Lembah Ilmu

Mukaddimah

Muhasabah Diri

Asmaul Husna

Saturday, November 7, 2009

From Berita Harian Online: REFORMASI PELAJAR KUIS

Pelajar Kuis bantah yuran mahal

Oleh Nurhasyima Hasim
nurhasyima@bharian.com.my


PELAJAR Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor melalui Gerakan Mahasiswa Sedar mengadakan perhimpunan bagi membantah kenaikan yuran di Bangi, semalam.

Kenaikan lebih 50 peratus sejak 2007 didakwa bebankan ibu bapa

BANGI: Lebih 2,000 pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) mengadakan demonstrasi di pekarangan kolej itu semalam, bagi membantah kenaikan yuran pengajian yang dikenakan ke atas mereka.

Kumpulan pelajar terbabit berarak membawa poster, membantah tindakan Kuis menaikkan yurannya secara beperingkat bermula pada 2006 dan lebih 50 peratus pada 2007.


Pelajar terbabit turut menyerahkan memorandum kepada pengurusan Kuis menuntut supaya yuran mereka dikaji semula.

Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil, berkata selain memohon supaya yuran pengajian diturunkan, memorandum juga mengandungi cadangan supaya Kuis mewujudkan skim pinjaman dalaman.

Selain itu mereka turut meminta Kuis memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkatkan kadar pinjaman mereka.

"Memorandum itu adalah bantahan pelajar yang tidak berpuas hati dengan yuran tinggi yang tidak setimpal dengan kemudahan ditawarkan kolej, selain membebankan pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin.

"Kami harap kolej mempertimbangkan menurunkan yuran bagi pengajian diploma sehingga 15 peratus manakala pengajian sarjana muda 10 peratus," katanya.

Ahmad Syafiq, berkata memorandum itu dibuat hasil kaji selidik perbandingan yuran antara institusi pengajian tinggi swasta dan maklum balas daripada pelajar Kuis.

Memorandum itu diserahkan Ahmad Syafiq kepada Pegawai Khas Rektor Kuis, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Ahmad Syafiq mendakwa bantahan diadakan selepas rundingan yang diadakan pengurusan kolej sejak 2006 menemui jalan buntu.

Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuis, Nasrul Izad Mohd Isa, menegaskan MPM tidak terbabit dengan tuntutan dan penyerahan memorandum itu.

Timbalan Rektor Korporat dan Antarabangsa Kuis, Mohd Shah Abdullah, berkata yuran pengajian ditentukan selepas merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Struktur yuran kolej juga mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), selaku pemilik kolej.

"Bagaimanapun, kolej bersedia mempertimbangkan memorandum itu walaupun kesal dan kecewa dengan cara GMS berkumpul dan berdemonstrasi," katanya.

Friday, November 6, 2009

Final Piala Malaysia... Selangor JUARA!!!!




Sekadar berkongsi minat dan menyokong industri bola sepak tanah air yang kadang-kala suram sahaja. Bahang kehangatan final Piala Malaysia 2009 semakin terasa panasnya. Sebelum bermula wisel permulaan, perang psikologi di antara kedua-dua pasukan, Kelantan dan Negeri Sembilan. Kelantan yang nekad untuk mengubah nasib pasukannya daripada kemarau tanpa sebarang kejuaraan sejak 40 tahun. Negeri Sembilan pula berazam untuk menyekat kemaraan Kelantan daripada mengondol kejuaraan pertama mereka.
Bagi pasukan kegemaran, Selangor yang gagal menempah tempat ke peringkat separuh akhir apabila tumbang setelah ditewaskan skuad penyu, Terengganu melalui penentuan sepakan penalti. Walaupun, penulis sebagai peminat setia pasukan Selangor sejak dar
i kecil lagi, sedikit terkilan. Mungkin rezeki tidak menyebelahi pasukan Selangor. Namun, pasukan Selangor tetap JUARA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...