alam

Wednesday, May 18, 2011

PANDANGAN ISLAM TERHADAP MUZIK


Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!
Daripada beberapa dalil Qur’an,setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik; akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.

Firman Allah (maksud):
“Mereka bertanya kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. “(Maaidah: 4)
Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):
“Katakanlah:’ Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa’at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus:59)

Firman Allah (maksud):
“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” (al An’am: 140)

Firman Allah (maksud):
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka..” (Ankabut: 64)
RasuluLlah saw pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan:Rehatkan hatimu dr masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW:Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda’:Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.

KATA IMAM AL GHAZALI:
Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima’ yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’.

Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka allahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.

Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.
Oleh itu kita mesti mengambil hukum ‘am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la’ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).

Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..
Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.

Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara’iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra’ (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).

PANDANGAN ULAMA” TERHADAP MUZIK

Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?….. hingga akhir.

Kesimpulannnya: secara ‘amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. ‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. ‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. ‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang diarang.

Menurut Prof Lamya’ alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa’ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi’iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.

Kesimpulan dan tarjih:
1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat
2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara’ tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(aktiviti muzik); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.
wallahua’lam

Sunday, May 15, 2011

Mat Rempit itu bukan "Aerodinamik" dan Allah lebih menyayangimu, Sahabat

Sabtu, 14 Mei 2011, 6.30pg- 
aku dapat mesej menyatakan salah seorang kawan sekolah menengah dulu telah meninggal dunia. 
Mak aku terkejut, apabila aku memberitahunya. 
Mak pon kate, "Muda2 lagi dah meninggal ye, pe lagi yang tue ni ha" 
Hmm... nak wat camne tulah takdir Allah.. 
Firman Allah,"Setiap manusia pasti akan mati." 
Tak kiralah tua atau muda, jika waktu dan masa ajalnya sampai, tak lambat seminit, xcepat sesaat. 
Aku terus bersiap2 untuk menziarah keluarganya. 
7.30pg, aku dan member aku sampai di perkarangan rumahnya.
 Dah lame sangat x g umah die ni, last skali pun hari raya tahun lepas. 
Abang die bagitau, yang kawan aku ni pergi ke rahmatullah semasa dalam tido. X menunjukkan sebarang tanda2 pelik pon. Die biase je. 
Siap abang die kate, "die baru je blik tgk bola, minum2, makan2, sembang2, xde tande pape pon." 
Waktu sampai tu, jenazah xsampai lagi, sbb dipost mortem di hospital serdang. 
Jadi, aku n member siap bleh g mamak stall dulu, melahap roti canai 2 keping ngan milo panas. 
Lame aku dok melepak kat umah allahyarham, pak cik2 yang dok sembang, sume dok cite kebaikan allahyarham. 
Selalu g surau, baik je budaknye, elok je, dah pergi ye.. selalu budak2 baik ni la, Allah lebih menyayanginya, die xkuar malam pon, kuar pon g men futsal. sebut futsal, 
sorang pak cik ubah topik.. 
Selangor men cam budak2 lawan Kelantan, kene ayam ha... hai, menyampah btol aku.. 
Aik?! bleh plak ubah topik. hmm... 
Lame aku dok menunggu, jenazah x sampai2 lagi, jam da tunjuk pkul 10, aku n member aku ni pun ade hal.. jadi kami pun blik la... yang penting aku dah ziarah n amik iktibar dari apa yang telah berlaku... mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham FIRDAUS BIN MUSTAFA KAMAL(1990-2011)..

Ahad, 15 Mei 2011,12.30pg-
Aku n member2 aku dalam kete baru blik dari KL Downtown, bru blik shopping.. Dok tgh borak2, kelajuan kete dalam 80km/j kat atas highway.. 
tibe2...
 vrooooooooommmmmmmm... vrommmmmmmmmm... vroooooommmmmmm... 
Sekumpulan mat rempit ngan memintas perodua viva yang kami naiki..
Driver pon mengomel, "aku dah bwk 100km/j ni.. die bleh potong lagi..
aku kira2 dalam 20 buah motor gak la.. moto LC n EX5.. 
LC aku xpelik la laju, tpi yg aku pelik tu, EX5.. pergghhh... cam roket... 
tpi aku tgk rider die... macam stail superman xcukup baligh... hehe.. 
aku ckp kat member aku, die wat aerodynamic tu.. 
aku sembang la konsep fizik yang aku blaja time skolah tu.. 
tibe2.. ade EX5 dari belah line paling kiri menyelit2 . 
rupenye... ade plak satu lg EX5 bleh paling kanan.. die pun nak bersaing ngan member die..
mencelah gak ketengah... 
Ktorang kat line tengah, naseb jauh skit dari kelompok diorang.
Slow2.. aku cakap kat drive...
tibe2...
PANNNNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGGG....
Berapi memercik...
berguling-guling-guling-guling-guling-guling mat rempit tu....
macam tengah tgk filem REMP-IT 3D plak dri dashbord perodua Viva ni...
Member aku mengomel... Hah.. MAti... mati.. mati.....
mane taknye.. EX5 tu berlaga dlam kelajuan yang tinggi..
naseb la nyawa mat2 rempit masih panjang...
dorang bungkas bangun ke tepi jalan elak dari kene lanyak kete dari belakang...
naseb la x banyak sgt kete...
ade 3 buah kete yang dekat ngan tempat dorg berlaga..
naseb la kete2 tu sempat mengelak...
kalo x... Bye2 la...
Aku rase mat2 rempit tu luka teruk tu...
Moto kompem jahanamnye..

So, pengajaranya... guna kesempatan yang ada untuk menambah amal dan ibadah kepada Allah. Hidup hanya sementara. Mati itu pasti. Memang xdisangka. Cam mat rempit tu, kita rase mati ni.. tapi Allah bagi kesempatan untuk hidup untuk bertaubat, bukan untuk merempit lg... Cam Allahyarham Firdaus, moga Allah memberkatimu, sahabatmu. Moga kau digolongkan dengan para syuhada dan orang2 yang soleh.. 

Firman Allah Ta'ala (al Sajdah:32:11)
"Katakanlah: 'Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."


Firman Allah Ta'ala (ali Imran:3:185)
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kamu."


Firman Allah Ta'ala (al Zumar:39:30)
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)."
Firman Allah Ta'ala (al Anbiya':21:34)


"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?"



Monday, March 28, 2011

TANDA-TANDA KIAMAT 2: Edisi Tallaqi bersama Ustaz

Pada 22 Mac 2011, ana sempat menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan oleh tok guru ana. Selalunye, ramai yang datang, tapi hari itu, hanya 6 org je yang hadir, mungkin yang laen sibuk agaknye..
Tajuk kuliah maghrib pada kali ini cukup menarik iaitu tentang Tanda-tanda Kiamat.. Ana memang excited dengan tajuk ini. Tok guru ana memulakan kuliah dengan pujian kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada 2, iaitu tanda kecil(Sughra) dan tanda besar(Kubra). Tanda kiamat besar terdapat 10 manakala tanda kecil memang banyak. Di antara tanda-tanda kecil yang dibicarakan iaitu,

1. Pada zaman hamba dahulu, terdapat orang perempuan membeli hamba perempuan yang die sendiri xtau itu adalah emak kandungnya sendiri.

2. Orang miskin menjadi sangat kaya dan membina bangunan yang tinggi2.. (ada diberitahu dalam hadis sahih)

3. Nabi SAW tidak pernah melihat 2 umat iaitu:
  a) Umat yang membawa cemeti semacam ekor lembu lalu memukul orang laen.
  b) Orang perempuan yang berbuat dosa, namun membuat fitnah ke atas orang laen di atas dosa yang dilakukan.

4. Gempa bumi semakin banyak di sana-sini.

5. Muncul penyakit baru yang xpernah wujud pada zaman dahulu.

6. Ramai manusia yang berucap berbaur fitnah

7. Cuaca semakin cepat berubah (negara2 yang ada 4 musim, cepat berubah musimnye)

8. Banyak shopping complex atau pasar besar yang berdekatan antara satu sama laen.

9. Masa berlalu terlalu pantas

10. Kemunculan Imam Mahdi.
      Sabda Rasulullah SAW, "Hari Kiamat takkan berlaku apabila muncul seorang lelaki yang menjadi khalifah yang namanya dan nama bapanya sama denganku."
Kemunculan Imam Mahdi di Madinah pada musim haji. Sewaktu kemunculannya, malaikat akan berkata dan semua orang akan pandang kepada Imam Mahdi. Setelah itu, Imam Mahdi akan pergi ke Makkah lantas 300 orang wali berbaiah dengannya. Setelah itu, datang askar dari timur melawan Imam Mahdi. Namun ditengah perjalanan askar2 itu, meraka akan ditelan Bumi. Sebelum Imam Mahdi muncul, banyak perkara ajaib dan pelik akan berlaku.

Di antara tanda-tanda besar kiamat adalah:
1. Munculnya Dajjal,
    Dia adalah orang kafir, dari kaum bani Israel. Mempunyai satu mata, Die telah ade sekarang ini, tapi die dipenjarakan di kawasan yang dilitupi ais seluruhya. (wallahualam, xtau kat mane). Pada zaman Rasulullah, salah seorang sahabat, Tamim ibnu Aus telah sesat dalam pelayaran selama 1bulan lalu terjumpa Dajjal. Dajjal bertanya adakah telah muncul Nabi Akhir Zaman dari kaum Arab?..

2. 3tahun sebelum berlakunya hari kiamat, pada tahun pertama, Langit akan simpan 1/3 air hujan, tahun kedua akan simpan 2/3 air hujan, tahun ketiga akan simpan 3/3 air hujan. Bumi akan kering kontang tanpa hujan.

3. Dajjal akan keluar dari penjaranya.
    Pada saat dan tika ini, orang mukmin akan hidup susah, xde makanan. Lalu Dajjal akan membuat fitnah dengan perintah Allah. Dajjal menghasut manusia. Dajjal mempunyai 2 sungai (Api n Air). Dajjala akan menjelajah ke seluruh dunia hanya 1tahun 4bulan sahaja. Dajjal mengaku bahawa dia tuhan(nauzubillah). Pada waktu ini, orang mukmin hanya akan kenyang dengan mengucapkan tasbih tanpa makan sebarang makanan.

4. Nabi Isa turn ke bumi.
    Sekarang ini, Nabi Isa tinggal di langit ke-2, baginda akan turun di Syria di menara tinggi di negara itu. Nabi Isa akan berjumpa dengan Imam Mahdi. Di waktu menunaikan solat, Imam Mahdi menjadi Imam sebagai simbolik Nabi Isa mengikut syariat Nabi Muhammad SAW. Nabi Isa akan membunuh Dajjal di Palestin di depan pintu pagar tempat bernama Luth

5. Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj.
    Mereka ini adalah 2 kaum yang telah dikurung oleh Raja Zulkarnain. Raja Zulkarnain adalah seorang Wali yang hebat dan Raja seluruh dunia selama 2 dekad. Dia telah pergi ke barat dan berjumpa dengan kaum yang dianayai oleh Ya'juj dan Ma'juj. Lalu Raja Zulkarnain membantu kaum ini dengan membina tembok besi bersalut tembaga yang tinggi dan besar. Namun tempatnya xtau kat mana(wallahualam). Pada waktu Israk dan Mikraj, Nabi SAW telah dibawa ke tempat Ya'juj n Ma'juj ini. Setiap hari, Ya'juj n Ma'juj akan cuba mengorek tembok ini dari pagi hingga malam. Tiba waktu malam, mereka akan tertido n letih. Namun bangun keesokan harinya, tembok itu elok seperti sediakala. Begitulah akan berlaku seterusnya sehingga Ya'juj n Ma'juj akan berkata, "kita akan sambung mengorek keesokan hari, INSYA ALLAH.. Pada esoknya , tembok itu akan diroboh, lalu Ya'juj n Ma'juj akan keluar. Mereka akan membawa musibah kepada seluruh umat Islam. Nisbah bilangannya, 1manusia:100 Yajuj n Ma'juj... Masya Allah, Banyaknye... Mereka akan makan semuanya di bumi ini. Apabila mereka, melalui sebuah tasik, maka akan kering kontang tasik itu.
Nabi Isa akan selamatkan semua mukmin dan bawa semuanya ke Gunung Thur, lantas Nabi Isa akan berdoa kepada Allah. Dengan izin Allah, Allah utuskan ulat2 akan keluar dari leher Ya'juj n Ma'juj lantas menembusi tengkuk mereka sekaliannya. Lalu, Allah utuskan burung2 yang banyak mengangkut bangkai Ya'juj n Ma'juj ke dalam laut.

6. Setelah itu, Semua hasil bumi akan keluar sendiri dengan banyaknya. Semua manusia akan kaya n hidup bahagia. Kemudian ada angin akan bertiup menarik semua roh2 orang Mukmin, hanya orang kafir akan hidup. Orang kafir akan merasai kesengsaraan kiamat. Lalu Israfil akan meniup Sangkakala pertama, semuanya akan hancur. Seluruh makhluk akan mati temasuklah Malaikat Jibrail AS, Israfil AS dan sebagainya. Malaikat Mikail yang terakhir akan mati setelah dia menarik rohnya sendiri. Namun, bidadari2 di syurga, Malaikat Ridhuan(penjaga Syurga), Malaikat Malek(penjaga neraka) dan Malaikat pembawa Syurga akan kekal hidup dengan kekuasaan Allah...

Ana semakin syok nak mendengar dan mencatit lagi sebenarnnnya, namun apakan daya masa amat mencemburui kami... Kuliah Maghrib, insya Allah disambung pada minggu berikutnya....



* semua kisah yang dicatatkan adalah kesimpulan atau cerita pendek, kalo mau tau cite penuh dan lebih detail lagi bleh la keep in touch dengan penulis supaya kita dapat sama2 mempelajarinya secara bertallaqi dengan para ustaz dan alim ulama..
* ada sesetengah cerita kadang-kala, lain dari pembacaan n kisah yg kite dengar sebelum ini, namun cerita yang sebenar hanyalah dengan cara kita bertallaqi dan berguru dengan ulama... kalo ada yang berminat bleh menghubungi penulis...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...