Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Friday, August 27, 2010

KCB episod 4: Jom masak Bubur Lambuk


Pada 22 Ogos yang lalu, bersamaan 12 Ramadhan 1431H, Balai Islam KK9 telah menjalankan Program Jom Masak Bubur Lambuk sempena Ihya Ramadhan(IHRAM) 2010. Program ini telah berjalan dengan jayanya. Program ini bertujuan bagi merapatkan hubungan ukhwah antara ahli Team Balai Islam KK9. Ini juga merupakan rentetan bagi program usrah Ketika Cinta BerUsrah episod 4..

Program bermula seawal jam 7.30 pagi, dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan, dan pemotongan. Alhamdulillah, kehadiran amat membanggakan. Program dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Dua periuk besar bubur lambuk berjalan disiapkan dan diagih-agihkan kepada seluruh warga kolej KK9.

Pengalaman memasak bubur lambuk secara jamaah ini menggamit suatu memori yang terindah buat kami. Hubungan ukhwah dapat dieratkan, hasil kerjasama yang padu dari semua pihak. Keikhlasan hanya mengharapkan redho Allah tanpa meminta di balas menjadi bukti bahawa program ini ada berkat dan rahmatnya.

Sewaktu kami berbuka puasa pada hari yang sama, kami telah mendapat berduyun-duyun maklum balas mengenai bubur lambuk yang kami masak. Semuanya memuji keenakan dan kesedapan bubur lambuk KCB.. tak kira di FB mahupun SMS.. sarat dengan pujian dan ucapan terima kasih. Namun apakan daya, ada juga yang tak dapat merasa bubur lambuk kami. Ribuan kemaafan dari kami..

Insya Allah, usaha murni ini akan diteruskan lagi di masa akan datang...
cik kak kita tgh maen masak
peace no war in the kitchen..
wah.. rajinnye cik abang ni..
sesi latihan menolong isteri di dapur
sempat lg wat peace.. peace...
ceria sungguh bubur lambuk KCB ni..
kaco jangan x kaco..
latihan mendayung sampan kat dapur
aik.. xkan rileks je, bang??
sedia untuk diagihkan
tuang elok2, jangan tumpah plak..
bertuahnye dapat cabutan bertuah
amik la, akak masak ni tau..

*nantikan kemunculan LEMANG KCB pulak di Lebaran ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...