Kami telah menjalankan kajian berkenaan hubungan sukan bola sepak dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Pelbagai kaedah kajian telah dilakukan bagi merealisasikan kajian ini iaitu, melakukan soal selidik, menemubual , melayari internet dan melakukan kajian lapangan di Stadium Shah Alam dan di kedai-kedai makan sekitar kawasan Petaling Jaya.
Sukan bola sepak ini merupakan sukan yang paling diminati oleh seluruh masyarakat di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan, majoriti responden meminati sukan bola sepak ini sama ada menonton perlawanan bola sepak mahupun bermain bola sepak. Menyedari hakikat ini, sukan bola sepak berpotensi sebagai agen menyatupadukan rakyat berbilang etnik. Hal ini kerana, sukan bola sepak mampu mengumpulkan masyarakat dengan jumlah yang ramai dalam satu-satu masa. Justeru, mesej perpaduan dan semangat 1Malaysia dapat disampaikan kepada masyaratkat secara efektif.
Tambahan pula, sukan bola sepak mampu mengurangkan jurang perbezaan politik dan ideology dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian lapangan kami di Stadium Shah Alam, menunjukkan masyarakat dari pelbagai latar belakang dapat berkumpul bersama-sama dan tertumpu menyaksikan perlawanan bola sepak. Jadi, segala persengketaan, perbalahan dan pembezaan dapat dikurangkan , hasil daripada sukan bola sepak ini. Selain itu, hubungan kekeluargaan dan persaudaraan dapat dieratkan melalui sukan bola sepak ini. Hal ini dibuktikan, kebanyakan penonton-penonton di Stadium Shah Alam ini datang bersama keluarga, saudara-mara, jiran tetangga,dan sahabat handai.
Namun, mesej perpaduan yang ingin disampaikan melalui sukan bola sepak agak terbatas dan terhad. Hal ini dapat dibuktikan, mesej perpaduan hanya akan sampai kepada masyarakat yang meminati sukan bola sepak, namun sebaliknya kepada yang tidak meminati. Selain itu, sukan bola sepak ini diminati oleh sebilang besar kaum lelaki. Hal ini disokong kuat melalui data yang kami perolehi yang menyatakan sukan bola sepak ini diminati oleh sebilangan kaum lelaki dan hampir separuh dari responden menyatakan kurang berminat atau tidak berminat dengan sukan bola sepak. Fakta ini membuktikan, had capaian mesej perpaduan ini adalah terbatas dan terhad.
Selain itu, perpaduan yang wujud hanya bagi satu pihak dan semangat kesukuan akan timbul. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian kami di Stadium Shah Alam, perpaduan yang wujud hanya kepada pasukan yang disokong sahaja. Hasilnya, semangat kesukuan akan wujud dan merosakkan nilai-nilai perpaduan yang ingin disampaikan. Selain itu, jurang pemisah akan wujud oleh kedua-dua belah pihak yang menyaksikan perlawanan bola sepak. Selain itu, majoriti masyarakat yang menonton perlawanan bola sepak di stadium adalah masyarakat Melayu. Jadi akan wujud ketidak seimbangan jika sukan bola sepak dijadikan medium utama dalam pembentukan perpaduan.
Kesimpulannya, hubungan sukan bola sepak dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Jadi, Kelebihan itu hendaklah kita kekalkan dan tingkatkan. Kelemahan itu, sama-sama kita perbaiki dan kurangkan agar mesej perpaduan di kalangan pelbagai etnik di Malaysia ini dapat disampaikan walau apa jua metodologi yang ingin dilakukan. Harapan agar Malaysia akan kekal aman damai, hidup dalam penuh kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment