Diwajibkan keatas setiap orang Islam menjaga "aqidahnya di dalam Islam dan
melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan(merosakkan), membatalkan,
dan memutuskan aqidahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam (Riddah);
kita memohon perlindungan Allah ta`ala darinya.
Makna dari apa yang telah Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain
perkatakan adalah: " Riddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci"
Sesungguhnya telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu
dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam; mereka tidak menyangka dengan menuturkan
perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir.
seseorang itu akan menjadi kafir jika ia menuturkan perkataan
kufurnya wataupun dalam keadaan tenang ataupun marah samada dia :
> mengetahui atau tidak tentang hukumnya ataupun
> percaya atau tidak percaya apa yang dituturkannya ataupun
> suka atau tidak suka apa yang dituturkannya itu.
3 Kategori Riddah:
(sebagaimana yarrg dikategorikan oleh
selainnya)
1) Percaya didalam hati
2)Perbuatan oleh anggota badan
3)Perkataan dittrturkan dengan lidah
Setiap kategori tersebut mempunyai banyak cabangnya
1) PERCAYA DI DALAM HATI
Contoh-contohnya adalah:
a) ragu-ragu pada Allah atau RasulNya atau Al-Quran atau Hari Akhirat atau
Syurga atau Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang
berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijma^ mengenainya.
b) percaya dunia ini kekal pada jisim dan unsurnya atau cuma jisimnya
sahaja.
c) menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telah ada
ijma seperti Maha Mengetahui segalanya.
d) menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepatiNya seperti mempunyai jasad.
e) menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram
seperti zina,liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.
f) mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halal
seperti berjual beli atau nikah.
g) menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islam
sebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada
sujud, zakat, puasa, haji atau wudu'.
h) mewajibkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai tidak wajib
hukumnya.
i) menafikan kesahihan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai
sah hukumnya.
j) bercadang menjadi kafir dimasa akan datang.
k) bercadang melakukan apa-apa yang telah dinyatakan diatas.
l) teragak-agak atau ragu-ragu samada ingin menjadi kafir atau tidak ( ini
tidak termastuk khuatir atau fikiran yang yang datang dengan sendiri tanpa
disengajakan)
m) menolak sahabat Saidina Abu B akar (semoga Allah meredhainya).
n) menolak salah satu daripada ajaran yang diketahui di kalangan umat Islam
yang disampaikan oleh rasul atau nabi.
o) menafikan kerana berdegil satu huruf didalam Al-Qur'an yang diketahui
dikalangan umat Islam sebagai sebahagian darinya.
p) menambahkan kerana berdegil satu huruf pada Al-Qur'an yang diketahui
dikalangan umat Islam tiada didalamnya.
q) mendustakan rasul atau mencela sifat-sifatnya.
r) mempersendakan nama rasul dengan niat untuk menghina atau merendahkan tarafnya.
s) percaya kepada kemungkinan akan adanya nabi lagi selepas Nabi
Muhammad SAW
2) PERBUATAN OLEH ANGGOTA BADAN
Contoh-contohnya adalah:
a) sujud pada berhala atau matahari atau
b) makhluk lain dengan bertujuan untuk menyembahnya
3) PERKATAAN YANG DITUTURKAN OLEH LIDAH
Adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya.
Contoh-contoh: :
a) berkata kepada seorang iSlam yang lain: 'O kafir!' atau 'O Yahudi!', 'O Kristian!' atau "O orang yang tanpa agama' dengan makna agama orang
yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah
Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan
untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orang kafir.
b) mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah, janjiNYA ,
ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta'ala.
c) berkata, 'jika Allah perintahkan ini padaku maka aku tidak akan
lakukannya' dengan tujuan untuk memperkecilkan atau kerana kedegilan
dengan itu menunjukkan Allah tidak berhak ditaati walaupun dia percaya bahawa Allah berhak ditaati.
d) berkata, Jika arah Qiblah berubah aku tidak mahu bersolat menghadapnya' dengan tujuan untuk meremeh-remehkan atau kerana kedegilan-dengan
itu menunjukkan menghadap Qiblah ketika bersolat adalah bukan kewajipan walaupun dia percaya solat perlu menghadap
Qiblah.
e) berkata, 'jika Allah mengurniakan aku Syurga maka aku tidak akan memasukinya' dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan atau kerana kedegilan,
dengan kata lain menolak ganjaran atau kurniaan Allah walaupun dia mengetahui ganjaran atau kurnia dari Allah adalah
sebahagian dari agama.
berkata, 'jlka Allah mengazabku kerana aku meninggalkan solat apabila
aku sakit, maka Allah menzalimiku.'
f) berkata" ada perkara yang berlaku bukan dengan kehendak Allah.'
g) berkata, 'jika para Nabi, para malaikat atau semua orang Islam mengaku
atau bersaksi mengenai sesuatu dihadapanku, aku tidak akan menerimanya.
h) berkata, 'aku tidak akan melakukan sesuatu perkara itu walaupun ianya adalah sunnah' dengan maksud mencemuh atau mengejek.
i)berkata, 'jika si polan itu adalah nabi maka aku tidak akan
mempercayainya.'
k) berkata, 'undang-undang apa ni?' apabila seorang ulama memberi hukum
Islam dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan undang-undang Islam.
l)berkata,' semoga Allah melaknati setiap ulama/orang yang berpengetahuan
agama.' (memperkecilkan status ilmu)
m) berkata, 'aku tidak menerima Allah, para malaikat, nabi, AI-Qur'an,
undang-undang Islam atau agama Islam. l
n) berkata' 'aku tidak tahu undang-undang Islam'dengan tujuan untuk
mempermain-mainkan hukum Allah.
o) membac a ayat 34, surah an-Naba' selepas menuangkan air ke dalam
cawan sehingga penuh
ayat ini merujuk kepada cawan yang penuh berisi minuman di syurga
p) membaca ayat20, surah an-Naba,selepas cawannya kosong
ayat ini merujuk kepada gunung-gunung yang akan musnah lalu hilang dari pandangan pada hari Qiamat seolah olah ada logamaya (mirage)
q) Membaca ayat 30, surah ar-Mutaffifin ketika membuat timbangan dan sukatan
ayat ini memjuk kepada orang yang menipu semasa menimbang dan menyukat.
r) membaca ayat 47, surah al-Kahf apabila melihat orang ramai / berkumpul
ayat ini merujuk kepada Hari pembalasan/ Akhirat apabila manusia dikumpulkan tanpa seorang pun yang tertinggal atau terkecuali dengan tujuan untuk
memperkecil-kecilkan (istikhfaf) makna ayat ini dan sama juga keadaannya bila-bila sahaja ayat Al-Quran digunakan untuk tujuan seperti ini.
Jika seseorang menggunakan ayat seperti di atas tetapi dengan maksud/ atau tujuan lain, maka tidaklah ia kafir. Walaubagaimanapun, Sheikh Ahmad Ibn Hajar
berkata, "Perbuatan ini tidak jauh dari melakukan yang haram"
s)menyumpah pada mana-mana nabi atau malaikat
t) berkata, 'aku akan jadi macam 'bapa ayam, kalau aku menunaikan solat,
u) berkata, 'aku tidak dapat apa-apa faedah pun semenjak aku mengerjakan
solat'
v) berkata, 'solat tidak memberi apa-apa faedah padaku, dengan tujuan
untuk mengejek.
w) berkata kepada seorang Islam yang lain, 'aku adalah musuh engkau dan
musuh Nabi engkau'.
x) berkata kepada-keturunan Nabi (Shariff),'aku adalah musuh engkau dan
musuh datuk engkau' yakni Nabi Muhammad
y) berkata apa-apa yang maksudnya seperti yang disebutkan diatas, dengan
maksud membenci atau dengan menggUnakan perkataan yang tidak elok/
buruk
Ramai para Fuqaha seperti Hanafiyy, Badr-ar-Rashid, yang hidup pada hampir tahun 8OO Hijrah (kurun ke-8 Hijrah) dan Qadi ^iyad( semoga Allah merahmatinya),
mereka telah menyenaraikan banyak perkataan kufur yang perlu diketahui, kerana barangsiapa yang tidak mengetahui, kejahatan (syaitan) lebih mudah mempengaruhi
mereka.
Panduannya ialah:
Setiap kepercayaan, perbuatan atau perkataan yang memperkecil-kecilkan (istikhfaf) darjat Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Malaikat-Nya, Syiar-Nya,
amalan-amalan yang sedia maklum berkenaan agama-Nya, Hukum-Nya, janji-Nya atau ancaman-Nya, MAKA IA ADALAH KUFUR.
Maka setiap manusia mesti berhati-hati dan sentiasa berusaha dengan sedaya
upaya untuk mengelakkan diri dari kekufuran.
Lembah Ilmu
Mukaddimah
Asmaul Husna
Friday, June 18, 2010
Perkara-perkara yang menyebabkan keluar dari Islam
Sunday, June 13, 2010
Allah is the Creator of This World
Allah, ta^ala, said in the Qur’an: [ أفي الله شكّ ] Ayah 10 of Surah Ibrahim means: {There is no doubt about the existence of Allah.} The first obligation on the mukallaf person is to know about Allah, ta^ala. Allah is the Creator of all the existent things and is the One Who manages all the creation. If, with our sound mind, we carefully think about all the creations and ponder about their existence, we must know that they have a Creator Who created them. The mental proof that Allah (God) exists: It is not conceivable for nature to be the Creator, because nature has no will. So, how would nature create? It is also not permissible for something to create itself. Finally, something cannot create something that resembles it. For example, the child is born small; he does not talk or walk. Then he develops. He starts gradually and slowly to talk and walk. Then he matures and becomes a young man, then middle-aged, then old, after which he dies. Who changed him and transformed him from one state to another? Allah is the One Who created and changed him, and willed for him to die. A story of a man who denied the existence of Allah: The caliph sent for one of the top scholars telling him of the man's claim and ordering him to come. The scholar was purposely late; then he came. The caliph welcomed him and seated him in the center of the session. Present at this meeting were many scholars and important people. So the man said: "Why were you late in your arrival?" The scholar said: "What if I tell you that a very strange matter occurred to me, and because of it I was late? My house is behind the river of Dijlah (Tigris). I came to cross the river, but I did not find anything other than an old boat with broken planks. When my gaze fell onto it, the planks moved, came together, and reassembled so that the boat became seaworthy. All this happened without the work of a carpenter or a worker. I sat in it, crossed the river, and came to this place.” The man said: "O people, listen to what your scholar says. Have you heard anything more absurd than this? How can a boat exist without a carpenter to build it? This is an explicit lie." The scholar said: "O blasphemer, if the mind does not accept the existence of a boat without a builder or carpenter, then how do you say that this entire universe exists without a creator?" The man became silent. He was refuted. |